Ulasan Cigees

Cigees UK
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
85

Kelebihan dan Kekurangan Cigees

Kelebihan
  • Harga Mampu Milik
  • Pembuatan Yang Berkualiti
  • Pengeluaran Vapour Ialah Salah Satu Yang Terbaik Di Pasaran
  • Pilihan Terbaik untuk E-Liquids
Kelebihan
  • Cartomizer boleh didapati dalam dua jenis perisa berbeza
  • Terdapat pilihan yang terhad untuk kit permulaan

Bermula Untuk Menggunakan Jenama Cigees

Ditemui pada 2009 di South Yorkshire, Cigees merupakan salah satu jenama utama di UK dalam pasaran rokok elektronik. Sejak dilancarkan, ia berkembang dengan pesat dan jualan produk syarikat ini meningkat dalam jangka masa yang singkat. Produk Cigees amat digemari oleh pengguna vape kerana ia mempunyai kualiti yang baik dan dari segi vape dan e-juice. Wap yang dihasilkan juga memuaskan.

Cigees Vaporizer Kit

Pandangan Pertama

Daripada ulasan hangat dan fakta bahawa ia merupakan salah satu jenama yang terbaik untuk rokok elektronik di pasaran UK, harapan yang ditaruhkan pada produk ini adalah tinggi. Tanggapan permulaan yang diperolehi daripada laman web tidak semestinya ketara. Jenama Cigee merupakan salah satu diantara jenama terbaik di UK dan bukan hanya disebabkan oleh laman webnya yang canggih. Walaubagaimanapun, untuk maklumat lebih lanjut, sila baca bahagian ulasan dan pelajari bagaimana cara syarikat ini membuat produk mereka, dan ia adalah jelas mengapa jenama ini adalah salah satu jenama rokok elektronik yang disukai ramai dan dipandang tinggi.

Secara normal, jenama rokok elektronik mengeluarkan e-juice yang mengandungi Propylene Glycol atau Vegetable Glycerine. Dengan Cigees, ia mencampurkan kedua-dua bahan ini. Maknanya, penghasilan wap lebih memuaskan, dengan wap yang lebih berkepul, untuk memberikan pengalaman istimewa semasa menggunakan vape. Rasa wap pada tekak juga lebih berlainan dan memuaskan. Ini mungkin juga disebabkan oleh bateri yang lebih besar yang digunakan bersama e-liquid yang berkualiti.

Apa yang amat ketara dalam kualiti wap ialah, pengguna tidak akan merasa gatal dan kering pada tekak semasa merokok.Perkara ini mungkin juga boleh didapati dengan jenama lain, tetapi ia mengesahkan jenama Cigees ialah salah satu syarikat yang terbaik dalam pengeluaran rokok elektronik. Ia bersesuaian untuk dinyatakan bahawa pengeluaran rokok elektronik yang bermutu boleh dilihat dengan ulasan dari penggunanya.

Wap Yang Dihasilkan Oleh Cigees

Secara normalnya, vape yang berjenama mengeluarkan e-jus syarikat mereka dengan mengandungi Propylene Glycol atau Vegetable Glycerine. Dengan Cigees, jenama ini mencampurkan kedua-dua bahan tersebut. Oleh itu, wap yang dihasilkan adalah lebih baik dari jenama lain, kerana lebih tebal dan disukai dalam menggunakan vape. Anda boleh merasa kesannya pada tekak anda. Pada masa yang sama, bateri yang bersaiz besar juga menjadi penyumbang didalam menghasilkan wap yang berkualiti ini.

Perbezaan yang ketara ialah kualiti yang dirasai oleh pengguna dan wap ini tidak menyebabkan rasa gatal dan kekeringan pada tekak. Sepertimana jenama-jenama terkemuka yang lain, Cigees merupakan jenama yang terbaik dalam menghasilkan wap yang berkualiti. Anda boleh merujuk pada komen dan ulasan daripada pengguna-pengguna Cigees yang menerangkan kualiti wap yang baik dari jenama ini.

Cigees Starter Kit

Aksesori Cigees

Bahagian aksesori didalam kit secara dasarnya mempunyai bahagian yang khas untuk alat gantian. Mempunyai bateri klasik pada bungkusan kembar atau bungkusan lima unit. Ia dijual dengan kedua-dua tip yang mempunyai LED berwarna merah dan hijau. Pelanggan boleh memperolehi clearomizer tambahan dan coil untuk model CE5 Refiller. Turut dijual pada laman web seperti USB, dan adapter kereta yang juga disertakan dengan lanyard dan bekas untuk membawa peralatan.

Bermula Untuk Menggunakan Jenama Cigees

Perisa Cigees

Terdapat 14 jenis perisa e-liquid yang boleh dipilih, dan semua sesuai digunakan bersama model CE5. Tetapi e-liquid yang dijual hanya pada saiz 16mg, dan nikotin berkepekatan tinggi. Perisa untuk dipilih adalah termasuk: tembakau, menthol, ekstra menthol, kopi, cappuccino, ceri, likoris, epal, oren, strawberi, vanilla, cerut, whisky, dan perisa coklat. Walaupun cartomizer hanya boleh didapati dalam 2 jenis sahaja iaitu menthol dan tembakau, tetapi boleh dicampurkan dengan e-liquid lain untuk ditambahbaik, yang bermaksud, gabungan jus boleh memberi kualiti berlainan pada perisa.

Perisa tembakau sudah cukup untuk memberi rasa yang sama dengan rokok sebenar, yang merupakan satu bonus. Tidak dinafikan, terdapat rasa seperti bahan kimia selepas merokok. Ini juga sama dengan perisa mentol. Ia memberikan kelembutan, tarikan yang memuaskan dan rasa mint selepas merokok. Jika dibandingkan kualiti perisa, jenama Cigees memberikan yang terbaik.

Cigees E-Liquid Flavors

Proses Mengecas Dan Bateri Jenama Cigees

Bateri klasik berkapasiti tinggi 240mAH merupakan bateri saiz normal yang sesuai dengan semua peralatan menyerupai rokok elektronik. Panjang dalam 82mm; kira-kira panjang sedikit jika dibandingkan dengan bateri rokok elektronik lain dipasaran, dan ia memberikan penghasilan wap yang lebih banyak, tetapi tidak begitu baik untuk estetika dan rasa alat tersebut, kerana ia cuba meniru rupabentuk rokok tembakau yang sebenar. Mengenai prestasinya, setiap bateri 240mAH boleh memberikan 200 kali tarikan nafas dan pengguna boleh menggunakan bateri untuk kegunaan merokok sepanjang hari. Yang amat memuaskan, bateri boleh dicas dengan mudah dengan tip LED uang direka untuk disambungkan dengan USB, pengecas dinding atau adapter. Ia memerlukan kira-kira 3 jam untuk bateri dicas sepenuhnya. Secara keseluruhan, bateri ini merupakan bateri yang cukup baik untuk kapasitinya.

Bateri cas semula 1100mAH untuk peralatan Majestic boleh bertahan sehingga 1300 penggunaan dan cartomizer boleh bertahan sehingga 250 kali penggunaan. Hakikat yang dua jenis peralatan ini tidak sesuai digunakan bersama kerana tidak mudah bagi perokok untuk menukar cartomizer sebelum bateri kehabisan. Walaubagaimanapun, jangan biarkan perkara ini menghentikan anda, fikirkan ciri yang baik pada jenama ini iaitu bateri standard untuk rokok elektronik yang normal ialah berkapasiti antara 120-280mAH, dan perbezaan dari segi kuasa pada bateri Majestic amat besar. Seperti kebanyakan bateri, ada suis on/off, dimana jika ditekan dengan cepat sebanyak 5 kali, anda boleh memasang dan mematikan bateri sesuka hati anda. Cara ini memberi penyelasaian kepada pengaktifan yang tidak diketahui semasa ia berada didalam beg atau didalam poket anda, dan ia membantu bateri untuk bertahan lebih lama.

Cigees Extra Batarry

Pilihan

E-liquid boleh didapati dalam 14 jenis perisa berbeza; dan ini merupakan pilihan yang bagus. Walaubagaimanapun ia hanya boleh didapati dengan nikotin berkepekatan 16mg. Cartomizer juga didapati dalam 2 jenis perisa iaitu tembakau dan menthol, yang tidak begitu hebat untuk ditawarkan kepada pengguna.

Selain itu, peralatan yang mereka keluarkan hanya sesuai untuk orang yang baru dalam vape. Mereka mempunyai alat pen-vape, tetapi selain daripada itu , mereka tidak pergi lebih jauh ke dalam produk mereka.

Rekabentuk Dan Bungkusan

Bungkusan dan rekabentuk jenama Majestic lebih menarik dari segi estetika untuk peralatan Cigees. Jika anda memegangnya, anda boleh merasakan kualitinya. Bateri Cigees mempunyai kemasan seperti kulit getah dengan trim keemasan. Kotak untuk kit permulaan Majestic direka untuk menunjukkan gaya peralatan itu sendiri dengan warna hitam sebagai latar belakang dan warna emas untuk tulisan dan hiasan tepi. Logonya berbentuk mahkota memberikan makna didalam rekabentuknya yang “Majestik”.

Bermula Untuk Menggunakan Jenama Cigees

Penghantaran Cigees

Pembeli di UK menerima penghantaranb secara percuma untuk order melebihi £50.00. Jika pembelian dibuat sebelum 4pm, penghantaran akan dibuat pada hari yang sama. Penghantaran selalunya menggunakan First Class Royal Mail dan jika anda memilih Royal Mail Special Delivery, bungkusan akan diterima pada keesokkan harinya (perkhidmatan ini hanya disediakan pada alamat di UK sahaja). Penghantaran percuma tidak termasuk kepada penghantaran luar negara £50.00 atau lebih dan mereka akan dikenakan bayaran seperti harga normal penghantaran udara.

Cigees Cartomizers

Waranti Cigees

Dalam bahagian ini, waranti merupakan satu kesilapan Cigees. Tidak sama seperti syarikat rokok elektronik lain dipasaran, jenama Cigees tidak menawarkan waranti untuk produk-produk mereka. Selain daripada jaminan 30 hari wang dikembalikan untuk kit super New Break Free, tiada lagi kepastian kualiti lain untuk produk pengeluaran, dan ini meninggalkan tanda tanya berapa lama produk ini boleh bertahan.

Perkhidmatan Pelanggan

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan boleh dihubungi melalui emel atau telefon. Anda boleh memperolehi emel syarikat pada laman web Cigees. Satu lagi kekurangan ialah mereka tidak mempunyai pilihan live chat, walaubagaimanapun anda boleh mengisi borang untuk menghubungi mereka. Perkhidmatan pelanggan adalah beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat, 9am sehingga 4pm GMT.

Kit Permulaan Cigees

Cigees mempunyai 4 kit permulaan yang berbeza dipasaran, kit yang paling kecil ialah Kit Permulaan Klasik jenama Cigees. Isi kandungannya termasuk bateri 280mAH, dua Cartomizer berkepekatan tinggi dan pengecas USB. Ini ialah kit yang paling kecil yang ditawarkan dan ia sesuai untuk perokok yang mahu beralih kepada e-smoking. Peralatan yang terdiri daripada 2 bahagian ini senang disambungkan, oleh itu tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyambung alat tetapi mempunyai masa yang panjang untuk merokok. Untuk itu, jika seorang pelanggan memilih untuk membeli daripada laman web Cigees, mereka boleh menerima uncang klasik percuma dan satu lanyard.

Cigees E-Cigarettes Kit

Selain daripada itu, Kit permulaan klasik jenama Cigee dengan bekas penyimpanan merupakan alternatif lain selain daripada kit permulaan klasik yang biasa, tetapi dengan cartomizer yang mempunyai kepekatan tinggi yang ekstra. Kit tersebut mempunyai rekabentuk yang elegan dan berwarna perak dan hitam untuk bekas penyimpanannya. Sekali lagi, jika pembeli membeli kit ini di laman web Cigees, mereka boleh menerima uncang percuma dan satu lanyard.

Kit Super New Break Free ialah versi kit permulaan Klasik yang lebih besar, dan mempunyai lebih banyak kandungan peralatan. Pembeli akan menerima tiga bateri klasik berkapasiti tinggi, 2 buah pengecas dan 12 isian semula untuk perisa tembakau dan menthol. Pada masa yang sama juga, uncang klasik dan lanyard dengan beg penyimpanan jenis kulit disertakan. Terdapat juga adapter utama dan adapter kereta. Dengan kesemua ini, laman web ini mengatakan ia boleh digunakan seperti 200 batang rokok tembakau biasa. Selain itu, tidak seperti Kit Permulaan Klasik, pembeli yang membeli Kit Super New Break Free dari laman web Cigees boleh diberikan penghantaran percuma dan 30 hari jaminan wang dikembalikan.

Kit Permulaan Rokok Elektronik Majestic merupakan kit yang paling popular. Setiap kit mempunyai dua bateri cas semula 1100mAH, tiga cartomizer berkepekatan tinggi yang mempunyai perisa tembakau dan menthol. Cartomizer ini ialah rekaan khas untuk model Majestic. Kit ini juga mengandungi USB, alat pengecas didalam kereta dan pengecas utama.

Pengisi semula (refiller) CE5 mempunyai bateri berkapasiti tinggi pada 1100mAH. Laman web Cigees menyatakan bateri jenama mereka lebih besar dan boleh digunakan lebih lama. Kenyataan ini dibuktikan dengan kebanyakan pengguna mendapati ia dapat digunakan sepanjang hari, tetapi ia merupakan apa yang dijangka dengan bateri pen-vape berkapasiti tinggi.

Cigees Classic Kit

Harga Cigees

Kit permulaan klasik berharga £15.00, yang merupakan harga yang bersesuaian untuk kit ekspres permulaan. Walaubagaimanapun, kit ini juga mempunyai uncang dan lanyard percuma, dan ini merupakan tawaran yang amat berbaloi. Pada harga £18.00, anda boleh memperolehi Kit permulaan kalsik dengan sabuah bekas penyimpanan, dengan tambahan £3.00 daripada harga asal Kit Permulaan Klasik. Jika ingin memiliki bekas penyimpanan, lebih baik membeli kit ini.

Pada harga £48.00, Kit Super New Break memang lebih mahal berbanding Kit Klasik permulaan. Walau bagaimanapun, kit tersebut mempunyai pelbagai produk dan bateri ekstra, dan 12 cartomizer dan anda layak untuk penghantaran percuma, oleh itu ia masih berbaloi.

Harga Kit Permulaan Rokok Elektronik Majestic ialah £36.00. Laman web tersebut mengatakan ia merupakan harga yang terbaik di pasaran UK. Pengguna mendapati kualitinya juga lebih baik daripada kit permulaan klasik. Manakala bagi CE5 Refiller, harganya ialah £39.00 dan ia termasuk kesemua keperluan yang anda harapkan. Oleh itu, tidak dinafikan jenama Cigee lebih popular dipasaran.
Harga untuk sebotol e-liquid 10ml ialah £4.20. Inilah harga mengikut saiz yang diberikan. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya membeli 10 pek botol 10ml dengan harga £37.90. Pelanggan dapat menjimatkan 10% daripada harga biasa.

Bermula Untuk Menggunakan Jenama Cigees

Ganjaran

Cigees tidak menawarkan system ganjaran kepada pelanggan setianya. Ini sebenarnya patut dipertimbangkan oleh syarikat ini. Walaupun ganjaran yang kecil, pelanggan pasti menghargai sistem poin dan syarikat besar yang lain menawarkan ganjaran kepada pelanggan mereka, oleh itu Cigees juga perlu mempertimbangkan untuk mengikut rentak yang sama.

Cigees Pack

Keseluruhan

Jenama Cigees ternyata layak menerima pengiktirafan dari segi pengeluaran rokok elektronik dan e-liquid. Selain itu, kualiti pada peralatannya, terutama sekali Majestic, meletakkan jenama Cigees ditangga yang teratas daripada jenama lain. Jenama ini merupakan jenama rokok elektronik yang sepatutnya berada didalam pasaran premium. Apa yang membuatkan pelanggan berpuashati ialah harga yang ditetapkan untuk setiap produk ialah berbaloi dan tidak membuatkan pelanggan terasa tertipu. Syarikat ini juga sentiasa memberikan diskaun dan tawaran hebat didalam laman web mereka yang juga merupakan satu insentif untuk membeli produk Cigees. Mereka mempunyai pilihan perisa yang hebat melalui alat CE5, walau bagaimanapun, mereka perlu mengeluarkan lebih pilihan perisa untuk cartomizer. Walau apapun, mereka tetap yang terbaik.

Bermula Untuk Menggunakan Jenama Cigees