Ulasan HaloCigs

HaloCigs Logo
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
92

Kelebihan dan Kekurangan HaloCigs

Kelebihan
  • Banyak Pilihan dalam E-Jus yang Berkualiti
  • Kemudahan Untuk Mengubahsuai Kit Permulaan
  • Harga Yang Berpatutan
Kekurangan
  • Rokok elektronik yang kurang pilihan terhad

Bermula dengan HaloCigs

HaloCigs mungkin tidak terkenal seperti jenama yang lain, tetapi anda perlu tahu mengenai jenama ini. Syarikat New Jersey meraikan kualiti dan prestasi rokok elektronik dan aksesori jenama ini. HaloCigs secara spesifik dikenali dengan kehebatannya dalam pengeluaran e-liquid. Terdapat pilihan perisa yang lazat dan mumuaskan di tekak, HaloCigs amat menonjol dari yang lain. HaloCigs mungkin tidak begitu dikenali dalam komuniti e-merokok, tetapi ia merupakan jenama yang mendahului dipasaran.

Halo Cigs  E-Liquid & E-Cig Triton Starter kit

Pandangan Pertama

Pada tanggapan pertama, amat jelas yang jenama HaloCigs mempunyai reputasi yang baik berdasarkan penghasilan e-liquid mereka. Walaupun rokok elektronik jenama ini mempunyai pilihan yang terhad, tetapi ia mempunyai aksesori yang menarik. Dan yang lebih baik lagi, ia mempunyai harga yang amat berpatutan, dan anda juga boleh mendapati kualiti dan standard jenama ini yang memuaskan.

Pengeluaran Wap Dari HaloCigs

Dengan e-liquid jenama HaloCigs, penghasilan wap amat ketara. Dengan menggunakan rokok elektronik dari Triton, pengguna boleh mendapatkan keberkesanan yang menyeluruh dari produk HaloCigs. Sistem Tangki dari Triton menjamin jumlah wap yang memuaskan dalam setiap sedutan. Kualiti dari cartomizer yang digunakan bersama Triton bermakna wap tersebut konsisten dan dalam jumlah yang banyak. Jika mahu kesan pada tekak lebih kuat, anda boleh menggunakan pelbagai voltan bateri yang boleh digunakan bersama Triton. Alat ini ideal untuk perokok tegar. Mengenai pengeluaran wap, Triton memberi yang terbaik. Dengan sistem tangki dan alat yang boleh mengubahsuai, Triton boleh bersaing dengan mana-mana rokok pen-wap yang ada dipasaran.

Halo-G6-Model

Berkaitan dengan model G6, ia lebih kecil, lebih meyerupai rokok sebenar dan bermaksud mempunyai pengeluaran asap yang lebih sedikit daripada rekaan pen-rokok elektronik yang lain. Walaubagaimanapun, jika membandingkan jenama rokok yang lain untuk rekabentuk seperti rokok sebenar, G6 berada dalam rekabentuk yang amat menonjol, terutama dari segi pengeluaran wap. G6 mengeluarkan wap yang berpatutan, walaubagaimanapun, bateri merupakan punca wap berkurangan selepas merokok selama beberapa jam. G6 di cadangkan untuk perokok yang baru ingin mencuba, kerana kesan pada tekak lebih lembut dan tidak kasar seperti yang diberikan oleh Triton.

Aksesori Rokok HaloCigs

Jenama HaloCigs menawarkan pelbagai aksesori untuk e-liquid dan rokok elektronik yang serupa. Untuk perokok yang lebih berpengalaman, terdapat e-liquid berasaskan gabungan. Jus nikotin yang tidak berperisa ideal digunakan untuk mencipta perisa dan kekuatan yang dimahukan oleh pengguna itu sendiri. Ini merupakan peluang untuk mencampur dan mengubah jus mengikut kemahuan pengguna. Dengan membeli botol e-liquid kosong, pengguna boleh mencampurkan perisa-perisa berbeza dengan kekuatan e-liquid yang digabungkan. Pada masa yang sama, HaloCigs menjual angkup kalis karat. Ia direka khas untuk mengeluarkan dan mengubah buih yang didapati pada kartrij, alat yang kecil ini adalah yang diperlukan oleh perokok untuk menikmati elemen buatan sendiri untuk rokok elektronik.

HaloCigs Starter Kit

Aksesori juga disediakan untuk rokok elektronik G6 termasuk bekas simpanan yang elegan untuk lelaki. Rekaan yang ringkas dan bergaya ini juga boleh dimuatkan didalam poket atau beg tangan tanpa kelihatan sesak. Alternatif lain, terdapat juga rantai yang dibuat dari sutera, menjadikannya lebih mudah untuk dibawa. HaloCigs mempunyai tip penitis alumunium pelbagai pilihan yang mempunyai beberapa jenis warna. Peralatan di mulut ini adalah bertujuan supaya kerja-kerja mengisi semula lebih mudah.

Aksesori Triton mempunyai kon yang terhad. Walaubagaimanapun, ia merupakan peneraju gaya, dan mempunyai sebelas jenis warna berbeza dan boleh dibeli dalam saiz standard atau besar. Dengan menyambungkan ia kepada bateri Triton dan memasukkan alat pengubahsuai, perokok boleh mengubah estetika rokok tersbut dengan kemahuan sendiri.

Bermula dengan HaloCigs

Perisa HaloCigs

HaloCigs mempunyai pelbagai jenis e-liquid yang telah menerima anugerah-penghargaan. Dikategorikan sebagai tembakau, menthol dan perisa gourmet, terdapat perisa yang terlalu banyak untuk dipilih. Dengan menggunakan e-liquid seperti ‘Coklat Shamrock Mint’ dan ‘Twisted Java’, kepelbagaian ini boleh dilihat sebagai eksotik dan lain daripada yang lain.

Pilihan tembakau dan mint sememangnya berbaloi dimaklumkan, terutamanya apabila membezakan pilihan daripada pelbagai jenama terkenal dipasaran. Salah satu perisa tembakau yang laris ialah ‘Turkish Tobacco’. Jika anda menyukai tembakau, ini sememangnya untuk anda. Perisa tersebut kaya dengan rasa asap tembakau sebenar yang tidak keterlaluan. Walaupun agak kering, tetapi terdapat rasa manis selepasnya. Kesan pada tekak agak kuat, dan ia sesuai untuk perokok tegar dan penggemar rokok.

HaloCigs  E Liquid & E Cig Flavors

Jika perokok memilih jus yang tidak terlalu manis, dicadangkan untuk mencuba “Freedom Juice”. Ia mempunyai rasa tembakau asli yang disertai dengan rasa herba dan lada sulah. Lebih kurang sama seperti ‘Turkish Tobacco’, ia mempunyai kesan pada tekak tanpa mempunyai rasa kasar dan kurang selesa.

Perisa menthol ‘SubZero’ merupakan perisa menthol terbaik dipasaran. Perisa ini terasa bersih dengan rasa menthol. Walaubagaimanapun, ia tidak seperti yang anda gambarkan untuk e-liquid menthol: Ia tidak terlalu manis, tetapi perisanya segar: seperti yang dijangkakan dari peppermint. Perisa ini semulajadi dan ringkas. Pada perisa ini e-liquid jenama HaloCigs amat disukai.

Jika anda ingin mengetahui apakah rasa “Shamrock Mint Chocolate”: Perisa ini mengagumkan dan antara yang paling diminati. Terdapat rasa mint dan coklat yang seimbang dan wap yang dihasilkan juga lembut dan bersih. Dengan e-liquid perisa coklat, terdapat risiko kemungkinan coklat mungkin terasa tidak asli dan berkimia; tetapi ia tidak didapati pada jenama HaloCigs. Rasa Shamrock Mint Chocolate menyerupai rasa coklat sebenar seperti didalam restoran mewah.

HaloCigs  E-Liquid & E-juice

Proses Mengecas Dan Prestasi Bateri HaloCigs

Membandingkan saiz rokok elektronik G6, hayat baterinya amat memuaskan dan merupakan salah satu rokok elektronik dipasaran. Bateri 65mm mempunyai kapasiti 180mAh, yang membolehkan sehingga 200 sedutan sebelum kehabisan bateri. Dengan 78mm, kapasiti 280 mAh bermakna perokok boleh mencapai sehingga 300 sedutan sebelumbateri tersebut perlu ditukar. Kedua-dua bateri 64 dan 78mm memerlukan 4 hingga 8 jam untuk dicas sepenuhnya.

Apabila menjumpai maklumat lanjut mengenai bateri Triton, bateri paling kecil berkuasa 400mAh boleh memberikan sehingga 480 sedutan, ia mampu bertahan sehingga 6 jam ke 8 jam, dengan cara merokok yang sederhana, manakala 650 mAh boleh mencapai 780 sedutan. Dan ia boleh bertahan sehingga 8 ke 10 jam semasa merokok. Dengan bateri bersaiz besar dan voltan yang lebih tinggi seperti 900mAh boleh menghasilkan 1000 sedutan dan 10 sehingga 12 jam tempoh merokok sebelum ia boleh di cas semula. Dengan kuasa 1300mAh, perokok boleh menikmati sehingga 1350 sedutan selama 12 jam ke 15 jam penggunaan.

Voltaj bateri yang pelbagai variasi untuk jenama Triton dan mempunyai kadar yang boleh diubah-ubah dari 3.3 kepada 4.8 voltan, ia memberikan prestasi yang amat memuaskan kepada peralatan. Dengan butang kawalan yang disediakan, perokok boleh mengawal jumlah wap yang dihasilkan dan untuk kesan pada tekak yang diterima. Bateri yang mempunyai pelbagai voltan dicadangkan untuk perokok yang lebih berpengalaman.

Pilihan

Kelebihan utama jenama HaloCigs ialah memberikan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Dengan membeli produk-produk jenama HaloCigs yang pelbagai aspek, pelanggan mempunyai kawalan dan pilihan dalam membeli. Samada dalam memilih warna bateri atau memilih cartomizer, atau memilih saiz dan kapasiti bateri, pelanggan boleh memilih sendiri tanpa desakan dari jurujual. Setiap bahagian peralatan, seperti pada produk G6 dan Triton, pelanggan mempunyai pilihan untuk warna yang disukai.

Halo E-Cigs Batteries

Pek permulaan merupakan produk yang amat terkenal pada jenama HaloCigs dan paling dibincangkan. Setiap alat dan bahagian dari pek permulaan mempunyai pilihan-pilihan: dari cartomizer G6 kepada bateri dan termasuk pilihan e-liquid. Ini merupakan keunikan yang spesifik dalam pasaran rokok elektronik.

Yang amat penting, kepelbagaian dalam e-liquid sudah cukup mengagumkan. Jenama HaloCigs mempunyai kesemua dalam turutan lengkap untuk memberikan pilihan kepada pelanggan, samada dari segi perisa atau kekuatan, pelanggan diutamakan.

Rekabentuk dan Pembungkusan

Setiap perincian dalam jenama Halo bermaksud ‘mempunyai-kelebihan’. Dengan estetika setiap produk, jenama Halo tidak mengambil jalan singkat. Dari alat pengecas dinding, anda boleh mendapati simbol logo Halocigs yang direka dengan baik sekali.

Perkara pertama yang dijumpai oleh pelanggan jenama Halo ialah rekaan yang amat bergaya dan futuristik. Rokok elektronik G6 mempunyai kemasan yang malap, bergantung dengan jenis warna yang dipilih. Mesama pengguna menyedut rokok elektronik tersebut, bahagian tip (hujung) mempunyai nyalaan lampu LED berwarna biru, yang sama seperti warna biru pada logo. Mengapa perlu membeli produk G6 dengan bateri 65mm selain 75mm ialah kerana disebabkan estetika: berat dan perasaan semasa memegang alat ini juga diambil kira dalam rekaan rokok. Saiz untuk rokok yang menyerupai rokok biasa ini sangat penting, kerana ada juga pengguna yang memilih berdasarkan perasaan klasik yang ringan dan penampilan semasa mereka merokok.

Seperti produk G6, Triton mempunyai rekaan dan kemasan yang ringkas. Punat bateri mempunyai kilauan biru, yang menunjukkan jenama HaloCigs. Kit permulaan Triton didatangkan khas dengan bekas penyimpanan, yang unik untuk kit permulaan, walaubagaimanapun ia produk yang ringkas dan asli; sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam jenama HaloCigs.

Halocigs  Kit

Penghantran HaloCigs

Halo menawarkan penghantaran percuma dengan setiap pembelian melebihi $75 didalam USA. Menggunakan USPS sebagai perkhidmatan kourier dan syarikat ini juga membuat penghantaran luar negara. Jika pembelian dibuat sebelum 2:30pm masa EST, ia akan dihantar pada hari yang sama, disamping menjamin penghantaran segera.

Untuk penghantaran nasional, penghantaran ekspress USPS mengambil masa dari satu ke dua hari bekerja. JIka bungkusan ini dihantar secara antarabangsa, pilihan penghantaran ekspress memasrikan bungkusan tersebut di hantar dalam 3 kepada 5 hari bekerja sementara pilihan penghantaran utama selalu mengambil masa 6 sehingga 10 hari bekerja. Harga penghantaran adalah berbeza. Pembeli boleh memilih sendiri cara penghantaran apabila membuat pesanan.

Waranti Rokok Elektronik Jenama HaloCIgs

Jenama Halo menawarkan waranti 60-hari untuk semua jenis bateri dan 30 hari waranti untuk kit permulaan. Ia bermaksud perokok boleh mencub produk dan sekiranya tidak memuaskan, mereka boleh memulangkan balik untuk pengembalian wang.

Namun begitu, wang tidak boleh dikembalikan untuk item yang terpakai seperti tangki, cartomizer atau e-liquid.

Halo Cigs  E-Liquid  Automated Fill

Perkhidmatan Pelanggan

Pasukan perkhidmatan pelanggan syarikat jenama HaloCigs juga amat mengagumkan. Ia amat peramah dan membantu, jika terdapat pertanyaan atau aduan, staf dari HaloCigs bersedia untuk membantu. Terdapat pilihan mudah dan kemudahan komunikasi online di sudut laman web. Dibahagian tersebut boleh memgajukan soalan dan akan dibalas segera. Secara alternatif, nombor telefon tanpa tol diberikan, jika anda lebih suka untuk bercakap dengan staff. Terdapat juga pilihan untuk menghantar emel. Emel merupakan cara yang lebih baik untuk pertanyaan diluar waktu bekerja dan pelanggan dengan senang hati menunggu jawapan. Emel sesuai untuk perkara yang spesifik, jawapan yang lebih terperinci dan perkhidmatan pada waktu bekerja yang lebih cepat memberikan jawapan dengan kadar segera. Secara keseluruhan, perkhidmatan pelanggan dari jenama Halo merupakan salah satu yang terbaik dalam pasaran rokok elektronik.

Kit Permulaan Jenama HaloCigs

HaloCigs mempunyai 2 jenis kit permulaan, G6 dan Triton. G6 direka untuk perokok baru yang baru belajar untuk menggukanan rokok elektronik. Rokok elektronik yang lebih menyerupai rokok biasa ini mempunyai pelbagai warna dari hitam klasik, putih dan titanium, kepada pink terang, ungu, merah, hijau, biru dan hijau terang. Kit permulaan mempunyai kesemua yang diperlukan utnuk pek permulaan, termasuk 2 bateri, 5 cartomizer, adapter USB dan alat pengecas didinding, semuanya ditunjukkan dengan kemas didalam bekas HaloCigs.

Salah satu daripada faedah sampingan mengenai pembelian pek permulaan dari Halo ialah pembeli boleh memilih jenis bateri. Memilih dari bateri jenis manual atau automatik dan juga mempunyai pilihan samada 78 atau 65mm bateri, jenama HaloCigs memberikan anda cara untuk mengubahsuai rokok elektronik mereka sendiri. Jika anda baru mencuba, dicadangkan supaya memilih bateri automatik.

Pengubahsuaian pek permulaan tidak berhenti pada bateri sahaja; jenama Halo turut memberikan pengguna cara untuk memilih cartomizer pra-isian yang lebih ideal. Dengan pilihan 9 perisa yang berlainan dari kuantiti nikotin yang rendah kepada kekuatan X yang tinggi. Jika pembeli kurang pasti pada perisa, terdapat pilihan untuk memilih sebungkus cartomizer asas.

Halo Cigs  E-Liquids & E-Cigs G6 Starter kit

Berkaitan kit permulaan Triton, pengguna boleh menjangkakan untuk menemui alat penwap dengan pilihan sebelas jenis warna, bekas simpanan, alat pengecas pada dinding dan adapter USB. Sebagai tambahan, kit ini mempunyai kon dan tangki yang sejernih kristal. Seperti pek permulaan g6, peanggan boleh memilih bateri manual yang sesuai, samaada berkapasiti 400mAh atau 650mAh (terdapat pilihan untuk membeli bateri berkuasa tinggi, yang boleh didapati dibahagian selain pek permulaan). Namun begitu, kit ini tidak mempunyai botol e-liquid, tetapi kualiti produk ini, memberikan nilai wang yang berbaloi kepada pembeli.

Harga HaloCigs

Menurut kualiti produk ini, anda tidak menjangkakan yang harga pembelian adalah murah dari yang difikirkan. Pek permulaan sahaja boleh didapati dengan murah. Dengan hanya $44.99 untuk kit permulaan G6, termasuk pilihan untuk 2 bateri dan satu pek untuk cartomizer pra-isian, ia merupakan tawaran yang luar biasa. Perkara yang sama juga boleh ditemui pada kit Triton Tank. Berharga $64.99, kit ini mempunyai perkara asas yang diperlukan didalam kit, dan juga tambahan yang lain.

Dengan harga untuk e-liquid sekitar $5.00 sebotol, pelanggan sudah pasti akan menemui apa yang dicari. Tujuan syarikat memberi harga yang rendah ini adalah kerana syarikat ini menghasilkan dan mengeluarkan cecair buatan sendiri, oleh itu produk dengan harga yang rendah lebih mampu untuk dibeli dan digemari.

Pelanggan sudah tentu merasa berbaloi dengan wang yang dibelanjakan untuk membeli HaloCigs dan sistem penghargaannya turut menambahkan rasa untuk kembali semula untuk membeli.

Bermula dengan HaloCigs

Penghargaan

Pengguna boleh menghargai sepenuhnya perkhidmatan pelanggan HaloCigs beserta dengan sistem penghargaan. Apabila membeli produk didalam laman web Halo,pembeli akan diberikan poin. Apabila poin yang dikumpul telah mencukupi, pelanggan boleh menukarnya dengan mana-mana produk didalam Katalog Penghargaan Halo. Setiap $20 yang dibelanjakan, pembeli akan diberikan 100 poin Halo.

Anda juga boleh memperolehi Poin Halo dengan mempromosikan produk HaloCigs. Dengan mempromosikan produk HaloCigs didalam media sosial seperti Twitter, Facebook, Goodle atau Pinterest, anda boleh memperolehi 15 poin. Semakin banyak yang anda promosikan, semakin banyak poin anda boleh perolehi. Secara alternatif, dengan memperkenalkan produk kepada rakan atau keluarga, Halo menawarkan 260 poin sebaik sahaja rakan anda membuat pembelian. Anda juga boleh memperolehi 25 poin jika menulis ulasan pada produk. Setelah diluluskan dan dipaparkan pada laman web, anda akan diberikan dengan poin penghargaan.

Dengan berpeluang untuk memenangi produk-produk HaloCigs menerusi sistem penghargaan, pelanggan mendapat keuntungan sendiri apabila membeli produk HaloCigs.

HaloCigs  E-Liquid & E-Cigarettes Bottle

Produk-produk Lain

Seperti kebanyakan syarikat rokok elektronik, HaloCigs turut menjual sijil hadiah. Sekiranya ada kawan atau keluarga yang berhasrat untuk berhenti merokok dan belajar menggunakan rokok elektronik, ini adalah hadiah yang tepat. Lagipun, sijil hadiah ini sesuai dengan peminat HaloCigs yang betul-betul berminat untuk berhenti merokok. Ia juga ideal sebagai hadiah harijadi dan juga Krismas.

HaloCigs juga turut menjual kemeja-T. Ini merupakan sesuatu yang ekstra untuk pelanggan yang amat meminati barangan dari syarikat ini. Boleh didapati dalam warna hitam, kelabu arang dan putih dan mempunyai saiz dari kecil hinggalah XXL, HaloCigs memberikan pilihan pakaian untuk semua lapisan pengguna. Harganya ialah $14.99 dan pelanggan boleh menunjukkan betapa minatnya mereka dengan jenama HaloCigs. Secara alternatif, ia juga boleh dijadikan hadiah kepada kawan yang merokok secara elektronik.

Ia juga menawarkan pek sampel e-liquid. Bagi pengguna baru, sampel ini sesuai untuk anda dan anda boleh mencari perisa yang sesuai. Ia juga sesuai untuk perokok baru dan masih mencari perisa kegemaran. Pek terdiri daripada perisa tembakau, menthol dan gourment. Berharga pada $24.99, pek sampel ini termasuk 6 botol perisa yang paling popular. Pelanggan boleh memilih tahap nikotin yang mereka inginkan serendah 6mg/ml kepada tahap ekstra tinggi 24mg/ml. Pek yang berlainan juga ditawarkan. Pek ini mengandungi enam botol e-juice termasuk botol yang mempunyai perisa Tribecca, Turkish Tobacco, SubZero, Malibu, Kingle’s Curse dan Belgium Cocoa. Sesuai untuk pelanggan yang memilih menthol, tembakau dan perisa eksotik.

Kelebihan-Kelebihan

Kualiti dan harga ialah perkara yang menonjolkan jenama HaloCigs. Produk-produk merupakan diantara yang terbaik dipasaran dan harganya juga berpatutan dengan kualiti yang diberi. Pada masa yang sama, terdapat pelbagai jenis e-liquid untuk dipilih. Perisa mempunyai karakter tersendiri dan diantaranya adalah yang dikatakan terbaik dipasaran premium. Jika berkenaan dengan penghasilan wap, Halo telah melangkaui jangkaan. Terutamanya untuk The Triton Tank System, perokok boleh mendapatkan jumlah wap yang memuaskan pada setiap sedutan. Oleh itu, kit permulaan amat berbaloi untuk dicuba. Tiada jalan pintas atau produk yang kurang untuk kit ini; ia telah menawarkan semua yang diperlukan atau lebih didalam satu kit.

Keseluruhan

HaloCigs berbangga dengan pengeluaran dan pengilangannya. Walaupun nama mereka tidak begitu dikenali didalam komuniti rokok elektronik, ia merupakan jenama yang premium. Jika dilihat semua aspek dalam rokok elektronik untuk memberikan kualiti ianya di tahap standard yang paling tinggi. Walaupun tidak mempunyai pilihan yang meluas dalam peralatan rokok elektronik, ia mempunyai pilihan e-liquid yang mengagumkan.

Bermula dengan HaloCigs