E-Liquid Terbaik 2017

Mengenalpasti E-Liquid Terbaik Dengan Cara Mengetahui Asasnya

E-liquid (atau juga dipanggil E-Juice= Jus Elektronik)ialah campuran dari perisa, gula, dan unsur organik secara sintetik atau semulajadi. Ia merupakan bahan cecair yang ditambah didalam rokok elektronik, yang dipanggil e-cigarette atau e-cig. Cecair ini dipanaskan melalui peralatan rokok elektronik dan menjadi titisan aerosol untuk pengguna sedut produk e-juice tersebut. E-Liquid mempunyai pilihan rasa yang banyak. Kebanyakan pengguna menyukai ciri ini kerana mereka boleh mengubah rasa rokok mereka. Pengguna boleh memilih apakah rasa rokok mereka, dan juga jumlah nikotin yang mereka inginkan- jika mereka memilih e-liquid bernikotin, e-juice juga memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati rokok yang berperisa dan tanpa nikotin. Terukan membaca

Memahami Vg vs Pg Dan Kadaran Nisbah Vg:Pg

Salah satu bahan e-liquid ialah Propylene Glycol, atau juga dipanggil Pg secara ringkas, atau Vegetable Glycol, atau Vg secara ringkas. Satu atau kedua-dua cecair ini boleh dicampurkan dengan cecair bernikotin untuk mencipta campuran jus elektronik atau e-juice. Berapa banyak e-liquid yang pengguna vape atau e-cig gunakan boleh mencipta rasa rokok yang berlainan. Berapakah yang pengguna perlu tambah untuk setiap satu? Ia bergantung kepada beberapa perkara.

Kekuatan Nikotin yang diperlukan: Kekuatan nikotin yang diperlukan mementukan berapa banyak e-liquid lain boleh digunakan. Kurang jus nikotin bermakna lebih banyak liquid atau cecair boleh dicampurkan, lebih banyak jus nikotin bermakna kurang jus atau cecair yang lain.

Mahukan ‘kesan pada tekak’: Untuk sesiapa yang mahukan rasa merokok yang terasa kesannya di tekak, gunakan Propylene Glycerin. Bahan ini boleh memberikan kesan yang boleh dirasai pada tekak, oleh itu Nikotin dan Pg perlu menjadi bahan utama. Kadar biasa untuk orang yang mahukan rasa begini ialah 70(PG):30(VG) atau untuk lebih kuat lagi 80(PG):20(VG). Walaubagaimanapun, PG boleh mengakibatkan tindakabalas alahan. Jika ini berlaku, tidak disarankan untuk terus menggunakan PG.
Kebanyakan pengguna mendapati dengan menggunakan kadar PG yang lebih banyak dari VG memberikan mereka campuran e-juice yang lebih baik, dan PG memberikan rasa yang lebih dan kesan yang kuat.

Jika mahu “kesan pada tekak” yang kurang dan jika alah terhadap Pg: Untuk mereka yang tidak sukakan rasa yang terlalu kuat, Vg dan nikotin boleh digunakan tanpa perlu mencampurkan PG. Untuk kebanyakan pengguna, ia memberikan rasa yang lebih lembut. Perlu ingat bahawa beberapa pengguna telah berkata ada kekurangan sedikit untuk rasa dari campuran Vg.

Kebanyakan pengguna vape mencipta campuran unik sendiri, disesuaikan degnan rasa tersendiri, oleh itu banyak jenis campuran boleh dicipta, tetapi kadar 70:30 yang dikatakan tadi ialah permulaan yang sesuai untuk orang yang baru ingin menggunakan vape.

E-Liquid Yang Mempunyai Rasa Paling Baik

E-liquid atau cecair elektronik mempunyai banyak perisa. Untuk yang sukakan rasa tradisional, ada perisa seperti rasa rokok dan cerut. Rasa standard seperti mint dan menthol adalah ideal untuk pengguna yang mahu menggunakanvape tetapi rasa seperti rokok sebenar, yang juga mempunyai kandungan nikotin didalamnya, dan tidak mempunyai bau rokok, dan tidak memasukkan asap beracun ke dalam paru-paru.

Tetapi, rasanya tidak terhad dengan mint dan menthol tradisional sahaja. Sekarang terdapat beribu perisa untuk dipilih. Pilihan rasa adalah dari perisa tunggal sehingga perisa campuran. Terdapat banyak rasa yang manis, rasa buah dan rasa yang kuat yang boleh dipilih.

Rasa Eksotik: Terdapat banyak pembekal menawarkan masa yang terhad atau perisa istimewa yang lebih eksotik, yang menunjukkan ianya tidak selalu dipasaran. Untuk mencuba, pengguna akan meneliti setiap perisa, pembekal individu akan mencari apakah perisa istimewa atau e-liquid edisi terhad yang masih ada. Tambahan kepada rasa rokok standard, banyak pembekal yang menawarkan pilihan untuk mencampurkan setiap perisa.
Banyak pembekal memberikan pilihan untuk membeli kit DIY (Do it yourself = Buat sendiri) dan buku resipi e-juice, yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai rasa merokok dan mencipta e-liquid terbaik mengikut citarasa masing-masing. Kit DIY ini dan buku resipi e-Liquid ada dijual secara online, pada masa yang sama, anda boleh membelinya di kedai terpilih. Dengan rasa yang pelbagai untuk digabungkan, amat mudah untuk pengguna mencipta sendiri rasa eksotik e-liquid terbaik.

Rasa yang lebih tahan lama: Kekuatan perisa adalah pelbagai dari kuat ke ringan. Oleh itu, pengguna boleh menggunakan rasa mint yang kuat, ataupun rasa mint yang ringan sahaja, atau rasa mint coklat yang ringan.Rasa yang tahan lama bergantung kepada kualiti cecair tersebut. Penjual atau pembekal yang berlainan pastinya memberikan kualiti yang berbeza. Beberapa jenama yang disarankan adalah seperti Apollo e-Cigs dan HaloCigs. Jenama ini adalah dari America dan merupakan jenama yang dikenali dan mempunyai barangan yang berkualiti. Pilihan lain ialah dengan mencari cecair yang spesifik dengan tujuan untuk mengkayakan lagi perisa. Banyak pembekal e-Cigs yang menawarkan cecair diperkaya yang boleh dicampurkan untuk mencipta rasa cecair yang lebih kuat.

Tip-Tip Untuk Pengguna Baru E-Liquid

Kit permulaan: Dengan pilihan yang pelbagai, ianya kelihatan mudah untuk jadi sukar memilih. Tidak perlu risau, kerana terdapat pelbagai kit dan panduan yang ada untuk membantu pengguna e-cigs baru untuk beralih kepada rokok tradisional kepada dunia merokok elektronik. Kit ini mengandungi peralatan dan e-liquid permulaan.

Perisa permulaan: Banyak pengguna baru mencuba perisa yang sama seperti rokok tradisional rasanya. Perisa seperti tembakau, menthol, dan mint adalah pilihan yang sesuai untuk ramai pengguna yang beralih kepada pengalaman merokok yang baru. Dengan menggunaan perisa yang biasa membantu untuk menahan rasa ingin merokok untuk rokok yang lama, sementara menyesuaikan diri dengan “perbuatan seperti merokok tetapi cara yang lebih bersih.”.

Setelah proses beralih kepada rokok elektronik telah berjaya, inilah masanya untuk meneruskan pengubahsuaian dan meningkatkan pengalaman merokok dengan beralih kepada perisa yang lain. Kepada mereka yang ingin berhenti merokok, rokok elektronik atau vape boleh membantu dalam langkah untuk berhenti merokok. Apabila bertukar kepada perisa yang lebih manis, tahap nikotin boleh diturunkan dengan beransur-ansur dan sehingga nikotin berjaya dihindarkan.

Pilihan e-Cigs dan Kartrij pakai buang: Tambahan pula, terdapat e-cigs pakai buang yang boleh digunakan dengan mudah bersama kartrij selain daripada menggunakan cecair dan boleh membantu peralihan merokok dengan rokok tradisional kepada pengalaman merokok yang baru dengan lebih lancar, dan alternatif yang lebih sihat. Vape pakai buang ini boleh didapati dimana-mana kedai yang menjual rokok biasa.

Untuk pengguna yang pandai menggunakan E-Liquid: Untuk pengguna yang pandai menggunakan e-liquid, bereksperimen dengan perisa-perisa baru adalah pengalaman yang menyeronokkan. Terdapat banyak perisa boleh dicampurkan, cecair yang diperkaya ialah pilihan untuk mencipta asap yang blebih tebal dan rasa yang lebih kuat, dan juga pilihan utnuk mengubahsuai beberapa peralatan untuk meningkatkan dan mencipta rasa rokok yang diinginkan.

Ciri-ciri rasa yang kuat: Terdapat juga pilihan untuk mengapatkan e-liquid terbaik 2017, dan ini merupakan pilihan untuk anda merokok dengan lebih matang. Sebagai tambahan dan edisi terhad perisa e-juice, terdapat banyak peniaga vape menawarkan jus istimewa untuk memperkayakan lagi pengalaman merokok. Cecair diperkaya ini boleh mencipta “smoke-ring” yang lebih kuat dan pengalaman merokok yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, cecair kuat ini memerlukan penjagaan yang lebih baik, kerana ia tidak dicipta untuk digandingkan dengan peralatan yang tidak sesuai.

Kebayakan cecair diperkaya mempunyai langkah berjaga-jaga kerana menggunakan cecair dengan peralatan plastik boleh menyebabkan kerosakan peralatan; dalam sesetengah kes, terdapat haba yang berlebihan didalam suhu cecair tersebut. Tetapi, apabila dipadankan dengan peralatan yang betul, cecair diperkaya ini boleh memberikan pengalaman dalam e-juice yang baik kepada mereka yang ingin berhenti merokok dengan cepat.

Dapatkan Perisa Yang Telah Dibentuk: Banyak perisa yang boleh dipilih adalah melalui pembekal vape, dan mempunyai pelbagai pilihan yang baik untuk pakar vape; walau bagaimanapun, tidak mustahil untuk mencipta e-liquid sendiri tanpa memerlukan produk dari pembekal. Pengguna yang lebih berpengalaman lebih mengetahui apa yang mereka inginkan dari segi perisa dan boleh mencipta campuran perisa tersendiri dengan mencampurkan beberapa ekstrak perisa yang dibeli dari kedai biasa.

Harga yang berpatutan untuk e-liquid: Harga e-liquid adalah berbeza kerana bergantung kepada harga dari pembekal. Perkara yang menjadi faktor untuk menentukan harga ialah: kualiti, kuantiti, lokasi pengedar, dan harga promosi. Kebanyakan penjual menawarkan harga promosi untuk perisa dalam pek percubaan. Barangan promosi ini selalunya diberikan diskaun.Sesetengah penjual menawarkan botol kecil 5-10ml sampel e-liquid untuk harga $3 sahaja. Apabila membeli daripada penjual online, faktor seperti kos penghantaran, samada penghantaran adalah percuma atau tidak turut mempengaruhi harga. Banyak penjual vape menawarkan e-liquid 30ml untuk $15. Dengan mencipta campuran anda sendiri, hanganya juga masih lagi berlainan.Kadang-kadang, anda juga ditawarkan dengan mencipta campuran sendiri dengan harga $17 untuk 30ml, dan campuran sendiri 60ml dalam $30. Sementara harga untuk peralatan e-cig baru dan e-liquid mungkin lebih mahal, tetapi banyak makluman dari pengguna vape bahawa cara itu lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang.

Secara keseluruhannya, cecair yang terbaik merupakan sesuatu yang sesuai dengan keperluan rasa dan keperluan merokok seseorang. Untuk peminat vape, cara untuk mendapatkan e-cecair terbaik ialah dengan menghasilkan campuran sendiri.