Aksesori Untuk Vape

Rokok elektronik mempuyai aksesori yang berbeza dari segi harga, fungsi, dan rekabentuk bergantung kepada keperluan masing-masing dan jenis-jenis jenama. Aksesori untuk rokok elektronik atau vape boleh menunjukkan personaliti seseorang dan keunikan dalam menggunakan rokok elektronik dan ianya juga memberikan pengalaman menggunakan rokok elektronik dengan cara yang lebih mudah. Seperti juga telefon bimbit, aksesori untuk telefon bimbit ialah berbeza mengikut jenama, dimana produk tersebut cuma ada dibawah satu jenama sahaja dan tidak boleh didapati ditempat yang lain. Aksesori boleh dipadankan walaupun dari jenama yang berlainan tanpa masalah yang rumit. Cara terbaik untuk menentukan aksesori yang sesuai untuk anda meskipun jenamanya berlainan ialah dengan membaca deskripsi produk, membuat perbandingan, membaca spesifikasi dan jika boleh, buat percubaan di kedai rokok elektronik atau vape di tempat anda. Jika anda serius untuk beralih kepada vape oleh itu anda perlu mengambil kira aksesori yang digunakan. Aksesori yang mungkin menarik minat anda ialah pengecas bateri untuk e-cig, adapter universal untuk penggunaan maksimum, aksesori tambahan, tempat letak vape, aksesori untuk e-juice/ e-liquid untuk membuat perisa sendiri, dan juga vaporizer kering jenis herba sekiranya anda berminat dengan rokok elektronik lebih daripada menggunakan e-liquid atau cecair elektronik.

Alat Pengecas

Kebanyakan rokok elektronik boleh dicas semula dengan alat pengecas dan menggunakan batteri cas semula. Jika anda baru beralih kepada rokok elektronik daripada rokok tembakau tradisional ataupun masih didalam peringkat permulaan mencuba rokok elektronik, anda boleh menggunakan kit percubaan yang standard. Kit percubaan selalunya terdiri daripada alat pengecas, bateri, dan jus elektronik/ cecair elektronik/ kartrij vape pakai buang yang diperlukan untuk mencuba vape diperingkat awal. Satu alat secara amnya yang anda perlu ada simpanan lebih ialah alat pengecas. Untuk jenama rokok elektronik yang terkenal seperti Vapor4Life, jenama ini arif mengenai rokok elektronik dan sentiasa memperbaharui produk mereka untuk mencapai kesempurnaan. Jenama tersebut menyediakan beberapa alat pengecas pilihan untuk pengguna, termasuk alat pengecas vape yang kecil, adapter kereta yang standard yang boleh dipadankan bersama kord USB, dan juga rokok elektronik jenis passthrough samada automatik dan manual. Rokok elektronik Apollo juga mempunyai pengecas mudah alih yang senang dibawa ke mana-mana dan kelihatan seperti sekotak rokok biasa dan ini merupakan produk mereka yang terlaris dipasaran.

Alat Pengecas Kecil

Alat pengecas rokok elektronik kecil merupakan alat yang lebih kecil daripada port pengecas lain dan mempunyai ruang mengecas yang lebih kecil. Ini merupakan aksesori yang ideal untuk tempat yang terhad dan soket dinding terutamanya didalam asrama, apartmen studio, rumah kecil atau bangunan lama.

Apollo E-cig Car Charger

Adapter Kereta

Adapter kereta dengan kord USB sangat berguna untuk mengecas bateri rokok elektronik ketika anda dalam perjalanan. Ia merupakan teman melancong yang sesuai terutamanya didalam perjalanan kereta yang jauh, melancong dan juga perkhemahan yang menyeronokkan. Anda boleh sambungkan adapter dikereta dan bateri rokok elektronik secara terus. Tidak perlu lagi mengheret wayar membawa beberapa biji beteri untuk memikirkan sekiranya sudah mencukupi.

Passthrough E-cig

Ini merupakan satu produk yang unik yang ada dibawah jenama Vapor4Life iaitu rokok elektronik jenis masuk lalu atau passtrhough ecig. Ini ialah vape yang sama dengan vape mini generasi pertama tetapi menggunakan kuasa battery yang didapati dari pengecas dinding, dan menjadikanya rokok elektronik yang mempunyai kord yang pertama dipasaran. Dengan kebolehan untuk menerima 5 volt kuasa pengecas, anda boleh menikmati rokok elektronik berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan generasi kedua atau ketiga yang ada dipasaran sekarang. Ianya juga sesuai digunakan didalam kereta, dimeja, bilik tidur selagi ianya berdekatan dengan kemudahan bateri yang lain.

Apollo E Cigs Handy PCC (Portable Charger Case)

Charger Case Mudah Alih

Charger case mudah alih yang diperkenalkan oleh Apollo Ecigs amat selesa dan mudah digunakan. Ianya sesuai untuk mengecas semula bateri ketika anda berada ditempat berlainan untuk masa yang lama seperti di atas penerbangan, didalam kereta atau diluar ruma. Anda juga boleh menggunakan bateri yang siap sedia pada bila-bila masa, dan seperti yang kita tahu, bateri yang penuh menghasilkan wap yang lebih banyak.

South Beach Smoke Carry Case

Carrying Case Rokok Elektronik

Sarung tersebut ialah satu cara termudah untuk membawa rokok elektronik anda termasuk kartrij ekstra dan batteri tanpa risiko kerosakan atau kehilangan. Cigavette menawarkan pengguna beberapa sarung yang bersaiz seperti kotak rokok biasa sehingga saiz seperti sarung menyimpan cermin mata. Terdapat berlainan gaya untuk lelaki dan wanita seperti yang anda minati mengikut personaliti masing-masing.

Drip Tip yang lembut untuk mulut

Drip tip diperbuat daripada getah yang lembut direka untuk menyerupai rasa merokok sebatang rokok tembakau yang membolehkan anda beralih dari rokok tembakau kepada rokok elektronik dengan lebih selesa. Jenama Volcano menawarkan pengguna dengan kepelbagaian tip getah untuk mulut yang senang digunakan dihujung kartrij. Tip getah yang lembut ini amat membantu untuk memastikan rokok elektronik anda sentiasa bersih. Katakan anda mempunyai gincu yang terang dan anda tidak gemar untuk mengelap setiap kali merokok, inilah yang anda perlukan – ia akan memastikan gincu anda tidak melekat pada kartrij untuk cara merokok yang lebih bersih. Ianya juga sesuai kepada mereka yang mempunyai gigi sensitif kerana ia dapat melindungi lebih titisan daripada memasuki mulut dan menyebabkan rasa tidak selesa.

Adapter Universal

V2Cigs menawarkan pengguna untuk menggunakan adapter universal yang boleh disesuaikan dengan bateri rokok elektronik jenama lain. Sesetengah bateri dari jenama lain yang boleh digunakan dengan adapter V2Cigs ialah seperti South Beach Smoke dan Njoy. Dengan hanya menyambungkan adapter universal kepada kartrij perisa pilihan anda dari V2Cigs dan sambungkan apa juga jenis bateri untuk melengkapkan rokok elektronik tersebut. Ini merupakan aksesori terbaik yang perlu dimiliki dan sesuai dengan personaliti anda.

Tali Penyangkut (Lanyard)

Lanyard atau tali penyangkut merupakan cara terbaik untuk membawa vape mini kerana anda dapat mencapai vape tersebut dengan cepat. Eversmoke mempunyai rekabentuk yang klasik tetapi ringkas dan penuh gaya. Ini merupakan aksesori yang baik untuk digunakan dikelab bersama teman-teman atau ketika dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Lanyard vape yang unik ini memudahkan anda menggunakan dan membawa rokok elektronik anda.

Tray (Tanpa Habuk) Untuk Vape

Sesetengah orang hanya sukakan perasaan meletakkan rokok tembakau ditempat habuk rokok atau tray habuk rokok. Vape tidak perlukan tray habuk rokok kerana tiada habuk yang dihasilkan, tetapi anda boleh letakkannya dengan cara yang bersih. Tray (tanpa) habuk rokok memberikan pengguna vape untuk meletakkan rokok ditempat khas supaya tidak hilang dan tidak dicemari kuman. Ia juga dapat memberikan perasaan menggunakan vape seperti sedang menggunakan rokok biasa. Rokok elektronik yang popular iaitu jenama Blu Cigs mempunyai gaya yang ringkas, mudah dan tidak mahal untuk melengkapkan gaya ketika anda perlu meletakkan rokok elektronik generasi pertama anda ketika anda berada di bar airport, di kedai kopi, atau di kelab tanpa perlu risau mengenai kehilangan vape atau rokok dicemari kuman di tempat awam.

Aksesori Cecair Elektronik Atau E-Liquid

Jika anda meminati rokok elektrik dan gemar mencampurkan perisa tersendiri, anda mungkin berminat untuk mengetahui e-liquid dari Halo Cigs yang turut mempunyai asas PG dan VG untuk vaporizer, botol kosong untuk mencampurkan perisa vaporizer, dan angkup untuk memasukkan kartrij dengan cepat dan mudah.

Halo Cigs mempunyai cecair elektronik atau e-liquid premium dari Amerika yang tidak berperisa tetapi mempunyai standard yang tinggi dan penuh nikotin. Aksesori ini amat sesuai untuk membuat jus elektronik atau e- juice buatan senditi. Botol kosong yang khas dari HaloCigs merupakan penitis saiz poket yang direka khas supaya mudah untuk mengisi semula kartrij. Terdapat poin jejarum yang memudahkan pengambilan buih getah didalam kartrij. Ia merupakan angkup yang sama seperti yang digunakan oleh orang profesional.

Vaporizer Herba Kering

Kebanyakan pengguna rokok elektronik bermula dengan rokok elektronik jenis meruap, ada masanya pengguna mahu mencuba dengan herba kering dan bunga-bungaan. Inilah masanya untuk mencuba vaporizer herba kering. Vaporizer herba kering membolehkan pengguna untuk merokok dengan herba kering kegemaran mereka, bunga-bungaan, atau lilin khas. Keunikan aksesori ini ialah tiada pembakaran dikeluarkan oleh itu bahan-bahan tersebut iaitu herba kering, bunga-bungaan dan lilin khas dapat digunakan untuk jangkamasa panjang dan tidak mengeluarkan sebarang asap berherba yang tajam. Vaporizer jenis ini, pemeruap jenama G5 ini kalis angin dan dijual dengan bateri tahan lama.

Kesimpulan

Rokok elektronik semakin popular dan mempunyai kepelbagaian untuk memenuhi citarasa pengguna. Tambahan lagi, vape dijual dengan beberapa aksesori. Ini merupakan maklumat permulaan bagi rokok elektronik dan artikel ini juga hanyalah meliputi sedikit sahaja daripada keseluruhan maklumat rokok elektronik dan aksesorinya, bermakna banyak lagi akan diperkenalkan dimasa akan datang.