Selamat datang ke sumber utama untuk jenama Vape dan E-cig! Kami berada di sini untuk memastikan bahawa anda menerima maklumat yang berkualiti melalui topik-topik dan ulasan-ulasan yang disediakan untuk membantu menjawab semua persoalan anda mengenai vape dan membantu anda dalam memilih vape, vaporizer, dan sebagainya. Samada anda pengguna baru vape ataupun sudah berpengalaman, Jenama Vape boleh menjamin bahawa anda akan belajar sesuatu yang baru di sini, di laman Jenama Vape! Teruskan Membaca
vaporfi-rokok-elektronik-e-liquid-vaporizer-vape-mod-dan-box-mod

Rokok Elektronik Terbaik 2017

E-cigs, juga dikenali dengan pelbagai nama: e-cig, e-rokok, e-cerut, cerut elektronik, rokok elektronik, e-jus, e-cecair, vape, cartomizer, vaporizer, e-paip, e-shisha… anda dapat ideanya,bukan? E-rokok telah popular dengan mendadak sejak sedekad yang lalu dan populariti iniakan terus berkembang dengan pesat kerana lebih ramai orang mengetahui manfaat kesihatan yang mereka miliki daripada menggunakan rokok tradisional tembakau, cerut, paip, samaada dengan cara menghisap rokok atau mengunyah tembakau. Bukan sahaja rokok elektronik lebih pelbagai dalam pilihan tetapi ia juga lebih baik untuk alam sekitar dari segi mengurangkan pencemaran, mengelakkan orang awam daripada asap rokok yang mempunyai kandungan karsinogenik (pembawa kanser), serta mereka memberikan sebanyak sepuluh ribu lebih pilihan perisa dan harganya juga berpatutan. Di samping itu, wap yang yang dihasilkan daripada vaporizer adalah jauh lebih menarik dan kompleks daripada rokok tembakau tradisional. E-Cigs adalah cara yang sama seperti merokok tetapi gaya yang lebih selamat dan permulaan yang baik untuk masa depan, oleh itu anda semua dijemput untuk turut serta dan mengetahui cara yang baru ini, iaitu, cara vape.

Selalunya apabila anda mendengar merujuk kepada pengguna e-rokok yang membincangkan rokok elektronik pakai buang yang dikenali sebagai vaporizers mini atau model generasi pertama. Ini adalah kaedah pilihan rokok jenis vape untuk pengguna baru dan mereka beralih kepada e-rokok dan berhenti menggunakan rokok tembakau tradisional. Oleh kerana itu mereka sering dirujuk sebagai cigalikes (penggemar rokok elektronik). Ia mempunyai cartomizer pakai buang (walaupun kartrij e-jus boleh diisi semula jika anda mahir dan berpengalaman) dan melekat seperti bateri boleh dicas semula yang kecil.

Kemudian ada model e-cigs generasi kedua yang juga dikenali sebagai vaporizers saiz sederhana dan boleh dirujuk sebagai rokok elektronik eGo-type atau fat-batt. Ianya bebeza daripada generasi pertama kerana ianya adalah sedikit lebih besar dalam saiz- kira-kira saiz yang cerut biasa, mempunyai sebatang bateri yang tebal, dan kartrij yang lebih besar iaitu sama ada boleh diisi semula atau boleh guna bergantung kepada pilihan. Model generasi kedua e-cig adalah lebih mahal sedikit tetapi telah menjadi salah satu kaedah merokok yang disukai untuk pengguna baru dan juga berpengalaman. Akhir sekali, rokok elektronik generasi ketiga yang dikenali sebagai APV (Advanced Personal Vaporizer) dan ini adalah versi yang lebih canggih untuk perokok gunakan. Alat ini telah diubahsuai sepenuhnya dan mempunyai ciri-ciri yang dan rekaan teknikal yang model. Ia mempunyai bentuk boxmod atau tubemod bergantung kepada saiz batteri dan bentuk (boxmod = bateri empat segi, tubemode = bateri bulat) dan memberikan pengalaman menggunakan vape yang amat unik.

Seperti juga rokok biasa, penggemar akan lebih memilih Camels daripada Marlboro, Marlboro daripada Camels, dan Newports daripada yang lain: dan ia merupakan jenama dikenali ramai dan popular, seperi juga Pall Mall, Chesterfield, Kool, Lucky Strike, Maverick, Natural American Spirit, Palermo, USA Gold, Virginia Slims, Winston, Zig Zag, dan banyak lagi. Merokok jenis vape tidak berbeza kerana ia juga melalui proses percubaan dan apa yang ingin diketahui seperti merokok yang lain. Anda perlu ingat bahawa setiap vape mempunyai ciri tersendiri, jadi ingat jika anda ingin menggunakannya dengan serius, anda perlu merasa perisa-perisa vape yang ada. Jenama yang ada disini hanya beberapa sahaja daripada semua jenama yang ada didunia kerana setiap hari pasti ada kemunculan jenama baru! Kami menyukai rasa dari jenama-jenama yang indie dan sentiasa menantikan perisa e-juice yang baru, vaporizer yang baru dan juga syarikat yang baru!

Bagaimana Memilih Jenama E-Cigarette

Ini mungkin susah untuk dilakukan– untuk memilih jenama vaporizer. Seperti yang dimaklumkan tadi, ada banyak jenama baru dari syarikat lain setiap hari oleh itu apakah jenama yang perlu anda pilih, atau untuk anda cari. Mungkin apabila difikirkan sedalamnya, tentulah memilih jenama yang popular dan dikenali ramai, atau mungkin anda mahukan jenama yang lebih mempunyai banyak pilihan. Kalau jenama itu tidak mempunyai perisa yang anda mahu? Atau yang lebih teruk, kalau sudah terbeli satu kit yang lengkap tapi kecewa dengan rasa dan kualitinya? Kalau anda tidak mahu menggunakan e-cig jenis jenama berbatang dan mahu menggunakan jenama vape generasi kedua? Pilihan seperti amat banyak dan mengujakan.Tetapi, jangan risau, mula-mula, tarik nafas dan teruskan membaca. Kami di sini, di Jenama Vape, merupakan sumber utama anda untuk memilih e-rokok dengan mudah. Adalah menjadi harapan kami bahawa vape akan sentiasa menjadi satu perkara yang menyeronokkan untuk anda- walaupun ia melibatkan pembelajaran mengenai e-rokok, pilihan vaporizer, dan jenama e-rokok .

Memilih Jenama E-Cigarette Yang Berkualiti

Terdapat beberapa perkara yang membuat jenama e-rokok sesuatu yang berkualiti- jaminan, tempat pengeluaran, dan reputasi.

Warranti Jenama Rokok Elektronik

Kebanyakan jenama e-rokok menawarkan jaminan daripada beberapa jenis pada produk mereka. Jelas sekali, jaminan paling dikehendaki ialah jaminan seumur hidup, sama ada terhad, atau ia masih wujud tanpa had. Jika itu tidak mungkin, maka pastikan jenama vape tersebut mempunyai sekurang-kurangnya jaminan 30 hari. Pastikan anda membaca cetakan halus pada jaminan dan tahu apa yang diberikan (dan yang tidak) sebelum anda membeli. Waranti adalah sangat penting apabila memilih jenama e-cigarette dan melaluinya dianggap sebagai sebuah syarikat yang baik ialah syarikat yang menawarkan waranti yang berpatutan disamping mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi manakala syarikat yang tidak berkualiti ialah syarikat yang jarang memberikan warranti.

Lokasi, Lokasi, Lokasi,

Terdapat banyak bahagian e-cig yang dikilangkan dan dipasang di negara lain, terutama di China. Walaupun ini tidak merupakan satu perkara yang buruk dari segi kos pengguna akhir (iaitu anda), terdapat kebimbangan dari segi kawalan kualiti. Perkara penting yang anda mahu daripada jenama e-cig adalah ianya menggunakan kartrij e-cig dan e-cecair yang dihasilkan dan dibuat sama ada di Amerika atau UK. Ini memastikan bahawa komponen yang paling penting dalam e-rokok telah diuji dan di bawah garis panduan kawalan kualiti yang ketat. Kualiti jenama e-cig yang menggunakan e-jus atau kartrij e-cig yang dihasilkan di China tidak dapat dipastikan kerana tidak mempunyai standard bagi pengeluaran. Oleh itu, ianya lebih kurang boleh untuk menggunakan alatan e-cig dari jenama negara lain, tetapi pastikan kartrij dan cecair e-cigs itu adalah dikilangkan atau diperolehi dari produk negara asal.

Reputasi Jenama Vape

Seperti barangan lain, reputasi itu penting. Jenama vape yang mempunyai reputasi yang baik selalunya lebih disukai, tetapi jangan beranggapan yang lain tidak mempunyai reputasi kerana jenama vape indie adalah sesuatu yang baru dan tidak semestinya tidak bagus untuk anda. Buat pemerhatian dan perbandingan terlebih dahulu (dan sinilah tempatnya di Jenama Vape!)

Menilai Pilihan Jenama Untuk Rokok Elektronik

Satu perkara yang penting untuk anda lakukan semasa memilih jenama e-cig ialah menganalisa pilihan yang ada pada jenama tersebut. Jenis pilihan ini adalah seperti aksesori, perisa e-liquid, atau saiz bateri buatan khas– dalam kegunaan vape, pilihan sebenarnya tidak terhad. Perkara lain yang perlu diambil kira ialah memilih produk e-cig yang fleksible (atau tidak). Ini termasuk ciri diperlukan mengikut peribadi masing-masing, pengubahsuaian, atau pilihan campuran. Jika anda mahukan vaporizer yang mempunyai banyak ciri-ciri yang menepati citarasa anda, pilih di jenama yang mempunyai tawaran tersebut. Jika anda mahukan jenama vaporizer yang mempunyai rekabentuk yang canggih dan memberikan penggunaan yang baik, pilih sahaja jenama yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Dalam dunia vape, semuanya adalah berkaitan dengan pilihan peribadi.

Hayat Bateri Memberikan Perbezaan Besar

Jika anda mencari jenama rokok elektronik, pastikan anda memeriksa kualiti hayat bateri. Ingat supaya e-cig generasi pertama selalunya mempunyai bateri yang kurang effisien tetapi apabila menggunakan saiz lebih besar seperti yang ada pada e-cig generasi kedua atau ketiga, anda perlu kan bateri yang muat pada jenama e-cig yang anda gunakan (dan ya, jangan campur atau padankan dengan satu sama lain, ada adapter yang anda boleh gunakan), dan ia mampu memberikan suasana merokok yang anda inginkan. Pilih jenis jenama e-cig yang mempunyai bateri yang mantap, cara yang senang untuk bateri dicas, dan reputasi mengenai kualiti bateri dan jangka hayat jenama e-cig tersebut.

Terdapat Ratusan Perisa Untuk Dipilih

Apabila membeli rokok elektronik untuk kali pertama, anda mungkin teruja dengan kepelbagaian perisa dari jenama-jenama e-cig yang berbeza. Dari perisa tembakau tradisional seperti tembakau biasa dan menthol yang menyegarkan, kepada perisa yang lebih dinamik dan menarik yang manis dan diilhamkan dari pencuci mulut, minuman, dan makanan kegemaran. Tambahan pula, banyak jenama rokok elektronik mempunyai pilihan untuk mencampur dan mengubahsuai sendiri perisa e-liquid tersebut dengan jumlah nikotin yang dikehendaki. Samada anda baru menggunakan vape, mencari perisa baru dan bereksperimen dengan jenama vape yang berbeza adalah pengalaman yang menyeronokkan. Samada mahu mencuba perlahan-lahan atau terus-menerus, itu pilihan anda!

Penghantaran

Apabila mencari jenama rokok elektronik terbaik untuk anda, pastikan anda juga menyemak kadar syarikat penghantaran, kos penghantaran, dan apa jenis pakej yang mereka tawarkan untuk pengguna baru. Syarikat seperti Clearette dan Apollo menawarkan semua yang anda perlukan untuk menggunakan rokok elektronik, oleh itu, jika anda masih baru dengan cara merokok menggunakan vape atau mencari jenama rokok elektronik yang baru oleh itu pastikan anda mencuba kit permulaan kerana ia mempunyai semua keperluan untuk memulakan aktiviti merokok terus dari kotaknya. Apabila memeriksa untuk kadar penghantaran, anda mungkin mahukan harga yang berpatutan, dan paling penting ialah anda mahukan penghantaran yang menepati masa. Jika anda membeli dari salah satu jenama rokok elektronik dan memerlukan 3 minggu untuk masa penghantaran atau lebih, anda mungkin mahu mencari lagi ditempat lain untuk membuat pembelian kerana anda mahu rokok elektronik itu sampai secepat yang boleh, dan bukan lambat laun baru sampai. Tujuannya ialah supaya anda boleh merokok dengan baik dan mustahil untuk merokok dengan baik jika ia memerlukan masa yang panjang untuk anda menerima bungkusan anda.

Tergamam Dengan Aksesori Rokok Elektronik?

Jangan biarkan pilihan yang banyak mengujakan atau melemahkan semangat anda, pilihan yang pelbagai sebenarnya untuk memberikan anda banyak pilihan yang paling sesuai untuk anda mengikut personaliti diri anda sahaja. Kewujudan aksesori e-cigarette yang pelbagai bermakna ia akan memberikan pengalaman untuk mendapatkan ciri-ciri yang paling sesuai mengikut personaliti anda. Sebelum rokok elektronik wujud, pengguna tidak mempunyai banyak pilihan untuk merokok dengan rokok tembakau, dan kini anda mempunyai pilihan untuk merokok yang tidak terhad. Kelebihan ini adalah kerana setiap individu ialah berbeza oleh itu anda boleh mempunyai vape mengikut kegemaran sendiri sebagai pilihan.

Itu Sahaja? Tidaklah.

Kesemua senarai yang ada disini sebagai perbandingan untuk produk yang sudah sedia ada di pasaran, tetapi laman web ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memaklumkan anda mengenai jenama rokok elektronik yang popular dan terkenal dipasaran dan juga memberi maklumat mengenai apa itu rokok elektronik dan dari segi mana yang ia lebih baik daripada rokok tembakau biasa. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat didalam laman web ini seiring dengan perkembangan rokok elektronik dipasaran. Oleh itu, sila gunakan laman web ini sentiasa sebagai rujukan anda mengenai rokok elektronik yang menjadi trend terkini. Jika anda ingin mengetahui perbandingan produk, maklumat baru mengenai rokok elektronik jadi inilah laman web yang anda boleh jadikan rujukan. Jenama Vape akan memberikan anda maklumat yang berkualiti untuk membantu anda dalam memilih rokok elektronik yang sesuai untuk anda.