Kartrij Rokok Elektronik

Flavor Cartridge Sampler

Kartrij rokok elektronik (rokok elektrik) diperbuat daripada beberapa jenis bahan, yang senang digunakan untuk merokok ketika dalam perjalanan, saiz yang bersesuaian, dan perisa yang memuaskan didalam kartrij yang kecil. Rekaan yang unik memberikan gaya merokok yang amat selesa, lebih daripada rokok tembakau biasa. DIperbuat daripada 3 ciri utama, atomizer, cecair elektronik dan tip lembut, kartrij tersebut direka untuk digabungkan dengan bateri untuk memberikan pengguna cara penggunaan yang mudah dan menyeronokkan. Apabila kandungan kartrij rokok elektronik semakin kurang (tiada lagi asap atau tiada rasa) cara untuk membuangnya juga amat mudah dan pengguna boleh menggantikan kartrij baru dengan cepat dan merokok semula tanpa berlengah. Katrij untuk rokok elektronik direka sesuai untuk gaya dan pemikiran yang moden. Ianya amat berperisa, mudah digunakan dan mesra alam sekitar.

Rekaan Yang Unik

Kartrij rokok elektronik mempunyai rekaan yang unik. Ia lebih kecil dari rokok tembakau, jenis pakai buang, dan tahan lama. Rokok tembakau tradisional selalunya, yang anda buang ialah puntung rokok, dan bagi rokok elektronik pula, kartrij yang akan dibuang. Lebih menarik ialah, pada rokok biasa, anda akan membuang 20 puntung rokok dalam satu pek rokok. Dengan rokok elektronik pula, hanya satu kartrij sahaja dibuang untuk bersamaan dengan penggunaan 1 pek rokok biasa. Cuba firkirkan. Satu kartrij rokok elektronik bersamaan dengan penggunaan 20-30 batang rokok biasa. Ianya amat menakjubkan. Impak kepada alam sekitar amat memuaskan, dan wang anda juga boleh dijimatkan, dan anda juga boleh menjimatkan masa dan kurang ke kedai untuk membeli rokok.

cartomizer traditional

Kartrij direka khas untuk kelihatan seperti penapis rokok tembakau yang standard yang disambungkan dengan bateri. Kartrij ini direka dengan tiga ciri utama, atomizer, cecair bernikotin atau tanpa nikotin, tip silikon – yang menjadikannya berbeza dengan cara merokok diluar sana. Kartrij rokok elektronik dari Eversmoke mempunyai rekaan yang unik dengan tiga peringkat pemprosesan dan menggunakan teknologi dari VaporFlo. Rekaan ini untuk menghasilkan asap yang meruap dengan maksimum tetapi dikeluarkan dengan lancar dan boleh memberikan pengalaman merokok yang sebenar.

Atomizer direka untuk menghasilkan asap rokok yang berperisa, dinikmati dan boleh dilihat semasa merokok. Apabila anda menggunakan rokok elektronik, ia akan menarik cecair melalui atomizer melalui kaedah pemanasan dari bateri dan anda boleh merokok seperti rokok yang biasa. Kelebihan yang baik semasa menggunakan kartrij rokok elektronik ialah anda akan menggunakan atomizer yang baru dengan setiap penggunaan kartrij yang baru. Atomizer boleh rosak dengan penggunaan yang berlebihan, tetapi dengan kartrij, anda tidak perlu risaukan atomizer daripada rosak atau tiada penghasilan wap- kerana anda akan menerima wap yang tidak akan berkurangan.

Didalam kartrij rokok elektronik terdapat juga cecair. Cecair ini yang akan memberikan perisa yang anda cari dan memberikan rasa nikotin yang anda pilih. Ini merupakan peringkat yang unik untuk setiap kartrij. Dari 100 jenis perisa yang boleh dipilih, anda boleh memilih mana-mana yang anda sukai.
Akhir sekali, rokok elektronik dilengkapi dengan tip silikon yang memberikan rasa menarik nafas semasa merokok seperti biasa. Tip silikon ini amat lembut dan mudah lentur dan rasanya seperti menggunakan rokok tembakau biasa. Tip yang lembut ini mempunyai satu sahaja lubang untuk memastikan pengeluaran asap yang maksimum boleh dicapai. Tambahan lagi, tip ini kalis bocor dan senang untuk membawa kartrij ini didalam beg tangan atau didalam poket dan cecair berperisa tersebut tidak akan hilang atau tumpah didalam beg atau baju.

Tobacco Box Cartos

Kandungan Bahan-Bahan Yang Sedikit

Bahan yang sedikit didalam rokok elektronik ini menunjukkan hanya sedikit bahan sahaja yang dibawa masuk kedalam badan dan bermakna risiko memudaratkan kesihatan adalah tipis. Secara amnya, merokok dengan rokok elektronik lebih sihat dari rokok tembakau kerana rokok tembakau mempunyai lebih dari 4000 bahan kimia didalamnya, tetapi rokok elektronik hanya mempunyai cecair pemeruap didalam kartrij yang diperbuat daripada kurang dari 5 bahan sahaja. Oleh itu, ia mempunyai perbezaan yang besar diantara rokok tembakau tradisional dan rokok elektronik.

Jika ia baik untuk anda, maka ianya juga baik untuk orang disekeliling anda. Anda tidak perlu risau dalam memudaratkan keluarga, rakan dan sesiapa disekitar anda kerana vape belum menyatakan kesan untuk orang kedua, ataupun orang ketiga. Rokok tembakau ditakuti ramai kerana ia boleh memudaratkan kesihatan perokok dan orang yang berdekatan dengan perokok. Orang lain selalunya merasa pening, serangan asma, alergik, dan jangkitan telinga apabila terdedah dengan asap rokok. Kesan orang ketiga ialah seperti kumpulan tar di bahagian yang terkena asap dengan kerap. Ia menyebabkan gigi yang kuning, tar dan kesan karsinogenik, dan bau asap rokok. Rokok elektronik tidak akan memberikan anda apa yang telah dinyatakan tadi! Tiada lagi pengguna kedua atau ketiga dan aduan dari orang ramai, sebaliknya anda hanya perlu menikmati kemanisan dan rasa merokok yang lembut.

e cig cartomizers

Mesra Alam Sekitar

Kartrij rokok elektronik mengeluarkan jumlah sampah yang lebih seditkit berbanding rokok tembakau dan ianya amat mesra alam sekitar. Kartij lebih tahan lama dari sebungkus rokok biasa. Secara purata, kartrij boleh tahan sehingga lebih dari sebungkus rokok biasa. Oleh itu, ini bermaksud satu kartrij bersamaan dengan 30 batang rokok biasa, dan anda boleh mengelakkan pencemaran dengan mengelakkan daripada 29 puntung rokok dibuang yang mencemarkan ekosistem. Ketika membuang kartrij rokok elektronik, anda juga mengekalkan kebersihan alam sekitar daripada pengumpulan sampah dari puntung rokok.

Flavor E-Cigs Cartridges

Pengalaman Menggunakan Perisa Yang Boleh Diubahsuai & Ditingkatkan

Pek kartrij e-cig atau rokok elektronik mempunyai rasa yang hebat didalam alat yang kecil. Tambahan lagi, ianya akan sentiasa terasa segar dan tidak akan berubah. Sejak rokok elektronik dicipta dengan atomizer sendiri, anda akan dijamin untuk diberikan atomizer yang baru dengan setiap kartrij yang digunakan. Sejak atomizer boleh rosak setelah lama digunakan, ada rokok elektronik yang ada atomizer sedia ada didalam, itu lebih senang rosak dan menjadikan cara merokok tidak lancar. JIka atomizer rosak, asap rokok tidak dapat dikeluarkan dan rasanya akan menjadi tawar. Dengan kartrij rokok elektronik, anda sudah tidak perlu risau lagi itu semua. Apa yang penting ialah anda tentukan perisa rokok yang anda mahu gunakan. Tiada lagi masalah semasa menggunakan rokok elektronii dan setiap sedutan akan memberikan keselesaan dan sedutan yang penuh perisa.

Kesimpulan

Penggunaan rokok elektronik lebih sihat dan lebih mesra alam sekitar. Asap yang dikeluarkan dari atomizer juga tersimpan secara dalaman di kartrij yang memberikan rasa yang ketara dan memuaskan. Asap yang sejuk tidak akan merosakkan pengalaman anda untuk merokok dan setiap kartrij yang baru, akan disertakan dengan atomizer baru sekali. Setiap kartrij juga memberi rasa yang berbeza dan anda boleh merokok selepas makan malam atau di awal pagi dengan secawan kopi – anda akan menyukai setiap sedutan dari kartrij rokok elektronik. Dengan kurang daripada 5 bahan, dan ratusan perisa boleh dipilih, peringkat nikotin yang boleh dicuba, tiada sebab lagi kenapa anda tidak mencuba rokok elektronik.