Ulasan South Beach Smoke

South Beach Smoke E-Cigs & E-Liquids
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
92

Kelebihan dan Kekurangan Jenama South Beach Smoke

Kelebihan
  • Produk-produk Yang Bergaya
  • Waranti Yang Meluas
  • Peralatan yang Pelbagai Pilihan
  • Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang
Kekurangan
  • Pengeluaran wap sangat memuaskan tetapi bukan yang terbaik didalam pasaran

Click To Save 10% With South Beach Smoke

Pandangan Pertama

Berdasarkan tanggapan pertama, South beach Smoke telah menghasilkan sesuatu yang menarik dan strategi yang baik di pasaran, terutamanya dengan penampilan dari segi jenama dan estetika produk tersebut. Ia merupakan keseronokkan secara menyeluruh yang boleh dinikmati oleh anda jika anda mempunyai produk South Beach Smoke. Namun begitu, jenama ini semakin meningkat naik setelah syarikat ini menghasilkan produk yang lebih ringkas dan mesra pengguna, dan memberikan pengguna untuk merokok tanpa stress semasa memasangnya. Jenama ini juga mementingkan kualiti semasa mengilangkan produk dan ia jelas kelihatan di peralatan tersebut.

South Beach Smoke New Vaporiser

Penghasilan Wap Jenama South Beach

Apa yang dapat dilihat dengan ketara ialah peralatan South Beach Smoke tidak memerlukan sebarang penyedutan primer untuk pemanasan dan mengeluarkan wap. Dengan tarikan nafas yang pertama, pengguna sudah boleh menikmati rasa merokok dengan segera.Ia juga sama didalam peralatan yang amat kecil yang dijual: The Deluxe. Setiap tarikan nafas atau sedutan, anda boleh merasa perisa-perisa yang kaya dan jumlah wap yang tidak keterlaluan. Ia bukanlah satu-satunya yang ada, tetapi jenama ini merupakan salah satu rokok elektronik menyerupai rokok biasa yang terbaik dipasaran dan mempunyai wap yang mencukupi untuk memberi kesan pada rokok. Oleh kerana ia memerlukan kartrij pra-isian, alat ini hampir sempurna secara keseluruhanya.
South Beach Smoke Pro Veporizer
Jangan mengharapkan jumlah wap yang besar pengeluaran vape dari The Air. Kapasiti tangki 1ml digabungkan dengan bateri 350mAh yang kecil tidak akan mengeluarkan sejumlah besar wap, ataupun kesan yang begitu kuat pada tekak. Oleh yang demikian, pengeluaran vape sudah cukup memberikan keperluan perokok secara asas.
South Beach E Liquid Vaporizor
Apabila bercerita mengenai kesan di tekak dan pengeluaran vape, The Thunder sememangnya tahu bagaimana untuk memberikan yang terbaik. Ia merupakan vaporizer yang terbaik pada jenama South beach Smoke dan ia akan memberikan anda pengalaman yang berkesan. Jika pengguna tersebut tidak mahu kesan yang kuat pada tekak, mereka boleh menggunakan The Curve. Alat ini mengeluarkan sejumlah mist dan boleh dirasai pada tekak, tetapi tidak begitu kuat seperti The Thunder.
South Beach Smoke  Accessories

Aksesori South Beach Smoke

Jenama South Beach Smoke mempunyai beberapa item yang boleh ditukar pada rokok elektronik, termasuk bateri untuk semua peralatan dan mempunyai pilihan saiz samada bateri automatic atau versi yang menggunakan butang.Tambahan pula, terdapat beberapa tanki dan pengecas yang boleh diganti. Bekas simpanan alat mengecas mudah alih, sesuai untuk rokok elektronik deluxe dan ia mempunyai slot untuk menyimpan bateri ekstra dan cartomizer. Skrin paparan jenis LED akan memberitahu pengguna mengenai bekalan kuasa bateri yang masih ada dan bekas tersebut dapat mengecas bateri 1000mAh sehingga 4 kali. Oleh itu, pengguna boleh membeli tali penyangkut dan power cig dengan kabel 7.3kaki, oleh itu anda boleh merokok sepuas hati.

Perisa-Perisa South Beach

Pilihan Perisa pada e-liquid dan cartomizer adalah tidak terhad.Anda juga boleh mencampur sendiri perisa-perisa kegemaran, tetapi perisa yang sudah disedia dipasaran sudah begitu banyak untuk anda pilih, dan setiap pengguna pasti menemui perisa kesukaan mereka. E-Liquid dijual dalam 30ml dan kekuatan nikotin berbeza dari 0mg sehingga berkepekatan 24mg. Pengguna boleh memilih kekuatan perisa didalam sebotol e-liquid mereka.
South Beach Smoke  E-liquid Flavors
Dengan campuran sendiri e-liquid, pengguna boleh memilih sebanyak perisa yang mereka mahukan dan seberapa kuat untuk setiap perisa yang akan digunakan. Pilih sehingga tiga perisa berbeza dan tiga ‘shots’ jenis perisa untuk setiap botol 30ml.

Tembakau klasik seperti yang dikatakan, ia mempunyai perisa tradisional dan asas: sangat ideal untuk penggemar tembakau diseluruh dunia. Untuk perisa buah-buahan, e-liquid perisa pic amat digalakkan. Rasannya kuat dan seperti pic sebenar tanpa rasa yang terlalu manis yang berlebihan. Kesan pada tekak adalah lembut dan selesa.

Kartrij berperisa yang diberikan juga menyeronokkan. Sekali lagi, South Beach Smoke menghasilkan pelbagai perisa. Cubalah perisa seperti ‘grape hookah’ (paling digemari dari South Beach Smoke), ‘cherry’, ‘chocolate’ dan ‘Franks Lemon’ dan ‘Lime’. South Beach Smoke menghasilkan katrij berperisa yang pelbagai jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang turut mengeluarkan kartrij.

Klik Untuk Penjimatan 10% Dengan South Beach Smoke

Prestasi Bateri Dan Pengecasan

Dengan bateri standard Deluxe, laman web ini mengatakan setiap cas penuh boleh memberi sehingga 300-400 sedutan. Ia bersamaan dengan separuh hari untuk menggunakan rokok elektronik untuk perokok biasa. Bateri berkapasiti tinggi boleh digunakan sepanjang hari sehingga 500-600 sedutan. Untuk memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kehabisan bateri, anda boleh menggunakan portable charger case atau alat pengecas mudah alihdengan beberapa bateri tambahan. Tip kristal yang bertukar menjadi merah ialah rekaan khas untuk peminat South Beach Smoke. Tip tersebut memberikan isyarat mengenai bateri sekiranya hampir kehabisan kuasa. Bateri yang berupa rokok biasa itu juga mempunyai pilihan butang-pengaktifan: yang merupakan elemen yang jarang dijumpai pada rokok bersaiz kecil. Selain itu, bateri yang baru boleh mencapai kapasiti 4.2v( jumlah yang biasa ialah sekitar kapasiti 3.7v), memberikan masa untuk merokok lebih lama dan penghasilan wap yang lebih kuat.
South Beach Smoke Batteries
Bateri standard 650mAh pada model The Curve boleh bertahan sepanjang hari untuk penggunaan rokok, dan perokok tegar boleh menggunakannya sehingga 12 jam secara berterusan sebelum bateri perlu dicas semula.

Bateri pelbagai voltan yang digunakan didalam model The Thunder juga mempunyai butang-kawalan. Pengguna boleh mengubah voltan dari 3.7v kepada 4.2v, sehingga 4.8v. Butang yang menyala dengan beberapa warna berlainan menunjukkan jumlah voltan yang sedang digunakan. Ini ialah ciri yang hebat, walaubagaimanapun, pendail mungkin lebih digunakan oleh perokok elektronik kerana ia lebih tepat dalam kawalan pengeluaran wap dan tidah terhad kepada tiga jenis tahap sahaja.
South Beach Smoke  Power Cig
Kit The Air mempunyai bateri berkapasiti 350mAh. Mungkin tidak begitu menyerlah tetapi anda perlu lihat saiz yang diberikan. Perokok boleh merokok sehingga 4 jam berterusan, mungkin tidak begitu kuat jika dibandingkan dengan pen-wap South Beach Smoke yang lain yang mempunyai kuasa bateri yang lebih baik dan penghasilan vape yang lebih baik. The Air tidak direka untuk digunakan dengan lama tetapi ia direka untuk saiz yang memuaskan dan sambungan bahagian yang senang untuk digunakan. Ia merupakan peralatan yang mudah untuk dikendalikan terutamanya kepada pelanggan yang mahu beralih daripada rokok elektronik biasa kepada pen-wap.

Klik Untuk Penjimatan 10% Dengan South Beach Smoke

Pilihan

Apabila menyentuh mengenai pilihan produk yang ditawarkan oleh South Beach Smoke, perkara pertama yang diakui ialah pilihan kartrij pra-isian yang mereka ada untuk peralatan Deluxe. Variasi perisa amat jarang didapati pada kartrij pra-isian. South Beach Smoke mempunyai pilihan yang sangat banyak dipasaran, yang amat mendorong pengguna baru untuk bertukar kepada rokok elektronik berupa rokok biasa yang jenama ini tawarkan. Selain mempunyai e-liquid yang mempunyai pilihan yang amat memberangsangkan, pengguna turut boleh memilih tahap nikotin untuk sebotol perisa, dan mereka turut boleh memilih kekuatan perisa yang dikehendaki. Ini juga salah satu aspek dari South Beach Smoke yang jarang dijumpai dimana-mana syarikat rokok elektronik lain.

South Beach Smoke  Products

Pembungkusan dan Rekaan

Rekaan dan logo jenama South Beach Smoke melebihi mana-mana jangkaan yang boleh dilakukan oleh mana-mana gaya rokok elektronik. Selain rekaan yang moden, futuristik dan berlatarbelakangkan hitam atau kelabu, South Beach Smoke memilih untuk menggayakan produk mereka mengikut tempat asal Bandar Miami, Florida. Dengan mengikut font Art-deco 1920-an, South Beach Smoke diakui mempunyai rekaan yang menonjol pada masa kini.
South Beach Smoke E-Cigarette Pack
Dengan merujuk kepada rekaan peralatan tersebut, rokok elektronik yang menyerupai rokok biasa ini kelihatan seperti rokok tembakau dengan cartomizer berwarna kuning dan bateri berwarna putih, Dengan bateri yang standard, alat ini bersaiz seperti rokok biasa, dengan bateri berkapasiti tinggi memanjangkan lagi penggunaan alat ini seperti rokok tembakau yang bersaiz king.
South Beach Smoke E-Cig Kit
Vaporizer model The Curve mendapat nama mereka untuk bentuk alat selepas semua bahagian disambungkan. Bentuknya yang melengkung ialah sesuatu yang asli untuk pen-wap: ukiran dan bentuk alat ini tidak selalu dijumpai dipasaran. Alat ini elegan dan penuh kelembutan, tidak mempunyai sebarang bahagian yang kembung dan ia selaras dengan rekaan standard pen-wap.

Model The Storm mempunyai struktur yang besar dan berbentuk empat segi. Walaubagaimanapun bentuk ini hanya luaran dan peralatannya masih lagi berbentuk kecil seperti peralatan pada mulut yang kalis karat. Kedua-dua model Curve dan The Storm boleh dibeli dengan tujuh jenis warna berbeza, tetapi apa yang lebih menarik dan asli mengenainya ialah pelanggan boleh memilih warna yang berbeza untuk bateri dan tangki.

Penghantaran South Beach Smoke

Semua pemesanan yang berjaya akan dihantar mengikut hari yang seterusnya. Bungkusan ini mengambil masa 5 hingga 7 hari untuk pesanan domestik. Dengan penghantaran ekspress yang dipilih, bungkusan boleh diterima dengan lebih cepat. South Beach Smoke juga membuat penghantaran antarabangsa. Bergantung kepada jenis negara, penghantaran mengambil masa dari 7 hingga 30 hari untuk dihantar di seluruh dunia. Setelah pesanan dibuat, South Beach Smoke akan menghantar emel pengesahan dengan tatapan status pesanan mereka, oleh itu pembeli boleh menjejak pesanan mereka.

South Beach Smoke E-juice Product

Waranti Rokok Elektronik South Beach

Terima kasih kepada South Beach Smoke yang mempunyai waranti penggantian seumur hidup, keahlian Program Penghantaran Ke Rumah dapat menggantikan produk yang didapati rosak apabila diterima. Ia boleh digunapakai kepada semua barangan termasuk Air vaporizer dan semua Air accessories.

Untuk mereka yang tidak mengetahui Program Penghantaran Ke Rumah, ini merupakan keahlian eksklusif dari kelab South Beach Smoke. Sesiapa yang menjadi pelanggan South beach Smoke boleh mendaftar untuk menjadi ahli dan layak menerima diskaun sebanyak 20% untuk mengisi semula kartrij, 10% diskaun untuk e-liquid dan waranti seumur hidup yang diberikan. Tambahan pula, ahli boleh memastikan setiap bulan mereka akan memperolehi bekalan kartrij atau e-liquid dihantar ke rumah mereka: dan sebab itu dinamakan “Program Penghantaran Ke Rumah.”.

South Beach Smoke menawarkan jaminan pengembalian wang dalam 30 hari kepada semua produk tetapi tidak termasuk kartrij. Jika produk tersebut tidak mengikut kehendak atau jangkaan pembeli, mereka layak memohon wang dipulangkan dalam 30 hari selepas pembelian.

Perkhidmatan Pelanggan

Jika terdapat soalan dan pertanyaan mengenai produk jenama South Beach Smoke, atau ada pelanggan yang ingin membuat aduan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi bahagian perhubungan pelanggan yang mesra. Mereka boleh dihubungi melalui taliaan bebas tol (terbuka pada Isnin hingga Jumaat, 8am hingga 10pm EST), atau melalui emel dimana-mana bahagian. Pelanggan boleh mendapatkan emel didalam laman web South Beach Smoke. Terdapat juga bahagian FAQ didalam laman web untuk pertanyaan yang umum. Namun begitu, South Beach Smoke tidak mempunyai pilihan pertanyaan secara online/ dalam talian.

Laman web South Beach Smoke turut menyediakan kalkulator penjimatan. Kemudahan ini boleh memberitahu pembeli baru berapakah penjimatan yang mereka boleh perolehi sekiranya mereka berhenti menggunakan rokok tembakau dan beralih kepada rokok elektronik South Beach Smoke.

South Beach Smoke  E Cigs Kit

Klik Untuk Penjimatan 10% Dengan South Beach Smoke

Kit Permulaan South Beach Smoke

Kit permulaan South beach Smoke model Deluxe mempunyai 5 kit yang berbeza yang mengandungi peralatan menyerupai rokok biasa yang klasik. Perbezaan setiap kit bergantung kepada jenis aksesori yang disertakan.Kit yang paling kecil ialah Reusable Express.Dengan mempunyai bateri standard, 2 kartrij bernikotin 16mg dan sebuah alat pengecas USB, ini bukanlah pembelian yang remeh. Pembeli boleh memilih antara kartrij berperisa tembakau atau menthol.
Beralih kepada huraian kit permulaan, model Deluxe ialah pilihan yang baik untuk perokok elektronik yang masih baru. Dengan menggunakan kit permulaan ini, pembeli boleh memperolehi dua bateri: bateri standard dan bateri berkapasiti tinggi. Kit ini juga mengandungi 10 buah kartrij pakai buang yang mempunyai 16 perisa berlainan. Semua kit permulaan mempunyai alat pengecas USB dan adapter didinding.

Kit permulaan model Deluxe Plus merupakan kit yang mempunyai aksesori yang lebih banyak seperti bekas penyimpan yang kecil dan bergaya dan mudah dimasukkan kedalam poket atau beg tangan. Pek tersebut juga mempunyai power cig. Peralatan ini agak jarang didapati, dan asasnya power cig merupakan alat yang berupa seperti rokok biasa dengan kabel sepanjang 7.3kaki dipasangkan dihujungnya. Dengan power cig, pengguna boleh menggunakan rokok elektronik dirumah atau dipejabat untuk menjimatkan bateri apabila mereka jauh dari mana-mana punca kuasa. Kit model Deluxe Plus ialah kit yang paling popular bagi jenama South Beach Smoke.

Kit permulaan semakin berkembang dengan kit model Delux Ultimate. Disini, pengguna ditawarkan dengan lebih banyak aksesori, termasuk bateri berkapasiti tinggi yang ekstra, bekas penyimpanan alat pengecas mudah alih, adapter kereta, tali penyangkut dan 20 buah kartrij pakai buang mengikut pilihan perisa dari pelanggan sendiri.

Jika anda dan pasangan ingin berhenti merokok bersama-sama, kit model Deluxe Couple mungkin mencetus idea untuk berhenti merokok bersama-sama. South Beach Smoke menggandakan jumlah kuantiti item didalam kit model Deluxe yang standard termasuk harga yang istimewa beserta diskaun untuk menarik perhatian pelanggan untuk beralih kepada rokok elektronik.

South Beach Smoke juga mengeluarkan beberapa pen-wap dalam bentuk kit permulaan untuk perokok yang lebih berpengalaman. Dengan kit permulaan yang mempunyai keluk, ia mempunyai 2.2ml tangki dan 650mAh bateri dalam satu pekej. E-liquid tidak temasuk didalam kit permulaan, tetapi pelanggan boleh memilih tujuh warna yang berbeza untuk bateri dan tangki. Campurkan dan padankan warna mengikut kesukaan anda untuk memberi personaliti kepada peralatan tersebut.

Beralih kepada kit permulaan yang lebih canggih untuk penggemar rokok elektronik, South beach Smoke telah melancarkan The Storm. Didalam kit permulaan ini, terdapat 2ml tangki dengan dua atomizer dan bateri 650mAh. Sekali lagi, pelanggan boleh memilih antara tujuh jenis warna untuk tangki dan bateri mereka. Jika pelanggan mahu membayar lebih, mereka boleh membeli bateri berkapasiti tinggi yang boleh didapati dengan ciri automatic atau versi pelbagai voltan.

Rokok elektronik yang bersaiz besar dan yang amat berkesan dijual ialah rokok elektronik model The Thunder, seperti ketua didalam peralatan South Beach Smoke. Kit permulaan mempunyai bateri 1300mAh bateri bersaiz VV, tangki 1.7ml dan atomizer yang turut disertakan dengan lima atomizer tambahan. Anda boleh memilih diantara warna hitam dan warna perak yang kalis karat.

South Beach Smoke Carry Case

Harga-Harga South Beach Smoke

Produk yang paling berbaloi di jenama South beach Smoke ialah kit permulaan model Deluxe Plus. Produk ini merupakan yang paling popular dan kita boleh tahu sebabnya. Dengan berharga $89.99 satu, kit permulaan ini mencuri pandangan. Harga secara umum untuk kit permulaan ini adalah ditengah-tengah kadar harga untuk semua jenama pesaing yang lain. E-liquid berharga $14.99 untuk botol 30ml. Terdapat e-liquid yang lain yang lebih murah dengan rasa yang lebih baik. Membandingkan perisa e-liquid ini dengan yang lain, ia bukanlah yang terbaik dipasaran, tetapi mereka mungkin yang yang lebih mahal setimpal dengan apa yang mereka tawarkan. Dengan waranti dan jaminan wang dikembalikan, pembeli mempunyai rasa yang selamat untuk membeli produk ini tanpa was-was.

Produk Yang Lain

Jika pelanggan tidak pasti apakah jenis perisa untuk dipilih, South Beach Smoke mempunyai Deluxe Flavor Bundle. Ia mempunyai enam peket perisa yang terbaru untuk kartrij berperisa. Ini merupakan peluang yang baik untuk mencuba perisa-perisa baru. Setiap peket mempunyai 5 kartrij dengan perisa termasuk: Double Apple Hookah, Grape Hookah, Frank’s Lemon Lime, Perisa Oren Mint, Perisa Tembakau Mint danPerisa Tembikai. Pembeli boleh memilih kekuatan setiap peket. Tahap nikotin boleh berbeza bermula dari 0mg, ultra light 6mg, light 12mg, full flavored 16mg and bold 24mg.

Tidak mempunyai idea untuk hadiah harijadi? Kenapa tidak memberi kawan rapat anda atau orang tersayang kad hadiah South Beach Smoke. Anda boleh memilih harga kad hadiah tersebut ($10, $25, $50, $100, $250) dan baucar boleh diberikan kepada emel penerima dengan segera. Ia boleh ditebus dan ditukar kepada bentuk wang di laman web South Beach Smoke.

South Beach Smoke Electronic Cigarettes

Penghargaan

Program Penghargaan SOBE bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai pengguna tetap untuk terus membeli produk South Beach Smoke. Setiap $1 yang dibelanjakan, syarikat ini memberikan poin SOBE. Setelah poin telah dikumpul sebanyak 200 poin, pelanggan boleh menebus $20 untuk produk-produk South Beach Smoke. Terdapat banyak cara untuk memperolehi poin SOBE: pembelian produk, melanggan Program Penghantaran Rumah, memberikan ulasan atau menyukai dan mengongsikan produkini didalam media social seperti Facebook dan Twitter. Anda turut boleh memenangi poin jika menyambut hari jadi anda.

Kebaikan

Peralatan Deluxe yang menyerupai rokok merupakan salah satu yang terbaik dipasaran jika dibandingkan dengan barangan yang lain. Ia boleh berfungsi dengan kartrij pra-isian, pilihan yang diberikan agak mengagumkan. Kartrij pra isian ini unik kerana kebanyakan syarikat memberikan beberapa perisa untuk dicuba. Pelanggan boleh memilih sendiri daripada manual, bateri yang beroperasi dengan kawalan punat/butang atau automatik biasa. Rokok elektronik ini mempunyai bateri manual yang jarang ditemui oleh itu ianya berbaloi untuk digunakan. Selain itu, South Beach Smoke mempunyai waranti seumur hidup untuk melalui keahlian program Penghantaran Ke Rumah dan jaminan wang dikembalikan 30 hari. Dengan kesemua jaminan ini, pelanggan sudah pasti merasa kebaikan dalam pembelian produk South Beach Smoke.

South Beach Smoke E-liquid Vaporizers

Keseluruhan

South Beach Smoke mementingkan penampilan dan pasaran yang meluas, jenama ini sudah mempertimbangkan aspek kualiti didalam pengilangan dan pengeluaran produk mereka. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, seperti jumlah wap yang dihasilkan (tidak begitu teruk, tetapi jenama ini masih boleh buat yang lebih baik) dan mereka perlu meningkatkan kualiti e-liquid mereka, secara keseluruhan, South Beach Smoke masih diantara syarikat premium yang mempunyai produk berkualiti tinggi.

Klik Untuk Penjimatan 10% Dengan South Beach Smoke