Pengecas Vape dan Hayat Bateri

Battery Life Calculation

Jenis-Jenis Pengecas

Kebanyakan kit permulaan e-rokok asas dilengkapi dengan bateri yang boleh dicas semula dan pengecas USB. Pengecas USB adalah satu unit kecil yang dipasangkan ke bateri anda, dan disambungkan pada komputer anda pada hujung yang lain. Ia kelihatan sangat seperti flash drive, kira-kira saiz ibu jari, dengan lampu LED di tengah-tengah yang akan menunjukkan sama ada bateri telah dicas atau tidak.

Anda boleh mendapatkan adapter dinding, di mana anda akan palam pengecas USB ke adapter, dan palam adapter ke dinding. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan adapter kereta, memasang pengecas USB ke adapter dan kemudian ke pencucuh di kereta anda.
Kit permulaan yang lebih mahal biasanya disertakan dengan alat pengecas USB san adapter kereta.

Jangan lupa tentang PCC, atau bekas pengecasan peribadi. Kebanyakkan kit permulaan tidak dilengkapi dengan PCC, tetapi terdapat banyak pilihan yang boleh anda pilih jika dibeli secara berasingan. PCC akan membolehkan anda untuk mengecas bateri anda di mana sahaja anda berada.

Jenis-Jenis Bateri

Terdapat pelbagai jenis bateri untuk digunakan dengan e-rokok anda, jadi jenis pengecas anda akan bergantung kepada bateri anda. Harus difahamkan juga bahawa tidak semua jenama pengecas dan e-rokok serasi.

Bateri seakan-akan rokok adalah bateri yang paling asas boleh didapati. Ia direka untuk menyerupai rokok sebenar, tetapi rendah kuasa dan sering tidak member kepuasan bagi perokok.

Bateri eGo adalah yang biasa di pasaran. Ia datang dalam saiz yang berbeza dengan jumlah kuasa yang berbeza.
Advanced Vaporizers Peribadi (APV) atau Mods biasanya hanya digunakan oleh perokok e-rokok tegar, tetapi ia memerlukan pengecas khas.

v2cigs Batteries

Memilih Pengecas

Kit permulaan anda hendaklah mengandungi pengecas USB serasi dengan e-rokok anda. Ramai individu lebih suka untuk mempunyai lebih daripada satu pengecas, hal ini bagi memudahkan mereka menyimpan satu di rumah, satu di tempat kerja, dan satu di dalam kereta. Ia merupakan cara termudah bagi mereka untuk mengekalkan cas bateri e-rokok.

Memilih pengecas yang serasi dengan bateri anda adalah penting, untuk mengelakkan kemungkinan bateri akan terlebih cas justeru terlebih panas. Sesetengah pengecas dapat mengawal dan memutuskan lebihan voltan pada bateri yang telah sempurna dicas. Mengecas melalui komputer anda juga mudah kerana komputer akan dapat mengawal voltan pada bateri yang telah dicas. Walau bagaimanapun, bateri yang dicas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja untuk tempoh yang lama, kerana dikhuatiri boleh terbakar.

Pengecas USB

Pengecas USB adalah pengecas yang biasa dan termurah untuk mengecas bateri e-rokok anda.

Kebanyakan pengecas USB bersifat unik; jenama pengecas anda bergantung kepada jenama e-rokok yang anda gunakan. Beberapa jenama termasuk: V2 Cigs, VaporFi, dan Halo Cigs.

USB Ego E-cig Charger

Jenama Express Charger ialah pengecas USB, tetapi berupaya mengecas lebih pantas daripada pengecas yang biasa.

Antara jenis pengecas yang boleh anda dapati di pasaran termasukla “air chargers”, “pro chargers”, “jet chargers”, “pulse chargers”, “rocket chargers”, “rebel chargers” dan “mod chargers”. Kesemuanya adalah khusus untuk bateri tertentu atau jenis e-rokok, seperti pengecas pro, bergantung kepada pembelian pro e-rokok. Tidak semua syarikat menawarkan produk jenis ini.

Pengecas USB yang kecil adalah mudah untuk digunakan, tetapi ia mempunyai beberapa kelemahan. Ia hanya boleh digunakan pada komputer, dan memerlukan adapter untuk dimasukkan ke soket rumah. Dengan pengecas USB, anda hanya akan dapat mengecas bateri anda apabila anda berada di hadapan komputer dan komputer anda juga dicaj atau dipasang ke sumber kuasa.

E-Cigarette Charger Wall Adapter

Alat Pengecas Di Dinding

Anda boleh membeli adapter sebagai tmpat saluran USB ke soket rumah. Alternatif ini adalah lebih mudah kerana anda boleh mengecas di mana-mana. Kekangan yang timbul ialah ia akan mengambil sedikit masa untuk mengecas kerana kuasa tidak pergi terus ke dalam bateri, tetapi melalui adapter dan kemudian ke dalam pengecas USB barulah kemudian kepada bateri.

Alat Pengecas Didalam Kereta

Sama dengan adapter untuk dinding, pengecas kereta adalah adapter di mana anda boleh meletakkan pengecas USB dan kemudian memasangnya ke sumber kuasa kereta anda. Dengan cara itu anda boleh mengecas di mana sahaja, dan mempunyai bateri tersedia dengan anda semasa anda dalam perjalanan. Sekali lagi, kelemahan adalah bahawa kuasa perlu terlebih dahulu melalui penyesuai dan kemudian ke dalam USB dan bateri.

Kedua-dua adapter dinding dan adapter kereta juga memerlukan pengecas USB, jadi jika anda mahu menyimpan beberapa pengecas di rumah, di dalam kereta, dan di tempat kerja, anda dikehendaki untuk membeli cukup pengecas USB.

Apollo E-cig Car Charger

Bekas Pengecas E-rokok Individu

Bekas Pengecas e-rokok membolehkan anda untuk memaparkan personaliti unik anda, bersama-sama dengan rasa unik e-rokok kegemaran anda. Bekas ini juga berguna kerana ia boleh menyimpan alat pengecas, maka mudah untuk mengecas bateri anda di mana sahaja.

PCC perlu dicas terlebih dahulu. Ia kemudiannya boleh menyimpan caj sehingga anda meletakkan e-rokok bertujuan untuk dicas smula. Dengan cara itu, jika anda tidak mempunyai pengecas dengan anda, atau tidak dapat mencari sumber kuasa, anda tidak akan kehabisan bateri. Selagi PCC anda mempunyai caj, ia boleh menyalurkan casnya kepada bateri anda. Sudah tentu, masalah yang timbul ialah bahawa peratusan simpanan kuasa PCC akhirnya akan berkurangan, dengan itu PCC dan bateri kedua-duanya perlu dicas semula secara langsung dari sumber kuasa.

EverSmoke menawarkan bekas pengecas peribadi yang direka untuk kelihatan seperti satu bekas rokok sebenar; ini mudah disesuaikan deangan e-rokok mereka, yang kelihatan serupa dengan rokok biasa. Alternatif ini amat baik untuk seseorang ketika baru mula merokok, kerana ia adalah hampir sama dengan gaya merokok. Bekas kecil tersebut mudah untuk dimuatkan ke dalam beg tangan atau poket anda supaya ia boleh dibawa ke mana sahaja anda pergi. Terdapat reka bentuk lain daripada PCC yang terdapat di sini; terdapat bekas mengecas peribadi direka seakan-akan seperti telefon bimbit.

V2 Cigs Charging Cases

Pengecas Bateri Serba Guna

Walaupun adalah penting untuk mengingati bahawa kebanyakan e-rokok hanya serasi atau hanya boleh dipadankan dengan pengecas yang dibuat oleh jenama yang sama, terdapat beberapa pilihan lain. Jenama Nitecore dan Efest adalah beberapa jenama yang menawarkan pengecas serba guna, pengecas pelbagai bateri.

Faedah pengecas serbaguna adalah anda mungkin dapat membeli produk yang lebih murah daripada jenama yang ditawarkan oleh syarikat e-rokok anda. Walau bagaimanapun, ia masih penting untuk berhati-hati dan memerhati bateri anda semasa proses mengecas, kerana masih berisiko.

Anda boleh membeli pengecas serbaguna yang boleh mengecas dua atau empat bateri pada satu masa. Setiap slot bateri adalah berasingan dan berupaya mengecas bateri individu secara berasingan. Bateri biasanya dilengkapi dengan litar “intelligent charging”, jadi mereka dapat mentafsirkan berapa banyak caj, dan jumlah voltan yang perlu bagi mengecas setiap bateri.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi yang membolehkan ia tahu bila bateri dicas sepenuhnya supaya ia berhenti mengecas. Baterinya pl akan mula berkurangan dan hilang setelah mengecas e-rokok, tetapi beberapa pengecas dilengkapi sensor apabila caj bateri telah jatuh di bawah paras tertentu, maka ia sekali lagi akan mula mengecas. Lampu-lampu LED pada pengecas perlu sebagai memberitahu anda apabila ia telah selesai mengecas. Sekali lagi, ia bukan satu idea yang baik untuk meninggalkan mengecas bateri tanpa pengawasan.

Sesetengah pengecas serbaguna juga boleh mengecas peranti elektronik yang lain, seperti telefon bimbit, iPad, dan pemain MP3, MP4. Hal ini dapat menyenangkan mereka, kerana ia mengurangkan jumlah pengecas anda perlu bawa keluar, terutamanya jika anda dalam perjalanan dan perlu pengecas telefon, pengecas iPod, pengecas komputer riba, dan pengecas e-rokok.

Trustfire E-cigs Charger

Jenis-Jenis Power Cig

Beberapa syarikat seperti EverSmoke, mempunyai pilihan tambahan yang dikenali sebagai “power cig”. Power Cig adalah e-rokok dengan kord kuasa dilampirkan terus kepadanya. Dilengkapi dengan USB pada hujungnya, anda boleh menghantar kuasa terus ke bateri e-rokok anda dengan memasukkan USB ke komputer anda. Dengan cara itu, anda tidak perlu menunggu untuk bateri dicas. Ia adalah mudah jika anda berada berdekatan dengan komputer anda dan dapat menunggu untuk seketika. Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk sentiasa berada dimeja, Power e-cig adalah pilihan yang tepat supaya anda tidak kehabisan cas bateri vape dan tidak perlu menunggu untuk merokok. Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk banyak bergerak, pilihan ini kurang tepat, tetapi masih menjadi pilihan yang baik untuk bekerja di rumah.

E Cig Battery Power Cig USB Charger

Pengecas Rokok Elektronik

Anda harus membuat keputusan mengenai jenama dan jenis e-rokok dahulu sebelum memilih pengecas. Perkara ini akan membantu anda membuat keputusan tentang jenis pengecas yang dikehendaki. Kebanyakan orang menyimpan adapter kereta di dalam kenderaan mereka, dan beberapa adapter soket rumah, serta pengecas untuk pejabat di mana mereka bekerja. Ingatlah bahawa semua ini memerlukan pengecas USB berasingan. Bersama-sama dengan bekas pengecasan peribadi, ia bagi menjaga bateri e-rokok tersedia pada setiap masa, jadi e-rokok akan sentiasa menemani anda.

Perokok harus memantau bateri ketika proses mengecas, dan berhati-hati apabila mencampurkan jenama bateri dan pengecas. Terdapat banyak pilihan untuk aksesori e-rokok, dan yang lebih berpengalaman akan membuat pilihan yang lebih bijak.