Tahap Nikotin Vape

Sementara tahap nikotin pada rokok elektronik secara amnya sama untuk setiap jenama, terdapat pilihan tahap nikotin untuk rokok elektronik. Tahap yang dipilih adalah bergantung dengan pengalaman pengguna semasa merokok dan berapa lama mereka telah merokok. Disamping itu, orang yang tidak merokok juga boleh terdedah dengan nikotin walaupun tidak merokok. Samada orang tersebut pengguna rokok elektronik atau tidak, kedua-dua pihak terdedah dengan nikotin dan terdapat kajian untuk membuktikan pendedahan tersebut.

Tahap Nikotin

Rokok elektronik memberikan kemewahan dalam memilih seberapa banyak nikotin yang boleh diperolehi setiap sesi merokok. Terdapat beberapa tahap kepekatan yang boleh dipilih dan setiap tahap nikotin memberikan rasa yang berbeza.

Tahap yang pertama ialah Nikotin 0mg, satu versi yang dipanggil Rokok Elektronik 0 Nikotin. E-liquid dan e-jus tidak mengandungi nikotin. Kebanyakan pengguna 0mg nikotin mendapati tahap nikotin ini memuaskan, kerana mereka hanya mahukan pergerakan tangan ke mulut seperti sedang merokok berbanding memerlukan rasa rokoknya.

Pilihan nikotin 6mg, atau tahap yang lebih rendah, ialah tahap nikotin dengan kandungan yang paling rendah yang boleh didapati dipasaran. Pengguna yang menggunakan tahap 6mg hanya mencari rasa nikotin yang sedikit sahaja untuk keperluan mereka semasa merokok.

Tahap 12mg, ataupun tahap sederhana, untuk pengguna yang merokok secara kasual, Terdapat juga tahap 18mg, atau dipanggil tahap tinggi, yang disukai oleh kebanyakan perokok tegar. Tahap ini memberikan perasaan yang berbeza daripada rasa rokok biasa secara kebiasaanya.

E-Cigs Nicotine Levels

Akhir sekali, 24mg, atau tahap tinggi yang ekstra, ia merupakan pengalaman tambahan kepada perokok e-cig. Sesiapa yang memilih tahap ini perlu menggunakannya dengan berhati-hati seperti yang disarankan, kerana ia mungkin terlalu kuat untuk sesetengah pengguna. Dicadangkan supaya menggunakan tahap nikotin 18mg terlebih dahulu, dan kemudian menggunakan tahap 24mg sekiranya anda merasa selesa.

Bagi rokok elektronik bernikotin rendah, ia adalah berkadaran seperti 60% nikotin didalam sebatang rokok tembakau. Untuk nikotin tahap sederhana, ia bersamaan seperti 80% nikotin didalam sebatang rokok tembakau. Tahap nikotin yang lebih tinggi adalah bersamaan seperti 100% nikotin didalam sebatang rokok tembakau, dan untuk tahap tinggi yang ekstra mengandungi 120% nikotin berbanding nikotin didalam rokok tembakau. Terdapat juga tahap nikotin yang lebih tinggi dari 24mg iaitu nikotin 36mg yang bersamaan dengan 150% kandungan nikotin didalam rokok tembakau.

Berapakan Jumlah Nikotin Dalam Satu Sedutan Rokok Elektronik

Ia memerlukan sedikit pengiraan. Jumlah nikotin adalah bergantung dengan kekuatan nikotin dalam milligram didalam sesebuah rokok elektronik. Sebagai contoh, untuk nikotin tahap 12mg didalam botol 10ml, ia mengandungi 12mg nikotin per ml. Oleh itu, dalam setiap botol mempunyai 120mg nikotin. Difahamkan, dalam botol 10ml bersamaan dengan 20sedutan setiap rokok, oleh itu untuk keseluruhan 10ml, bersamaan dengan 3600sedutan. Apabila 120mg dalam setiap botol dibahagikan kepada 3600 sedutan, kira-kira nikotin dalam setiap sedutan ialah 0.03mg. Jenama lain mungkin mempunyai perbezaan, tetapi secara amnya, ini merupakan panduan dalam mengira kandungan nikotin dalam setiap sedutan.

Electronic Cigarette Nicotine Levels

Tips Untuk Memilih Kekuatan Nikotin

Mula-mula sekali, dinasihatkan untuk bermula dengan kekuatan yang amat rendah. Rokok elektronik merupakan produk yang berbeza dari rokok, ia mungkin mengambil masa untuk badan anda menyesuaikan diri. Dan juga, amat baik jika kekuatan nikotin yang diambil adalah hampir seperti tahap didalam rokok yang biasa digunakan. Dengan ini, badan anda akan cepat menerima cara merokok yang baru dan seterusmya menyesuaikan diri.

Sebagai tambahan untuk bermula perlahan-lahan, amat penting untuk tidak terus melompat ke tahap yang lain. Badan perlu menyesuaikan diri denggan beberapa tahap nikotin secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kejutan. Mulakan dengan tahap yang paling rendah, dan beransur-ansur ditingkatkan sekiranya perlu.

Tidak perlu takut untuk mencuba tahap yang baru untuk nikotin. Kuncinya ialah anda cuma perlu lakukannya dalam peringkat yang perlahan-lahan dan mencuba setiap peringkat mengikut urutan yang betul. Dengan memilih tahap yang berbeza, anda boleh merasakan perbezaan setiap kali merokok dan mencuba pengalaman baru. Satu jenama yang sesuai untuk semua peringkat merokok seperti permulaan, pengguna biasa dan pengguna yang lebih aktif ialah jenama Apollo. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Ulasan Rokok Elektronik Jenama Apollo disini.

Pendedahan Nikotin Kepada Bukan Perokok

Terdapat kajian daripada Maciej Goniewicz, seorang pengkaji kanser di Jabartan Kesihatan di Roswell Park Cancer Institute, Buffalo, New York, dan rakan sejawatnya juga membuktikan berapakah jumlah nikotin yang didedahkan kepada bukan perokok dan 2 peringkat kajian.

Pada kajian yang pertama, pengkaji menggunakan mesin merokok elektronik yang mengeluarkan wap didalam sebuah bilik wap khas. Tahap nikotin dan bahan kima berserta toksinnya diukur dan direkodkan. Untuk kajian yang kedua, 5 orang sukarelawan dipilih untuk menyertai kajian dan sukarelawan tersebut ialah orang yang menggunakan rokok tembakau dan vape secara harian. Setiap sukarelawan memasuki makmal kajian dan merokok menggunakan vape jenama pilihan mereka selang 25 minit dalam tempoh 1 jam. Pada masa ini, pengkaji akan mengukut kualiti udara didalambilik dan apabila kumpulan pertama selesai, prosedur ini diulang semula tetapi dengan menggunakan rokok tembakau dan selepas bilik itu telah dibersihkan dan diberikan udara yang baru semula.

Keputusan pada kajian yang pertama yang menggunakan rokok elektronik, direkodkan sebanyak 2.5mg nikotin dalam per meter padu udara. Dalam kajian kedua, terdapat 3.3mg nikotin dalam per meter padu udara. Walaubagaimanapun, terdapat 32mg nikotin dalam per meter padu udara apabila ujikaji dilakukan menggunakan rokok tembakau. Oleh itu, terdapat pendedahan nikotin diudara yang jauh lebih sedikit menggunakan rokok elektronik berbanding rokok tembakau.

Kesimpulan

Rokok Elektronik wujud dalam pelbagai variasi dan mempunyai bonus iaitu terdapat pilihan kekuatan nikotin dalam miligram yang menepati kehendak pengguna yang menggunakan produk tersebut. Ini mungkin salah satu fakta yang menyebabkan rokok elektronik lebih digemari untuk beberapa kumpulan perokok dan ia sentiasa berubah dipasaran rokok. Dengan memilih tahap nikotin yang berbeza, pengguna boleh memiliki pengalaman unik setiap sesi merokok, dan tidak seperti rokok tembakau yang mempunyai pilihan terhad untuk tahap nikotin.