Ulasan Apollo

Apollo Ecigs Review Logo
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
97

Kelebihan dan Kekurangan Apollo

Pros
  • Large Selection of E-cigs, E-Liquids & Accessories
  • Affordable Prices
  • Great Customer Service
  • Limited Lifetime Warranty
Cons
  • Cigar Smokers Have A Small Selection

Memulakan vaping atau merokok dengan Apollo

Rokok elektronik Apollo mempunyai reputasi seperti yang diharapkan dan syarikatnya juga yang mesra pengguna. Sejak dilancarkan, Apollo telah berkembang secara meluas dan menjadi salah satu syarikat yang disegani dipasaran. Artikel ini memberikan anda maklumat mengenai produk jenama Apollo dan kelebihan membeli barangan Apollo.

Pandandan Pertama

Rokok elektronik Apollo telah diproduksikan selama beberapa tahun. Selepas pelancaran pada tahun 2010, syarikat ini telah berkembang dan mempunyai pelbagai jenis produk dengan harga yang berpatutan. Syarikat ini juga mempunyai pusat kajian dan penyelidikan, untuk memastikan kualiti dan menepati kehendak pengguna. Warga Apollo menetapkan kualiti yang baik untuk memastikan reputasi baik akan diterima. Jenama ini pernah menerima anugerah perkhidmatan terbaik, mempunyai laman web yang senang digunakan, dan kepelbagaian produk untuk memenuhi keperluan pengguna vape, secara amnya syarikat ini adalah yang terbaik.

Pengeluaran Produk Vapor dari Apollo

Askpek yang baik dalam jenama Apollo dapat dilihat melalui pengeluaran produk vapor dari syarikat ini. Vapor yang dikeluarkan oleh Apollo amat lembut dan konsisten, menjamin keselesaan anda dalam setiap hembusan. Tiada rasa yang tidak selesa pada masa anda ingin menggunakannya, dan hanya dengan satu ambilan mudah, rokok tersebut mengeluarkan wap yang tidak begitu banyak. Tambahan pula, ianya memberi rasa yang amat memuaskan. Pengguna vape yang mahu merasa kesan pada tekak boleh mendapatkan kepuasan ini pada produk Apollo.

Apollo Ecigs Clearomizer

Aksesori Rokok Elektronik Apollo

Bukan sahaja Apollo mempunyai pilihan rokok yang pelbagai, tetapi terdapat juga pilihan aksesori yang sangat baik. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, Apollo mempunyai pilihannya. Jenis-jenis aksesori yang ditawarkan adalah USB, aksesori dalam kereta, dan alat pengecas didinding yang boleh didapati dalam harga yang berpatutan. Ia juga boleh dibeli dengan sarung khas seperti sarung kulit Apollo, yang mempunyai pelbagai saiz untuk kemudahan rokok elektronik.

Apollo Electronic Cigarette Jewel Case

Jika anda mementingkan gaya, Apollo menawarkan bekas zamrud yang amat bergaya untuk kit yang standard dan yang lengkap. Rekaannya lebih elegan dan bergaya, dicipta seperti bekas rokok khas untuk lelaki dengan gaya yang klasik. Saiznya juga sesuai dimuatkan kedalam poket dan juga beg tangan dengan baik.

Apollo E Cigs Handy PCC (Portable Charger Case)

Pengecas mudah alih Apollo turut disertakan dengan bekasnya atau sarungnya sendiri. Bekas tersebut mempunyai slot penyimpanan untuk bateri ekstra dan penunjuk kuasa LED yang memberi maklumat kepada pengguna mengenai kuasa bateri yang masih ada. Ia memerlukan 1 hingga 2 jam untuk mengecas bateri dan alat pengecas mudah alih boleh mengecas bateri sebanyak 5 hingga 6 kali sebelum bekas tersebut perlu dicas semula.

Selain daripada itu, Apollo mempunyai konverter yang pelbagai saiz. Konverter ini sesuai digunakan bersama atomizer dan cartomizer. Apollo menonjol dari segi produk berbanding jenama lain. Ini diakui sendiri oleh pengguna yang memilih untuk menggunakan jenama lain dan menggunakan adapter dan konverter yang serba boleh untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Perisa E-cigs dari Apollo

Perisa cecair elektronik atau e-liquid, Apollo telah mempunyai pilihan yang banyak. Dijual dalam botol 10ml, perisa tersebut mempunyai kategori tersendiri seperti tembakau, menthol dan mint, buah-buahan, perisa minuman dan pencuci mulut, dan juga beberapa perisa yang hanya dijual pada masa-masa tertentu. Cartomizer juga mempunyai lima perisa berbeza seperti tembakau, menthol, kopi, ceri dan vanilla. Jika anda kurang pasti mengenai perisa yang perlu dipilih, Apollo mempunyai 5 set pilihan, botol 5 ml dalam bentuk sampel, untuk memudahkan pengguna mengenalpasti jus yang sesuai.

Apollo E-Cigs E-Liquid Bottles

Setiap terikan nafas dari rokok elektronik, pengguna boleh merasakan perisa yang kuat didalam mulut. Jus berperisa tembakau ialah mempunyai rasa yang sama dengan rokok Marlboro Red, sesuai dengan perokok yang menyukai rasa sebenar tembakau. Kesan pada tekak adalah kuat tetapi tidak kasar. Ianya mempunyai rasa lembut dan memuaskan.

Jika menthol menjadi pilihan, dicadangkan untuk mencuba rangkaian menthol dari Apollo. Rasa menthol yang kuat disertai dengan rasa segar yang tahan lama. Pengguna boleh merasakan perisa mint pada belakang kerongkong. Rasa yang dilepaskan adalah lembut, manis dan menyerupai vanila, namun ia mempunyai rasa seperti champagne selepas itu. Ia merupakan satu kejutan yang menyenangkan.

Rasa dari cecair elektronik Apollo tidak akan hilang walaupun ketika beteri semakin berkurangan dan tidak seperti cecair elektronik yang lain, perisanya juga dapat dirasakan dengan ketara dan menyerupai yang sebenar. Jika anda amat mementingkan kualiti, Apollo sememangnya pilihan anda.

Walaupun Apollo mempunyai pelbagai pilihan dalam perisa cecair elektronik, bagi kartrij pra-isian semula, Apollo mempunyai pilihan yang agak terhad. Anda juga perlu memastikan bahawa sekiranya menggunakan e-liquid dari jenama lain untuk rokok elektronik jenama apollo, seperti e-juice berasid, ianya boleh merosakkan alat terutamanya jus elektronik berperisa kayu manis.

Apollo ECigs Standard Batteries

Prestasi Bateri dan Masa Mengecas

Bateri tersebut kelihatan seperti rokok, sesuai untuk rokok standard dan model baru namun masih senang untuk digunakan dan tahan lama. Lampu LED menyala dalam setiap tarikan nafas dan menunjukkan sekiranya bateri semakin lemah. Bateri untuk jenis yang lebih daripada standard lebih tahan lama. Ia tahan untuk 300 tarikan nafas dan boleh dikeluarkan.Dalam cas yang penuh, bateri boleh tahan dalam 3 jam untuk perokok tegar. Boleh juga didapati dalam bentuk automatic dan manual.

E Cig Battery Power Cig USB Charger

Bateri tersebut kelihatan seperti rokok, sesuai untuk rokok standard dan model baru namun masih senang untuk digunakan dan tahan lama. Lampu LED pada bateri menyala dalam setiap tarikan nafas dan ia juga dapat menunjukkan sekiranya bateri semakin lemah. Bateri untuk jenis yang lebih daripada standard lebih tahan lama. Ia tahan untuk 300 tarikan nafas dan boleh dikeluarkan. Dalam cas yang penuh, bateri boleh tahan dalam 3 jam untuk perokok tegar. Boleh juga didapati dalam bentuk automatik dan manual.

Bateri jenama EVOD sesuai digunakan bersama Apollo Endeavor dan Apollo Delixe, boleh didapati dalam bentuk VV dan automatic. Bateri VV berkuasa 650mAH mempunyai pendail untuk membolehkan perokok untuk menyesuaikan kuasa volt sekitar 3.3v dan 4.8v. Ianya sesuai untuk perokok yang mahu menukar kualiti rokok sekali sekala.

EVOD automatik mempunya butang kawalan khas untuk mencegah pengaktifan yang tidak disengajakan. Kapasiti bateri sehingga 900mAH boleh menghasilkan 800-900 tarikan nafas. Bateri ini bermaksud menjimatkan masa mengecas dan boleh merokok lebih lama.
Bateri Apollo Valiente yang lebih canggih mempunyai kuasa bateri berkapasiti 13000mAH dan boleh dibeli dalam bentuk kapasiti watt atau volt yang berbeza. Versi VV mempunyai perbezaan dari 3.0v dan 6.0 voltan yang boleh diubah kepada 3.0w dan 15.00w. Bateri Valiente telah dimuatkan sekali dengan perlindungan daripada litar pintas dan resistan yang rendah. Pada masa yang sama, bateri tersebut mempunyai penunjuk kepada peringkat mengecas untuk memboleh perokok melihat berapa kuasa bateri yang masih tinggal.

Pilihan dari Apollo

Apollo mempunyai produk untuk pelbagai kegunaan, seperti kit permulaan, aksesori dan cecair elektronik untuk semua perokok atau pengguna. Untuk kit, Apollo mempunyai pek permulaan yang canggih dan mudah, dan sesuai untuk semua jenis keperluan perokok. Pilihan untuk membeli clearomizers boleh dibezakan kepada clearomizer jenis klasik, gegelung yang boleh ditukar, dan alat ganti yang lain. Ianya amat memudahkan anda untuk menyelenggara rokok elektronik pada bila-bila masa.

Apollo E-Cigarettes Kits , Disposables and Bottles
Pilihan e-cigar amat terhad dan apa yang ditawarkan hanyalah e-cigar pakai buang. Oleh itu, tiada pengeluaran dari segi paip elektronik, walaupun begitu, Apollo tidak mempunyai banyak pilihan dalam cerut dan paip elektronik tetapi mempunyai pilihan rokok dan cecair elektronik.

Pembungkusan dan Rekaan

Untuk tarikan, pembungkusan amat berkualiti dari yang lain. Kit mempunyai pembungkusan yang kemas, ringkas dan mewakili jenama dan produk itu sendiri. Apollo tidak mengambil ringan dalam aspek pembungkusan dan rekaan. Kotak kadbod mempunyai penutup dengan lekapan magnet. Jika dibuka, peralatan dan aksesori masih tersusun dengan baik menggunakan bekas foam. Pereka dari Apollo amat menyedari kepentingan pembungkusan dan rekaan yang unggul terutamanya dalam rekaan kit elektronik.

Apollo E-Cigs Endeavor Kit

Antara elemen terpenting dalam merokok ialah alat estetika. Rekaan rokok buat masa ini didominasi oleh jenama Apollo. Rekaannya seperti rokok sebenar dan lebih bergaya, dan juga mempunyai pilihan untuk dibeli dalam warna putih atau hitam, rekaan tersebut ringkas tetapi menonjol. Dengan bantuan penunjuk LED, penampilan yang futuristik menjadikannya lebih menarik. Rekaan dari Apollo yang menarik menjadikan saat-saat menggunakannya menjadi lebih menyeronokkan. Terdapat dalam pelbagai warna dan ianya boleh dipilih oleh pengguna. Botol cecair elektronik juga diberikan rekaan yang menonjol. Penutupnya berwarna merah terang dan ini mengingatkan pengguna yang mereka sedang menggunakan produk dari Apollo. Imej yang tertera pada botol menunjukkan jenis perisa yang digunakan dan disampaikan dengan cara yang berwarna warni dan menarik.

Apollo E-Cigs Extreme Kit Black

Penghantaran

Apollo menawarkan penghantaran didalam US dan juga antarabangsa. Perkhidmatan penghantaran dalam negara amat cepat dan jika dipesan sebelum pukul 11pagi, bungkusan dapat diterima dalam masa 24-48 jam masa bekerja. Apollo juga menawarkan penghantaran percuma untuk pemesanan yang melebihi USD30. Harga penghantaran US adalah sekitar USD2.07 dan USD18.95, bergantung dengan jenis penghantaran yang dipilih.

Sehubungan dengan penghantaran antarabangsa, harganya lebih mahal sedikit dan terdapat pilihan seperti penghantaran standard dalam USD19.95 dan penghantaran utama, USD29.95. Pemesanan antarabangsa dihantar dengan menggunakan Syarikat Penghantaran USPS.

Apollo akan memastikan pelanggan mengetahui status penghantaran mereka dengan menggunakan emel pengesan apabila bungkusan mereka telah dihantar.

Waranti Apollo

Apollo amat berbangga dengan kualiti produk dan boleh diperolehi dengan jelas seperti yang dinyatakan didalam Waranti Sepanjang Hayat. Walaupun begitu, waranti ini hanya boleh dipakai untuk komponen elektronik Apollo.

Apollo Limited LifeTime Warranty

Waranti ini tidak termasuk kartrij, cartomizer, clearomizer, peralatan pakai buang atau cecair elektronik. Sebaliknya, Apollo menawarkan waranti selama 2 minggu untuk cartomizer dan clearomizer.

Perkhidmatan Pelanggan

Apollo memberikan perkhidamatan yang terbaik untuk menjadi pengedar rokok elektronik yang unggul dipasaran. Anda boleh melihat pelbagai anugerah yang diraih oleh syarikat ini kerana perkhidmatannya yang amat memuaskan. Terdapat pelbagai cara untuk berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan. Terdapat nombor telefon tanpa tol untuk memudahkan anda berhubung dengan krew Apollo di unit perkhidmatan pelanggan untuk menjawab semua persoalan yang diajukan. Terdapat juga pilihan alamat e-mel bergantung kepada jabatan yang anda mahu hubungi dan live chat dalam talian juga cepat dan mudah untuk digunakan. Walaupun ia tidak berkhidmat selama 24 jam sehari, mereka sangat membantu dan ia sesuai untuk soalan cepat. Selain itu, laman web mereka mempunyai forum komuniti di mana pelanggan yang berpotensi dan pengguna produk Apollo boleh bertukar-tukar tips dan cadangan.

Kit Permulaan Apollo

Kit Apollo Extreme Starter dboleh didapati dengan semua ciri-ciri yang diharapkan daripada sebuah kit permulaan. E- rokok adalah mudah untuk digunakan dan cepat untuk disambungkan bersama-sama. Kit ini mempunyai dua unit bateri Apollo Extreme, membolehkan anda untuk terus menggunakannya ketika bateri lain sedang dicas. Termasuk dalam kit tersebut adalah lima pek cartomizer dengan pelbagai perisa pilihan dan tahap kekuatan menikut kehendak pengguna. Ini adalah bonus tambahan jarang ditawarkan oleh jenama lain. E-rokok menghasilkan kabus besar wap, sesuai untuk keinginan merokok dengan mudah mengikut setiap pengguna. Kit permulaan ini sesuai untuk pengguna yang baru mencuba rokok elektronik. Kit Permulaan Extreme mempunyai jaminan wang dikembalikan dan tertakluk kepada jaminan seumur hidup.

Apollo E Cigs Oracle Kit Parts

Apollo Oracle Starter Kit adalah kit yang sempurna untuk pengguna baru. Kit ini termasuk bateri 900mAh dan clearomizer Ce 4 .Bateri boleh digunakan dengan baik bersama clearomizer dengan menggunakan pin sambungan berbentuk spring. Ia juga mempunyai perlindungan litar pintas dan perlindungan dari terlebih cas bateri. Dengan penunjuk kuasa LED, perokok sentiasa mengetahui keadaan kuasa bateri. Walupun begitu, pelanggan tidak dapat memilih warna bateri, tetapi Apollo menawarkan botol e-cecair 10ml percuma di mana anda boleh memilih perisa yang jarang ditawarkan oleh syarikat lain dipasaran. Kit ini mempunyai alat pengecas USB, tetapi pengecas dinding tidak ditawarkan. Apollo mempunyai pelbagai jenis model seperti The Oracle S-Kit dan The Oracle X-Kit. S-Kit tersebut tidak mempunyai pilihan daripada botol cecair electronik percuma, dan X- kit mempunyai bateri Evander eGo, untuk perokok tegar.

Apollo E-Cigs Valiant Kit

The Valient kit sesuai untuk penggemar rokok elektronik, dan salah satu daripada produk yang laris dari Apollo. Dengan mempunyai bateri yang boleh diubah kuasa voltan dan watt dalam kit tersebut, ini merupakan kelebihan untuk pengguna menikmati rokok elektronik mereka. Kit ini juga termasuk tangki pro dan 10ml percuma perisa elektronik cecair pilihan anda. Dengan kit yang menyediakan VV atau VW bateri, Apollo turut menyertakan sekali risalah carta kuasa penggunaan vape untuk membantu pengguna mengira voltan atau watt. Rokok elektronik yang diberikan dalam model ini sungguh ringan dan tahan lama. Ia sesuai untuk pengguna yang berpengalaman dalam menggunakan rokok elektronik dan ingin mencuba sesuatu yang baru untuk kepuasan diri dalam menggunakan vape.

Apollo ECigs Endeavor Kit

Kit Endeavor merupakan kit terbaik dari Apollo. Ia mempunyai ciri-ciri penting dengan dua bateri eGo 900mAH yang boleh tahan sehingga 9 jam selepas dicas sepenuhnya. Kit ini juga dilengkapi dengan 2 Ce 4 clearomizers dan dengan kapasiti 1.6ml, ia boleh menampung cecair elektronik sehingga 500 sedutan. Kit ini direka untuk penggemar rokok elektronik dengan beserta botol kosong 10ml, supaya pengguna dapat mencampurkan perisa kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memilih botol cecair elektronik mereka sendiri dan memilih warna bateri. Kit Endeavor telah merevolusikan rokok elektronik. Apollo telah mempertimbangkan apa yang pengguna mahukan didalam kit rokok elektronik mereka dan oleh itu Endevour telah dihasilkan.

Harga Rokok Elektronik Apollo

Tidak seperti jenama-jenama lain di pasaran, Apollo mempunyai pasukan juruteknik dan kemudahan pengeluaran yang berteknologi tinggi sendiri. Menghasilkan e-rokok dan e-cecair dengan sendiri bermaksud Apollo boleh menjual produk mereka lebih murah tanpa menjejaskan kualiti. Di laman web Apollo, mereka sentiasa menawarkan diskaun pada semua produk, untuk menggalakkan anda membeli secara terus dari mereka. Sebagai contoh harga, starter kit Extreme berharga $49.95, manakala jenama-jenama lain di pasaran mungkin menjual vape yang mempunyai standard seperti mereka dengan harga dua kali ganda. E-cecair berharga sekitar $6.95, sekali lagi ia lebih murah daripada jenama lain yang terdapat di pasaran.

Memulakan vaping atau merokok dengan Apollo

Penghargaan

Apollo suka memberi ganjaran kepada pelanggan mereka dan oleh itu Apollo telah mencipta sistem ganjaran untuk pelanggan mereka iaitu MyRewards. Dengan MyRewards, pelanggan menerima mata berdasarkan jumlah keseluruhan pembelian. Jika mereka mengumpul 100 mata, mereka menerima $1 diskaun untuk pembelian seterusnya.

Dengan cara lain, pelanggan boleh menerima poin ganjaran denga menulis testimoni. Jika Apollo menyukai testimoni tersebut, ianya akan dipaparkan dilaman web dan pelanggan yang menulisnya menerima ganjaran.

Jika ianya masih belum cukup menarik, anda boleh mempromosikan Apollo kepada kawan serta keluarga untuk mendapatkan ganjaran berupa wang tunai. Kawan anda menerima 15% daripada pembelian pertama mereka, dan anda boleh menerima 20% pendapatan. Sebagai contoh, jika rakan anda membelanjakan $100 pada pembelian pertama, anda boleh menerima $20 tunai.

Produk Lain

Bagi perokok cerut, Apollo juga telah mengeluarkan cerut elektronik. Pada hanya $4.95 setiap pek, anda boleh memilikinya. Ia berbentuk seperti cerut dan tebal, mempunyai bateri 1300mAh yang lebih besar, dan anda boleh merokok sehingga 1500 sedutan dalam setiap cerut. Cerut melepaskan wap tebal dengan setiap sedutan dan apabila perokok melihat wap semakin berkurangan, itu menunjukkan bahawa bateri semakin habis. Walau bagaimanapun, pilihan adalah terhad dengan cerut elektronik. Alat pakai buang ini hanya boleh didapati dengan satu rasa sahaja iaitu rasa yang kuat seperti cerut Cuba yang mengandungi 18mg nikotin. Tetapi jika pelanggan memilih untuk membeli cerut elektronik dari laman web, Apollo mempunyai tawaran iaitu membeli enam cerut, dapatkan yang keenam secara percuma.

Apollo E-cigar

Jika pengguna lebih sukakan peralatan pakai buang, Apollo juga menjual e-cigar pakai buang. E-cigar pakai buang tidak mempunyai kekuatan yang sama dengan rokok elekronik yang boleh diisi semula, dan juga terdapat perbezaan dari segi rasa yang anda dapat rasakan dari produk selain Apollo. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mencapai kira-kira 500 sedutan bagi setiap batang rokok dan ia boleh didapati dalam tiga perisa yang berbeza; tembakau klasik, menthol dan tembikai. Pelanggan kali pertama boleh menebus satu boleh guna e-rokok secara percuma.

Apollo Disposable E-Cigs Boxes

Cartomizer pakai buang boleh digunakan dengan rokok elektronik standard dan canggih. Pek yang berisi lima rokok elektronik terdapat dalam tembakau dan menthol dan berbeza-beza dalam lima kekuatan yang berbeza, termasuk pilihan vape tanpa nikotin. Cartomizer tersebut boleh menghasilkan wap seperti asap rokok yang cukup untuk sekitar 200 sedutan. Cartomizer cuma ada satu jenis perisa sahaja. Walau bagaimanapun, cartomizer melepaskan sejumlah besar wap sehingga sedutan akhir.

Pada musim Krismas, eGo versi istimewa adalah sesuatu yang ekstra khas untuk waktu tersebut. Boleh didapati dalam warna merah atau hijau, gaya seperti dalam bungkusan stoking dan mempunyai bateri eGo 650mAH, clearomizer CE4 dan pengecas USB. Turut diberikan botol cecair elektronik secara percuma.

Jika ada seseorang yang istimewa yang mahu berhenti merokok dan sedang mengamalkan gaya hidup bebas asap rokok, mengapa tidak membeli mereka sijil berbentuk hadiah? Apollo telah pun menawarkan hadiah dalam setiap akaun. Berikan hadiah kepada kawan atau keluarga disamping berbelanja.

Kelebihan

Manfaat membeli secara terus dari Apollo adalah keunikan syarikat ini yang tersendiri berbanding dengan syarikat jenama lain di pasaran. Apollo mempunyai pasukan profesional yang telah menjalankan penyelidikan meluas untuk memastikan produk yang berkualiti adalah tahan lama dan telah melalui ujian semasa. Oleh kerana pengeluaran mereka dari syarikat sendiri, harga yang diberikan adalah kompetitif, boleh dikatakan yang paling murah di pasaran dan nilai terbaik untuk wang anda.

Apollo telah merancangkan segala aspek dalam produk mereka. Mereka menawarkan peralatan dan kit untuk semua jenis perokok: samada yang baru ataupun penggemar setia. Anda dijamin untuk mencari produk yang anda mahu di Apollo, dan jika anda tidak dapat mencari apa yang anda cari, sila hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan yang dianugerahkan Anugerah Servis Terbaik.

Keseluruhan

Terdapat juga sedikit aduan mengenai rokok elektronik dari Apollo. Produk Apollo mempunyai rating yang tinggi dan syarikat rokok elekronik boleh melabur dengan penuh yakin. Stok yang pelbagai dengan harga yang rendah boleh didapati didalam laman web Apollo, oleh itu pelanggan semestinya boleh mencari sesuatu yang mereka inginkan.

Memulakan vaping atau merokok dengan Apollo