Rokok Elektronik 0 Nikotin

Rokok elektronik 0 nikotin merupakan vape yang 100% tidak mengandungi nikotin. Ia adalah untuk digunakan oleh – orang yang baru merokok, perokok, dan seseorang yang beralih daripada rokok tembakau kepada rokok biasa, rokok paip dan rokok curut. 0 nikotin ialah merujuk kepada kandungan nikotin pada e-juice atau e-liquid. Maksudnya, apabila vape atau rokok elektronik tersebut digunakan, tiada kandungan nikotin masuk kedalam badan kerana tiada campuran tambahan nikotin didalam e-juice.

South Beach Smoke Cartridges

Mengapa Membeli Rokok Elektronik 0 Nikotin?

Jika anda merupakan seseorang yang beralih kepada rokok elektronik dengan harapan untuk menghentikan rasa ketagih nikotin yang menyebabkan rasa lapar dan asap rokok merbahaya, oleh itu anda perlu sesuatu ataupun rokok yang tiada nikotin. Semasa menggunakan rokok elektronik 0 nikotin, anda boleh menikmatinya dengan selesa tanpa rasa lapar atau kesan sampingan seperti terhidu asap rokok. Apabila anda mengambil keputusan untuk menggunakan vape kerana mahu berhenti merokok, langkah yang berkesan ialah dimulakan dengan e-juice bernikotin kerana ia boleh memberikan adan masa untuk menyesuaikan diri dan mencegah daripada pengeluaran asap rokok merbahaya. Anda boleh menggunakan vape dengan e-juice bernikotin diperingkat awal untuk berhenti merokok. Tidak lama kemudian, anda boleh berhenti merokok setelah mengurangkan tahap nikotin didalam e-juice dari masa ke semasa.

Apabila anda sudah ditahap 0 nikotin, inilah masanya untuk anda tentukan samada anda ingin meneruskan penggunaan rokok elektronik yang tidak bernikotin kerana anda sudah tidak mempunyai masalah ketagihan. Kelebihan rokok elektronik 0 nikotin ialah anda dapat meneruskan tabiat seperti sedang merokok disamping mengambil minuman beralkohol, kopi panas, memandu ke tempat kerja dan juga selepas makan. Anda juga boleh terus merokok tanpa perlu menahan diri dan pada masa yang sama, ia dapat dilakukan untuk melepaskan rasa keperluan merokok.

Jika anda baru ingin mencuba rokok elektronik dan khuatir mengalami ketagihan dan kesan dari pengeluaran asap rokok, oleh itu rokok elektronik 0 nikotin adalah pilihan yang terbaik. Anda tidak akan menjadi ketagih dan anda boleh bermula dan berhenti pada bila-bila masa. Vape atau rokok elektronik 0 nikotin ialah cara yang terbaik untuk aktiviti seperti sedang merokok tanpa mengalami ketagihan.

Tobacco Box Cartos

Faedah Merokok Dengan Rokok Elektronik 0 Nikotin

Faedah utama merokok menggunakan rokok elektronik 0 nikotin ialah anda tidak akan merasa ketagih dengan nikotin seperti apabila terhidu asap rokok bernikotin atau kesan nikotin terhadap tubuh badan didalam rokok tembakau. Tambahan pula, anda tidak akan merasa ketagih terhadap rokok elektronik seperti rokok jenis yang lain. Rokok tembakau mempunyai nikotin yang menyebabkan anda rasa ketagih. Tanpa nikotin, tiada unsur didalam vape atau rokok elektronik untuk menyebabkan anda mengalami ketagihan.

Nikotin juga merupakan bahan toksik apabila memasuki badan secara berlebihan dos, oleh itu, dengan penggunaan vape tanpa nikotin, anda tidak perlu khuatir mengenai toksik dari nikotin dan risikonya yang membahayakan diri. Namun, jika dibandingkan dengan rokok elektronik 0 nikotin dan rokok elektronik bernikotin, seseorang yang menggunakan rokok elektronik bernikotin tinggi perlu berhati-hati supaya tidak mengambilnya secara berlebihan dos.

Apakah Yang Dikeluarkan Oleh Asap Nikotin?

Terdapat beberapa respon dari segi emosi dan fizikal yang dialami oleh tubuh badan sekiranya terdedah dengan asap nikotin. Respon atau tindakbalas emosi adalah seperti rasa marah, risau dan tekanan perasaan. Beberapa respon fizikal adalah seperti degupan jantung yang pantas, berpeluh, sakit perut, dan simptom seperti demam selesema. Respon yang paling utama ialah rasa lapar yang menjurus kepada penyebab mengapa orang yang berhenti merokok semakin bergantung kepada makanan dan produk yang menambah berat badan. Tambahan pula, perokok mempunyai satu tabiat iaitu pergerakkan yang meletakkan tangannya ke mulut. Ini merupakan respon dari fizikal dan mental seseorang kepada keperluan nikotin. Sekiranya nikotin menyebabkan respon tersebut, oleh itu masalah ini dapat diselesaikan melalui penggunaan rokok elektronik 0 nikotin dimana ianya dapat memenuhi keperluan pergerakan itu tanpa penggunaan nikotin supaya tujuan asal untuk berhenti merokok dapat dicapai. Pergerakan tangan ke mulut yang memberi keselesaan kepada perokok dapat diteruskan dan dapat mengelakkan mereka daripada memilih makanan dalam memenuhi pergerakan tangan ke mulut yang menambahkan berat badan ketika mereka ingin berhenti merokok.

Clearette E-Liquid Flavors Made In USA

Adakah Rokok Elektronik 0 Nikotin Mempunyai Kesan Terhadap Perisa?

Jawapannya ialah tidak. Kandungan nikotin tidak akan mempengaruhi perisa didalam e-juice atau e-liquid anda. Apa yang disedut merupakan perisa jus elektronik atau perisa e-juice yang mengandungi beberapa jenis bahan bahan (propylene glycol (PG), glycerin sayur-sayuran dan bahan perisa). Terdapat banyak pilihan dari rokok elektronik atau e-cigs contohnya dari jenama Apollo untuk mereka yang ingin meneruskan tabiat seperti merokok dengan menggunakan vape tanpa nikotin. Terdapat lebih dari 50 perisa e-juice yang mempunyai kartrij yang boleh dibuang dan vaporizer yang boleh di isi semula. Anda tidak akan perasan yang anda seperti sedang merokok dengan rokok elektronik tanpa nikotin dan cara ini tidak mengeluarkan asap bernikotin dan menyebabkan anda mengalami rasa ketagih.

Kesimpulan

Rokok elektronik 0 nikotin juga dikenali sebagai rokok elektronik bebas nikotin yang bermanfaat untuk sesiapa yang mahu merokok tanpa perlu risau untuk mengahadapi ketagihan atau sedang dalam proses untuk berhenti merokok. Untuk mereka yang sedang dalam proses berhenti merokok, cara ini merupakan perubahan secara beransur-ansur dari rokok bernikotin biasa seperti yang didapati dari rokok tembakau kepada rokok tanpa nikotin. Cara ini merupakan kelebihan yang baik untuk mereka yang ingin berhenti merokok kerana ia memberi peluang untuk seseorang itu berhenti secara perlahan-lahan dalam pengambilan nikotin dan mencegah daripada pengeluaran asap rokok daripada berlaku seterusnya lebih menyenangkan lagi seseorang itu untuk berhenti merokok dan berpotensi untuk menghentikan pengambilan nikotin tetapi tabiat seperti merokok masih dapat diteruskan.