Ulasan JACVapor

JAC-Vapour Logo
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
63

Kelebihan dan Kekurangan JACVapor

Kelebihan
  • Pilihan yang banyak untuk pek permulaan
  • Memenuhi keperluan perokok daripada peringkat permulaan hingga peringkat tinggi
  • Panduan yang terperinci dan berguna
  • Penghantaran percuma untuk tempahan antarabangsa dan dalam negara
Kelemahan
  • Tidak dibekalkan dengan peralatan mudah lupus
  • Bahagian Perkhidmatan Pelanggan hanya boleh di hubungi menerusi e-mel.

Bermula Dengan Jenama JAC Vapour

Berasal daripada United Kingdom, JAC Vapour telah diasaskan pada tahun 2010. Sejak daripada itu, JAC telah berkembang untuk menjadi salah satu syarikat peneraju rokok elektronik di dunia. Singkatan JAC itu sendiri membawa maksud ‘Just Like a Cigarette’ atau ‘sama seperti rokok’ yang mencerminkan rekabentuk dan penghasilan yang inovatif syarikat berkenaan. JAC Vapour telah meneruskan untuk mengembangkan inventori mereka, dengan mengeluarkan produk untuk golongan pengguna peringkat tinggi, memenuhi kehendak dunia rook elektronik.

Pandangan Pertama

Pada tanggapan pertama, anda akan beranggapan bahawa JAC Vapour semuanya adalah berkaitan dengan pilihan. Mereka mempunyai kepelbagaian produk yang sangat luas untuk semua jenis pengguna. Walaupun mereka cuba untuk memenuhi kehendak perokok elektronik, namun mereka masih memastikan kualiti produk adalah terbaik. Ianya amat ketara dimana mereka memperuntukan banyak masa dan kajian dalam memastikan mereka hanya menyampaikan produk yang terbaik. Mereka juga baru-baru ini telah melancarkan prduk untuk pengguna peringkat tinggi yang baru. Disini pelanggan boleh mendapatkan pelbagai eksesori dan pek permulaan untuk lebih memnuhi kehendak perokok elektronik.

JAC Vapour Battery Aero Tank and Closed Case

Pengeluaran Wap JAC Vapour

Produk JAC mampu meningkatkan penghasilan wap yang baik tanpa memerlukan sebarang bahan kimia utama, yang pastinya merupakan satu bonus.

Aksesori Rokok Elektronik JAC Vapour

Bahagian eksesori di dalam laman sesawang mempunyai kepelbagaian dalam peralatan yang boleh diganti untuk pek permulaan seperti bekas dan peralatan mengecas. Ditambah dengan itu terdapat bahagian yang dikhususkan untuk eksesori bateri. Ini termasuklah adapter cartomizer, cecincin yang berbentuk cantik yang boleh menempatkan510 buah bateri, hujung bateri berwarna, kon dan tali penyandang.

JAC Vapour Battery Tips
Di bahagian hujung mulut dan penyumbat adalah dikhaskan untuk pemipit ekstra. Peralatan ini adalah bagus dalam meningkatkan pengalaman vaping anda. Terdapat pelbagai bentuk rekaan pemipit untuk semua jenis peralatan vape.

Perisa-Perisa JAC VApour

Julat cecair elektronik mengandungi 3 jenis cecair elektronik yang berbeza. Dalam tawaran adalah cecair elektronik piawai yang di buat di U.K dan julat aliran jernih. Kesemua jus elektronik yang sedia ada di dalam 0mg, 12mg, 18mg and 24mg kandungan nikotin.

JAC Vapour E-Liquid Tester

Julat yang standard mempunyai 26 perisa untuk di tawarkan, yang mana setiap satunya telah di uji di UK. Setiap perisa terdapat dalam bentuk VG atau PG. Dalam kepelbagaian perisa yang di tawarkan, prisa tembakau standard adalah antara yang mendapat sambutan di pasaran. Perisanya adalah begitu realistic dan tidak banyak berbeza dengan rokok tembakau yang tradisional. Fakta di mana ianya datang dalam pelbagai kekuatan memberikan sebab yang lebih untuk membeli cecair elektronik JAC.

Untuk produk-produk cecair elektronik buatan UK, Real Rasberry semestinya perlu dicuba, terutamanya untuk pelanggan yang lebih gemarkan perisa buahan cecair elektronik. Rasanya kuat tanpa menjadi terlalu manis; JAC telah berjaya didalam memastikan perisa adalah sama seperti raspberry sebaik mungkin. Ini tentunya perisa yang terbaik dalam semua perisa buatan UK.

JAC Vapour E-Juice

E-juice berperisa tembakau yang ringan adalah yang terbaik di dalam kategori perisa tembakau. Perokok akan merasa seakan berasap selepas merasanya tanpa sebarang rasa manis (yang mana adalah perkara yang biasa terjadi didalam cecair elektronik perisa tembakau). Ianya tidak keterlaluan juga, tidak seperti sesetengah perisa tembakau yang mereka jual.

Julat cecair elektronik aliran jernih JAC Vapour adalah sangat inovatif untuk komuniti perokok elektronik. Idea di sebalik “Aliran Jernih” Vapour ini ialah cecair elektronik hanya menghasilkan sedikit atau tiada wap. Ini adalah baik bagi perokok yang tidak mahu menarik banyak perhatian ke atas diri mereka tetapi ianya ganjil sedikit kerana penghasilan asap adalah salah satu aspek yang sangat dikenali dalam rokok elektronik yang berkualiti. Walaubagaimanapun cecair elektronik aliran jernih ini terdapat di dalam 6 perisa yang berbeza. Pelanggan yang baru kepada Clear Stream ini akan merasa sedikit terkejut; Perisanya menakjubkan dan kesannya kepada kerongkong adalah kuat. Tidaklah begitu teruk bagi jus elektronik jika tidak menghasilkan sebarang wap. Perisa yang berbaloi di ketengahkan secara khasnya ialah Menthol. Ianya terasa seperti berais dan perisa mentol mempunyai kesegaran yang berterusan. Seperti semua perisa Clear Stream, ianya hampir sama dengan cecair elektronik buatan UK dan anda tidak akan kehilangan perisa atau kualiti sebagai seorang perokok.

JAC Vapour E-Juice Taster Tin 4

Mengecas Dan Keupayaan Bateri

JAC menawarkan kedua-dua bateri automatik dan manual dengan kapasiti dari 150mAh ke 1300mAh. Secara umumnya, kemampuan bateri ke atas JAC ini adalah menakjubkan; penghasilan asap adalah konsisten dan perokok akan merasakan kesannya di kerongkong hingga ke sedutan terakhir. Seiring dengan itu, jangkahayat bateri adalah sangat baik bila membincangkan mengenai jenama secara keseluruhannya dibandingkan dengan pesaing mereka. Contohnya bateri dalam peralatan siri elektronik mampu bertahan sehingga dua hari untuk perokok kategori biasa, manakala untuk perokok tegar ianya boleh bertahan sehari penuh.

JAC Vapour Items

Dengan bentuk rokok kecil yang hampir sama, penggunna tidak dapat merokok selama dua hari dengan bateri dan rokok yang kecil. Walau bagaimanapun, PCC telah mengatasi masalah ini dengan kapasiti yang besar yang cepat untuk dicas semula. Jika anda berminat dengan alat PCC, JAC telahpun mengeluarkan julat pek permulaan PCC. Ini adalah sempurna untuk perokok elektronik yang baru dan terdapatnya pilihan dua jenis PCC dengan kapasiti yang berbeza.
Jangkahayat bateri JAC mampu bertahan sekitar empat ke enam bulan, yang mana adalah perkara yang seperti telah di harapkan daripada bateri yang berkualiti.

JAC Vapour Batteries in all Colors

Pilihan Rokok Elektronik JACVapour

Seperkara yang boleh di lihat mengenai JAC Vapour ialah pilihan produk yang menakjubkan. Pek permulaan sahaja ada banyak alat yang memenuhi kehendak semua jenis pengguna. Tambahan lagi, mereka mempunyai pilihan perisa cecair elektronik yang bermula dengan standard, cecair elektronik buatan UK dan cecair elektronik yang tidak berasap.

Pembungkusan dan Rekaan

Keseluruhannya, pembungkusan dan rekaan kit JAC dan perantinya adalah sangat baik dan berkilat. Pek permulaan direka didalam kotak putih kosong dengan garisan warna yang dilegapkan pada kedua-dua hujung. Logonya di cetak di tengah-tengah kotak dan ianya sangat menonjol jika dibandingkan dengan latar belakang yang berwarna putih.

JAC Vapour Kit

Bekas PCC juga berbaloi untuk dinyatakan disini. Tidak seperti PCC yang lain terdapat di pasaran, JAC memastikan bahawa sehinggakan kualiti PCC yang di hasilkan dengan kemasan aluminium berkilat yang menggelongsor dengan mudahnya untuk masuk atau keluar daripada poket.

Produk V3i adalah direka secara spesifik untuk menjadi lebih bersaiz kecil dan nipis sehabis mungkin. Produk ini adalah untuk perokok elektronik yang baru oleh itu JAC ingin memastikan mereka dapat menggunakan vape dan aksesori tersebut dalam cara yang sama seperti rokok tembakau biasa. Bahkan dengan bekas rokok V3i, JAC memastikan ianya akan elegan sepertimana seharusnya.

Difahami bekas produk tidak akan mempunyai saiz yang sama seperti rokok tembakau, tetapi antara bekas vape di dalam pasaran, ia adalah yang paling memuaskan dan bergaya.

Penghantaran

JAC Vapour menawarkan penghantaran percuma di UK atas semua pesanan bernilai £50 atau lebih. Pesanan ini akan di hantar dalam 2 ke 3 hari waktu bekerja. Terdapat juga pilihan untuk penghantaran 1 ke 2 hari waktu bekerja.

Berkenaan dengan penghantaran antarabangsa, pesanan melebihi €80 adalah layak untuk mendapatkan penghantaran secara percuma di dalam EU. Pesanan melebihi $150 layak untuk mendapat penghantaran percuma ke USA. Untuk negara antarabangsa yang lain, pesanan melebihi £80 juga boleh mendapatkan penghantaran percuma. Kesemua penghantaran antarabangsa akan dihantar melalui Royal Mail Airmail. Jumlah masa pesanan sampai yang di perlukan bergantung kepada negara tersebut.

JAC Vapour E-Liquids

Jaminan JACVapour

JAC memberi jaminan kesemua bateri dan pengecas untuk tempoh minimum 42 hari. Terdapat juga tempoh masa 14 hari polisi menukar semula. Jika seorang pelanggan mengalami sebarang kegagalan fungsi didalam tempoh masa ini, JAC akan menghantar barang untuk penggantian. Jaminan merangkumi masalah pembuatan, atau kegagalan berfungsi yang berlaku semasa penggunaan biasa adalah layak dikembalikan untuk dibaiki. Barang yang dikembalikan semula selalunya akan di proses dalam tempoh masa 5 hari waktu bekerja.

Khidmat Pelanggan

Untuk pertanyaan dan aduan umum, laman sesawang JAC Vapour mempunyai bahagian FAQ. Anda boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan menerusi e-mel dan waktu beroperasi adalah antara 9 pagi hingga 5.30 petang dari hari Isnin hingga Sabtu. Malangnya mereka tidak mempunyai khidmat berbual terus secara dalam talian atau nombor telefon yang boleh di hubungi.

JAC Vapour at The List Party.

JAC Vapour mempunyai bahagian untuk membantu pelanggan dalam memilih pek permulaan yang sesuai yang memenuhi kehendak mereka. Di tambah dengan itu, mereka juga mempunyai video tutorial dan blog yang membenarkan pelanggan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembelian mereka.

Pek Permulaan JAC-Vapour

Terdapat lima kepelbagaian jenis pek permulaan untuk di pilih, memenuhi semua keperluan untuk semua jenis perokok. Pek permulaan yang paling kecil adalah Siri-E. Di dalam Siri-E juga terdapat dua jenis pek; Pek permulaan asas Siri-E, Pek permulaan Protank dan Aero Tank Versi Kedua. Pek permulaan asas disediakan dengan bateri 1000mAh, pengecas USB, cecincin penyimpan dan bekas yang berkualiti. Apabila membeli pek permulaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk memasukkan bateri tambahan dalam pesanan.

JAC Vapour Basic Kit

Pro Tank adalah sama dengan pek permulaan asas, walau bagaimanapun pek ini termasuk Pro Tank 3 dan dua gegelung. Sehubungan dengan itu, pek permulaan Siri-E yang terbesar ialah Aero Tank Versi ke-2. Pek ini mempunyai semua yang terdapat di dalam dua kit yang lain tetapi dengan Aero Tank yang lebih baik. Jika anda tertanya apakah perbezaan antara Aero Tank V2 dan Pro Tank 3, secara asasnya Aero Tank adalah lebih baru, aliran udara yang lebih baik. Ianya boleh di selaraskan dengan butang kawalan, dan juga penghasilan aliran udara yang lebih besar.

Jika lebih memerlukan rokok elektronik yang lebih bersaiz kecil dan padat, tidak perlu lihat lebih jauh. Pek permulaan Siri V3i adalah sesuai untuk perokok yang ingin untuk berpindah daripada rokok tembakau biasa kepada rokok elektronik. JAC mereka peranti ini untuk perokok yang gemarkan benda yang mudah dalam kehidupan. Ianya mudah untuk di pasang dan diselenggara dan terdapat banyak pek permulaan yang boleh di dapati dalam julat V3i:
Pek yang paling kecil dalam produk V3i ialah pek asas V3i, direka untuk perokok peringkat pertengahan dan hingga perokok tegar. Dua biji bateri boleh di temui di dalam pek, menawarkan fleksibiliti dan lebih masa merokok apabila anda dalam perjalanan. Pek juga termasuk lima cartomizer yang terdapat dalam pelbagai pilihan perisa dan kekuatan dan juga hujung berwarna V3i tambahan. Pek social adalah sama seperti pek asas tetapi hanya termasuk 1 biji bateri.

JAC Vapour Battery

Pek PCC V1P adalah sebahagian daripada julat V3i. Terdapat empat jenis pek V1P untuk di pilih dan setiap satu adalah berbeza bergantung kepada peranti yang di sertakan di dalam pek. Pertamnya, kesemuanya mempamerkan bekas pengecas mudah alih (PCC), terdapat dalam warna kemasan putih, kemasan hitam dan graphite. Pek ini juga di datangkan dengan lima cartomizer, terdapat di dalam empat perisa, lima tahap kekuatan yang berbeza dan sama ada berwarna hitam atau putih. Pelanggan juga boleh memilih warna bateri. Ianya terdapat dalam warna hitam, putih dan keluli tahan karat.

Perbezaan diantara setiap pek daripada V1P adalah terutamanya bergantung kepada bilangan bateri yang dimuatkan di dalam pek dan kecanggihan PCC tersebut. Contohnya Pek V1P+PCC dengan kapasiti 2300 mAh dengan masa mengecas lebih kurang 6 jam. Di sebalik itu, PCC dengan Pek V1P standard mempunyai kapasiti 1200 mAh dengan masa mengecas lebih kurang empat ke 5 jam. Walaupun kapasiti beka PCC kelihatan seperti perkara kecil, ianya berbaloi untuk mengambilkira pek yang lebih canggih.

Beralih kepada pek PCC, V3i juga menawarkan julat tangki. Terdapat dua jenis pek di dalam julat tangki, Pek Asas V3i Tank dan Pek Sosial V3i Tank. Julat ini di reka lebih kepada pengguna pertengahan dan tegar yang baru dalam penggunaan rook elektronik tetapi memerlukan kesan yang lebih kuat kepada kerongkong. Terima kasih kepada sistem tangki yang canggih, peroko boleh mengalami kesan ke atas kerongkong bersama dengan jumlah asap yang banyak. JAC mengekalkan bentuk sebenar V3i dengan mereka badan peranti dalam gaya yang esminima mungkin, membuatkannnya lebih selesa untuk di pegang dan lebih mudah alih. Pek ini juga termasuk botol 10ml cecair elektronik, dua biji bateri, terdapat dalam pelbagai warna dan saiz untuk di pilih, 3 tangki minidan pengecas USB serta palam utama. Saiz bateri yang boleh di perolehi adalah 55mm, 65mm atau 78mm dan terdapat dalam warna hitam, putih dan keluli tahan karat. Disamping itu juga, pek ini direka khas dengan hujung berwarna yang menukar warnanya menggunakan nyalaan LED.

JAC Vapour Battery

Tangki Pek Sosial V3i adalah sama dengan pek yang asas, walau bagaimanapun pelanggan boleh memilih antara bateri manual dan automatik.

Pek Permulaan manual JAC 510 dapat dibezakan dengan melihat pada saiz bateri. Pelanggan boleh memilih sama ada 400mAh, 650mAh da 900mAh saiz bateri. Tambahan lagi setiap pek mengandungi tangki Evod 2 1.50 hm dengan kemampuan untuk menyimpan 2ml jus elektronik. Terdapat juga dwigelung, pengecas USB dan bekas diperbuat dari kulit sintetik.

Sama dengan Pek Permulaan Manual JAC 510 adalah Pek Permulaan Twist, dengan produk yang sama dan perincian yang boleh dilihat pada manual tetapi dengan bateri pelbagai voltan.

Pro VGO2 adalah salah satu pek premium paling laris JAC. Pek ini boleh dibeli sama ada dengan 400mAh atau 650mAh bateri pelbagai voltan. Tangki keluli Nova windowed menampung 2ml cecair elektronik dan boleh digunakan sehingga 10 kali sebelum ianya perlu diganti. Pek juga didatangkan dengan bekas mudah alih dan kabel USB.

Harga-Harga Rokok Elektronik JAC Vapor

Apabila dilihat pada kos produk, ianya boleh dikatakan berbaloi dengan duit yang digunakan. Pek permulaan yang terkecil adalah berharga dalam lingkungan £39.99 dan £46.78, yang mana tidak begitu untuk apa yang akan diperolehi. Apabila kita melihat pada julat yang lebih maju, ianya menjadi lebih mahal. Walau bagaimanapun mereka yang profesioanl akan setuju bahawa ianya berbaloi dimiliki disebabkan kualiti pembuatan produk.

Merujuk kepada cecair elektronik, botol 10ml cecair elektronik standard berharga £4.35 tetapi jika anda membeli lima atau lebih, anda dapat menjimatkan £1 setiap botol, oleh itu dicadangkan untuk membeli secara pukal. Botol buatan UK dan cecair elektronik kurang asap berharga lebih tinggi sedikit pada £5.19 setiap botol 10ml. Disimpulkan bahawa, JAC menawarkan tawaran yang sangat baik atas kedua-dua alat vape dan juga jus elektronik.

Bermula Dengan Jenama JAC Vapour

Penghargaan

Sepertimana syarikat rokok elektronik yang lain, JAC Vapour menawarkan sistem ganjaran kepada pelanggan mereka. Dengan mendaftarkan akaun, pelanggan akan di beri ganjaran Gold Points daripada pembelian produk, suka dan berkongsi di dalam Facebook dan Twitter atau hanya dengan meninggalkan pandangan di laman sesawang mereka. Setiap Gold Point adalah bernilai 1% daripada pembelian, walau bagaimanapun mereka akan menukarnya dari bulan ke bulan bergantung pada promosi. Pelanggan boleh menebus mata ganjaran mereka apabila mereka membeli dan pergi ke bahagian pemeriksaan keluar. Ambil perhatian bahawa mata ganjaran tersebut akan luput dalam masa 90 hari.

JAC Vapour Colours.adj

Produk-Produk Lain Untuk Pengguna Berpengalaman

JAC baru-baru ini telah mengeluarkan julat yang lebih maju dengan bahagian yang dikhaskan hanya untuk peminat dunia rokok elektronik.
Mereka menjual empat pek permulaan yang berbeza, kesemuanya dengan fungsi yang berbeza. Kotak mod pelbagai watt dikenali sebagai SMOK XPRO dan berharga di antara £49.99 dan £116.95. Ianya sangat bagus bagi perokok yang gemar pilihan kuasa dan ianya boleh berfungsi dengan julat tangki 510. Sangat sesuai untuk perokok elektronik DIY. Ianya juga mempunyai kebolehan untuk beroperasi pada 65w.

SMOK Magneto 3 Telescopic Mechanical MODakan berharga antara £39.99 dan £106.95. Peranti ini adalah serasi dengan bateri IMR 18350, 18500, dan 18650. Peranti ini juga boleh berfungsi dengan hanya mana-mana tangki 22 mm dan kelihatan dan terasa kukuh di genggaman tangan. Ianya adalah rekabentuk yang sangat bergaya yang terdapat dalam keluli tahan karat. Sepertimana yang anda lihat pada nama, rekaan tidaklah seperti sebuah teleskop.
SMOK Prospect menyerupai paip rokok tetapi dengan rekabentuk masa depan dengan warna hitam matte. Saiznya sempurna untuk berada di dalam tangan. Produk ini berharga antara £39.99 dan £101.95.

Sama seperti XPRO, Pek permulaan SMOK Guardian 2 juga adalah termasuk didalam alat VW. Pek permulaan ini berhaga di antara £69.99 dan £131.95. Rekabentuk alat ini adalah sama seperti model Prospect yang mana menyerupai paip rokok tradisional, walau bagaimanapun dengan kemasan seakan kayu, ianya kelihatan lebih seperti paip rokok sebenar.

Bateri tercanggih iaitu High Drain IMR juga terdapat di dalam empat model yang berbeza, kapasiti yang paling kecil adalah 750 mAh. Model IMR 18650 adalah bateri yang khasnya layak disebut. Bateri ini berfungsi mampu memuaskan hingga perokok yang paling berpengalaman sekali, dengan kemampuan untuk membenarkan perokok biasa untuk meneruskan merokok pada hari kedua tanpa perlu untuk dicas semula.

Merujuk kepada setiap bateri model, model 18350 yang kecil paling baik digunakan dengan mod gaya paip, sementara sel 26650 yang lebih besar hanya diperlukan untuk peranti yang lebih besar.

Tangki SUB-OHM adalah rekaan berkualiti dan sesuai untuk sebarang peranti yang lebih maju. SMOK VCT adalah 22mm sub-ohm yang mana bekerja dengan bilangan gegelung yang berbeza termasuklah gegelung A1 (dengan pelaras cecair elektronik berubah-ubah) dan X2 dengan dwi, sumbu kapas organic). Tambahan lagi mereka juga mempunyai mini Kanger Subtank, juga 22mm dan Nano, yang mana lebih kecil pada 18.5mm. Tangki sub-ohm ini direka dengan cermat untuk menghasilkan haba yang mencukupi, meningkatkan penghasilan asap dan melepaskan kesan yang lebih kuat pada tekak. Tangki ini bukanlah untuk mereka yang tidak berpengalaman.

JAC Vapour coloured_crystal_tank_mouth_tips

Faedah

JAC adalah jenama yang inovatif. Mereka adalah selangkah didepan dalam industri ini mengenai pembuatan dan penghasilan produk yang berkualiti. Ini adalah ketara yang bukan hanya pada cecair elektronik mereka (cecair elektronik tidak berasap adalah sangat jarang), tetapi juga didalam rangkaian produk yang lebih maju dan canggih. JAC sememangnya membawa produk mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi dan pada harga berpatutan yang mereka tetapkan, ianya tidak akan merugikan anda.

Keseluruhannya

Kesimpulannya, JAC Vapor sememangnya jenama rokok elektronik yang perlu dipertimbangkan untuk dimiliki. Sama ada anda adalah perokok elektronik yang baru atau peminat tetap, JAC mempunyai segalanya yang mungkin anda ingin cari. Tambahan lagi mereka sangat menitikberatkan tentang kualiti pembuatan, oleh itu tanpa keraguan lagi bahawa pelanggan tidak akan kecewa dengan jenama ini. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian tentang JAC adalah bahagian khidmat pelanggan. Walaupun mereka sukar sedikit untuk dihubungi, tetapi pekerjanya sangat ramah dan bersifat membantu.

Bermula Dengan Jenama JAC Vapour