Bekas Penyimpanan Vape

V2 Cigs E-Cigarette Case

Keperluan Vape

Jika anda tercari-cari akan di mana tempat untuk membeli bekas rokok elektronik serta inginkan yang bergaya, tetapi mampu dimiliki, maka anda berada di tempat yang betul. Mencari bekas rokok elektronik yang sempurna boleh menjadi sukar; terutamanya jika anda mempunyai citarasa sendiri. Tempat penyimpanan vape tidak semestinya tebal, besar, atau tiada gaya. Bekas e-rokok seharusnya dapat dimuatkan di dalam beg tangan wanita, atau poket belakang. Anda perlu bijak mencari bekas elekttronik yang kecil, penuh gaya dan menarik.

iPhone E-cigs Case

Ciri-Ciri Penting

Satu ciri penting yang disediakan oleh bekas penyimpanan vape. ialah ruang penyimpanan e-rokok. Perkara penting yang anda perlu ketika meneliti ruang di dalam bekas; kes itu harus cukup besar untuk memegang bateri anda dan kartrij, padat dan muat untuk diselitkan di dalam poket jaket anda sepanjang hari.

Di samping itu, satu lagi ciri penting yang anda boleh titik beratkan ialah perlindungan. Terdapat beberapa jenis bekas yang mempunyai tahap perlindungan/keselamatan yang berbeza. Satu lagi ciri yang perlu diambil perhatian kepada individu tertentu adalah bekas boleh dicas semula.

Apollo Electronic Cigarettes Case

Kebaikan Memiliki Bekas Vape

Dengan adanya bekas penyimpanan vape, anda mudah membawa rokok elektronik boleh cas semula anda ke mana sahaja. Anda juga boleh membawa e-rokok tambahan dengan adanya bekas tersebut. Bekas simpanan rokok elektronik memberi kemudahan termasuklah mengelak vape rosak jika terjatuh ke mana-mana permukaan keras. Bekas penyimpanan e-rokok melindungi setiap e-rokok anda daripada rosak, pecah atau kerosakan lain.

Ia juga dapat membantu vape. anda daripada terkena simbahan air, jika air tersimbah ke bekas vape anda, anda tidak perlu risau akan sebarang kerosakan ke atas vape.

Jenama V2cigs menawarkan tawaran yang menarik iaitu selain dari kecil, bergaya serta murah, ia memberikan pilihan sama ada anda inginkan bekas yang keras ataupun lembut. Sila meneliti testimoni jenama V2cigs.

Apollo E-Cigarettes Case

Jenis-Jenis Bekas Penyimpanan

Bekas penyimpanan vape boleh didapati dalam bentuk berzip, butang dan berkancing. Kaedah tersebut bagi mempastikan kesemua aksesori rokok elektronik anda terlindung dari sebarang kerosakan atau terjatuh ketika anda membawanya. Yang menariknya terdapat bekas penyimpanan vape yang mempunyai ekstra poket bagi memudahkan anda untuk menyimpan bateri ekstra, amotizer, cartomizer serta aksesori lain.

Bekas penyimpanan yang paling tahan lasak adalah bekas yang diperbuat daripada logam/besi; bekas ini berfungsi sebagai pelindung yang tahan lasak dan tahan kemalangan. Jika anda seorang yang agak cuai, bekerja pada sektor kerja yang lasak mahupun ada anak kecil, bekas penyimpanan e-rokok jenis logam amat bersesuaian dengan anda. Bekas ini juga sebesar saiz telefon pintar yang memudahkan ia untuk di bawa ke mana-mana. Kebanyakkan bekas ini beebentuk melengkung di setiap bucu/sisinya; hal yang demikian bagi mengelakkan bucunya tercucuk di dada, lengan atau kaki ketika membawanya di dalam poket. Bekas logam yang popular antaranya yang di perbuat daripada logam tahan karat, “graphite” serta putih bercahaya.

v2cigs e-cigs carry case

Bekas Alat Pengecas Mudah Alih

Salah satu jenis bekas yang hangat adalah bekas alat pengecas mudah alih. Jika anda perasan bahawa bateri e-rokok anda cepat kehabisan dan anda jauh dari rumah, bekas ini sangat diperlukan oleh anda. Jika anda masih berasa ragu dengan bentuk bekas tersebut, anda akan terkejut ketika membelinya kerana bekas alat pengecas mudah alih sebenarnya sama saiz dengan bekas lain yang telah kita bincangkan sebelum ini kira-kira sebesar saiz telefon pintar. Bekas alat pengecas mudah alih memudahkan anda untuk menyimpan aksesori vape anda di dalam poket.

Bekas penyimpanan rokok elektronik boleh menyimpan dan melindungi bateri boleh cas bersaiz biasa dan kecil, jadi anda tidak perlu risau akan muat atau tidak bateri vape anda di dalamnya.

Reka bentuk luaran bekas pengecas mudah alih mempunyai reka bentuk yang sama seperti bekas biasa, kecuali butang tambahan di luar bekas tersebut. Terdapat satu tempat sambungan USB yang digunakan untuk mengecas. Kemudahan ini membolehkan anda mengecas bekas e-rokok kereta anda, melalui komputer anda di tempat kerja, atau dengan alat cas serbaguna yang anda boleh beli secara dalam talian.

Terdapat 2 baris lampu pada bahagian luar bekas tersebut. Ianya merupakan 2 baris lampu LED; baris ini dilabelkan sebagai “case” dan “cig”. Bergantung kepada kandungan cas pada bekas dan cas pada bateri, anda boleh mendapati cahaya yang ditunjukkan pada lampu LED ditahap yang berlainan.
Dibahagian dalam bekas pengecas mudah alih jenama V2Cigs terdapat dua slot untuk meletakkan bateri anda. Salah satu slot untuk bateri mempunyai skru di titik paling kiri yang boleh berpaksi supaya anda dapat memasukkan bateri dengan lebih mudah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah skrukan bateri dan tahan butang ke bawah untuk mula mengecas bateri anda.

Nyalaan LED berwarna biru memberitahu anda akan tahap peratusan cas bekas penyimpanan tersebut. Terdapat lima warna LED yang berbeza; apabila kesemua LED berwarna biru menyala, maka ia telah sempurna dicas. Nyalaan lampu LED berwarna merah menandakan bateri anda berkurang. Apabila terdapat lima nyalaan lampu LED merah menunjukkan vape anda telah dicas penuh. Mengecas bekas penyimpanan adalah lebih mengambil masa yang lama berbanding mengecas vape.

Mengecas bekas penyimpanan adalah lebih lama berbanding mengecas e-rokok namun begitu ia memudahkan anda mengecas vape ketika lama berada di luar rumah.