Ulasan V2Cigs

V2 Cigs
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
90

Bermuladengan V2 Cigs

Jika anda melihat diri anda sebagai seorang yang sedang mencari cara untuk berubah kepada tabiat perokok yang baru atau ingin merokok menggunakan rokok elektronik, V2 Cigs mempunyai banyak pilihan rokok elektronik yang boleh dipilih. Terdapat banyak laman web yang berbeza yang akan memberitahu anda pilihan utama mereka adalah dari jenama V2Cigs.

Syarikat V2Cigs telah melakukan dengan baik dalam memperkenalkan jenama mereka kepada masyarakat umum dan mengekalkan imej yang baik. Dan apabila anda berfikir mengenai semua syarikat rokok elektronik yang lain di luar sana, anda akan menyedari bahawa ini bukanlah suatu pencapaian yang kecil.
Walau bagaimanapun adakah semua kenyataan positif yang telah diberikan kepada V2Cigs layak diterima? Apakah yang anda lakukan jika anda tidak mempunyai bajet yang banyak untuk di belanjakan ke atas tabiat yang baru tetapi ingin untuk mencari rokok elektronik yang berkualiti yang membolehkan anda untuk meneruskan tabiat merokok yang lebih sihat?

V2Cigs E-Cigaretes Starter

Pandangan Pertama

Kembali padatahun 2009, V2Cigs diasaskan; Florida menjadi tempat lahir yang bersejarah untuk syarikat ini. Semenjak V2 Cigs di asaskan pada tahun 2009, mereka merupakan syarikat pertama yang memulakan untuk membangunkan rokok elektronik sebelum ianya menjadi gaya ikutan yang sangat besar di Amerika Syarikat.

V2Cigs dengan bangganya menjadi sebuah syarikat yang di asaskan di Amerika dan sebuah syarikat Amerika yang berjaya; V2Cigs juga berbangga mengenai status mereka apabila di lihat pada hasil penjualan dan reputasi mereka. Bergerak beberapa tahun ke depan kemudian dan kini pada tahun 2015. Ketika ini V2Cigs menjual rokok elektronik mereka keseluruh negara dan dunia. V2Cigs adalah salah satu pengedar teratas di dunia dan mereka sangat berbangga dengan kenyataan tersebut dan sangat berterimakasih untuk semua pelanggan mereka yang telah membantu mereka sehingga ke tahap ini.

Walau bagaimanapun dengan kedua-dua cara, anda akan dapat memilih tempoh masa dan warna bateri yang anda ingini. Sama ada anda inginkan Kit Standard atau Kit Ultimate, anda akan menemui segala yang anda perlukan untuk memulakan pengalaman menggunakan vape baru anda.

Pengeluaran Wap Produk V2Cigs

Terdapat ramai pelanggan yang berpuashati yang mana telah menyatakan pengalaman mereka semasa menggunakan V2 Cigs telah dibandingkan dengan merokok dengan rokok kertas yang sebenar. Pelanggan tersebut telah menyatakan perkara lain yang baik semasa menggunakan rokok elektronik daripada V2 Cigs adalah produk mereka mempunyai pemberat padanya dan menghasilkan wap yang luarbiasa.

Pelanggan telah bercakap mengenai wap yang dihasilkan oleh rokok elektronik yang dikeluarkan oleh V2Cigs; wap yang sangat pekat, dengan rasa kepuasan dan kesan pada tekak yang menakjubkan. Bateri manual menghasilkan wap yang lebih baik dibandingkan dengan menggunakan bateri automatik. Walau bagaimanapun kedua-dua bateri menghasilkan wap yang lembut dan licin yang tidakakan menyebabkan gangguan pada tekak pada satu tempoh masa.

Jika anda mencari dalam pertukaran daripada rokok kertas ke rokok elektronik dan anda risau dengan jumlah wap yang anda akan dapat daripada rokok elektronik, anda akan berpuas hati untuk mengetahui yang anda akan menerima rasa kepuasan apabila anda menggunakan V2Cigs. Satu kelemahan yang dapat di rasa ialah wap terasa sejuk, oleh itu kesan yang di rasai oleh tekak tidak akan sama. Walau bagaimanapun anda akan mendapat kabus yang cantik dan pekat yang akan memuaskan hati berkenaan semua perkara yang anda inginkan.

Jika anda adalah seorang pengguna rokok elektronik yang berpengalaman, dan sedang mencari untuk bertukar kepada jenama yang lebih murah, anda akan terkejut tentang bagaimana pekatnya wap yang di hasilkan oleh V2Cigs. Ramai pelanggan telah menyatakan bahawa mereka sangat-sangat berpuas hati dengan penghasilan wap oleh V2Cigs.

Seperkara lagi, V2Cigs tidak mengenakan kos yang lebih apabila membeli perisa pilihan mereka, yang mana mereka mempunyai sangat banyak pilihan untuk itu. V2Cigs mempunyai tiga campuran tembakau yang berbeza, iaitu Sahara, Congress dan Red. Mereka juga mempunyai tiga pilihan minty iaitu Peppermint, Mint Tea dan Menthol. Jika anda inginkan rasa gula yang banyak, V2Cigs menawarkan beberapa jenis perisa seperti Coklat, Ceri, Anggur, Kopi, Kayu Manis, Cola danVanila.

Jika anda adalah seorang daripada pelanggan yang mempunyai cadangan masa hadapan dan akan membuat banyak pembelian, anda akan di bolehkan untuk menyesuaikan sendiri pilihan anda jika anda meletakkan pesanan lebih daripada seratus katrij atau lebih. Jika anda memilih untuk membeli lebih daripada seratus rokok elektronik, apabila masanya telah tiba untuk anda menukar kartrij, anda boleh menggunakan kepelbagaian perisa katrij yang disediakan.
V2Cigs Personal Vaporizer Production
Camel-esque Sahara telah memenangi keatas campuran Red untuk imitasi jenama rokok popular. Ianya menekankan elemen ikonik perisa Camel, seperti sebuah imej yang mudah untuk anda kenali. Campuran tembakau yang lain iaitu Congress adalah perisa yang berpotensi untuk diminati– mengurangkan pilihan diantaranya dengan perisa Sahara. Menthol adalah kategori perisa mint yang paling kuat dalam kumpulannya tetapi Peppermint yang sejuk adalah salah satu katrij untuk digunakan bersama vape untuk memperolehi rasa yang lebih baik.

Apabila pelanggan mula untuk menyelidik lebih lanjut kedalam perisa yang lebih terasa seperti buah-buahan dan manis, ianya akan menjadi lebih menarik. Katrij Vanila dan Kopi adalah lebih terasa biasa bagi perisa rokok elektonik dan keduanya pasti akan lebih terasa seronok untuk digunakan pada vape; sesetengah pelanggan inginkan lebih kesan di sebalik perisa katrij Kopi.

Menggunakan vape dengan perisa cola adalah pengalaman yang ganjil dan walaupun anda mengenali rasa keseluruhannya yang lebih kepada rasa seperti botol cola bergetah yang anda jumpa di kedai gula-gula.. Dalam semua katrij ini, Ceri merupakan perisa yang tidak kurang seperti rasa ceri sebenar dan ianya merupakan pilihan perisa yang terbaik.
V2Cigs Batteries
Tambahan atas semua maklumat tersebut, V2Cigs kini menawarkan semua perisa di dalam bentuk cecair elektronik juga. Perkara ini adalah sangat positif untuk mana-mana individu yang menginginkan perisa V2Cigs untuk serasi bersama mod mereka atau eGo. Anda perlu membeli botol yang besar (50ml) jika anda inginkan jus 24ml, tetapi 18mg adalah lebih daripada sesuai untuk kebanyakkan perokok yang mahu menukar perisa dengan lebih cepat. Anda juga boleh menggunakan cecair elektronik ini dengan bateri V2Cigs anda dengan tambahan sedikit katrij atau cleromizers yang ada ditawarkan.

Keduanya memerlukan isian semula, tetapi clearomizers memberi segalanya seperti penampilan seperti eGo dan ini akan membolehkan anda menyukat dengan cepat berapakah cecair anda yang masih tinggal. Walau apapun cara yang inginkan untuk mula menggunakan vape, V2Cigs akan memberikan anda lebih banyak pilihan.

Start Vaping with V2 Cigs

Aksesori V2Cigs

V2Cigs menawarkan bilangan eksesori yang sangat dan pelbagai untuk produk rokok elektronik. Untuk bekas misalnya, jenama ini ada menawarkan bekas lembut, bekas pengecas mudah alih, pengecas mudah alih bersaiz XL, bekas mudah alih jenis keluli dan bekas mudah alih bersaiz XL.
Hanya satu perbezaan antara bekas biasa dan bekas yang bersaiz XL di mana bekas bersaiz XL sebenarnya adalah lebih besar, bekas ini boleh menyimpan bateri yang tahan lebih lama, pengecas tambahan, atau apa sahaja benda yang ingin anda bawa.

Bekas lembut sangat berguna jika anda hanya ingin membawa bekas anda di dalam poket anda apabila anda bergerak dan anda tidak mempunyai masalah dengan rokok elektronik anda jatuh atau berlanggar dengan objek lain. Jika anda ingin menyimpan rokok elektronik tambahan di pejabat atau di tempat yang lain, bekas lembut merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda menyimpan rokok dan bekalan anda.
Bekas keluli mudah alih adalah lebih baik jika anda bercadang menggunakan rokok elektronik anda untuk di bawa semasa anda melakukan kerja dan kerja tersebut memerlukan tenaga fizikal yang lebih. Bekas keluli mudah alih akan membantu untuk menyimpan rokok elektronik anda kekal terlindung, dan juga memastikan bekalan dan alatan anda yang lain sentiasa selamat dan di lindungi.
V2Cigs Electronic Cigarettes Case
Bekas pengecas mempunyai pengecas didalamnya yang akan membolehkan anda untuk mengecas bateri tambhaan ketika anda membawa rokok elektronik anda. Ini adalah idea yang baik jika anda sentiasa bergerak dan anda adalah perokok tegar; ini juga adalah baik jika anda adalah orang yang selalu lupa mengenai barang anda.

V2Cigs juga menawarkan pelbagai pengecas yang berlainan yang boleh anda beli dan perolehi. Anda mempunyai adapter dinding antarabangsa, pek pengecas dan adapter kereta untuk mengecas rokok elektronik anda. Dengan semua pilihan pengecas yang berlainan yang ditawarkan, anda tidak perlu bimbang lagi tentang bateri anda yang sentiasa kehabisan, tidak kira di mana anda berada di dunia ini.
V2Cigs E Cigarette Metal Carry Case
Jangan kita lupakan dua produk lain yang sangat hebat yang di tawarkan oleh V2Cigs; Power Cig dan Notebook Cig. Jika anda berada dalam bajet yang sangat ketat dan inginmenukar vape secepat mungkin, dua rokok ini adalah sesuatu yang mungkin anda ingin perolehi. Kedua-dua rokok ini menawarkan anda jumlah wap yang menakjubkan, tetapi tidak terdapat bateri yang sangat mahal didalamnya untuk memberi kuasa pada vape anda; kerana vape ini kedua-duanya dikuasakan oleh kabel USB.

V2-Cigs iPhone Case

Perisa-Perisa E-Liquid Jenama V2Cigs

V2Cigs mempunyai 22 perisa yang berbeza. Dibandingkan dengan syarikat yang lain, ianya sangat banyak, bukan? Satu perkara yang mana kebanyakkan pelanggan akan berfikir adalah perisa sebenar V2Cigs. Perisa yang paling popular adalah Vanila. Ianya sama rasa dengan Vanila sebenar, tidak seperti perisa murahan, tiruan yang anda perolehi dari sesetengah syarikat. V2Cigs menawarkan perisa lain sperti ceri, kopi, coklat, Sahara, Congress, V2 Red, Peppermint, Menthol dan Tea Mint. Kesemua perisa ini membuatkan pengguna kecur air liur dan rasanya sangat sedap.

V2 Cigs Flavor Cartridge Samples

Pengecasan Dan Bateri V2

Apabila anda membuat pesanan sebarang pek standard V2Cigs, anda akan menerima sekurang-kurangnya sebiji bateri, mungkin lebih. Maksudnya apabila anda membuat satu pesanan untuk pek ini, anda boleh memilih gaya bateri yang anda ingin gunakan. Perkara pertama yang anda ingin pilih adalah keperluan bateri yang pendek atau panjang.

Perkara seterusnya ialah anda dibolehkan memilih sama ada inginkan bateri automatic ataupun manual. Dari situ anda diperlukan untuk memilih warna bateri anda dan sama ada anda inginkan ianya panjang, pendek atau dalam variasi standard.

Terdapat sesetengah individu yang telah menyatakan bahawa mereka telah menemui bahawa bateri panjang mampu bertahan untuk masa yang lebih lama jika di bandingkan dengan bateri yang pendek atau standard. Walau bagaimanapun satu masalahnya di sini ialah, bateri panjang tersebut terlalu panjang. Ianya terkeluar dan tidak kelihatan seperti bateri biasa.

Ramai orang mempunyai perkara yang positif untuk dikatakan mengenai kelajuan masa mengecas. Pengecas bateri V2Cigs mempunyai wayar yang panjang. Anda boleh mengecas apabila anda di dalam kereta, dikomputer riba anda, di rumah, di tempat kerja atau dengan pengecas universal mudah alih.

Ianya memerlukan lebih kurang dua jam untuk setiap bateri di cas sepenuhnya, walaupun ianya bergantung kepada usia bateri dan kemampuan bateri tersebut. Ramai orang telah membeli beberapa biji bateri untuk di jadikan tambahan jika satu daripada bateri telah kehabisan cas.

Start Vaping with V2 Cigs

Pilihan Rokok Elektronik V2Cigs

Untuk paras nikotin pula, pelanggan boleh memilihnya sendiri, V2Cigsmemberikan pelanggan kebebasan untuk memilih di antara lima peringkatnikotin yang berbeza. Peringkat yang berbeza itu adalah seperti berikut:

  • Zero – tiada nikotin
  • Light – 6mg nikotin
  • Medium – 12mg nikotin
  • Full – 18mg nikotin
  • Strong – 24mg nikotin

Untuk anda yang berminat untuk mengurangkan jumlah nikotin yang anda gunakan, pelbagai paras nikotin telah di tawarkan oleh V2 yang membolehkan anda secara perlahan membebaskan diri anda dari nikotintanpa berbelanja ribuan dolar untuk penawar yang tidak akan berkesan. Katrij yang berbeza yang ditawarkan oleh V2 kepada pelanggan mereka akan menarik minat daripada pelbagai peringkat pengguna sama ada anda seorang perokok tegar atau menyedari anda adalah bebas nikotin, V2 sentiasa mempunyai sesuatu yang sesuai untuk anda.

Rekabentuk Dan Pembungkusan Vapour2

Apabila anda menerima V2Cigs, anda akan menerima rokok elektronik anda di dalam kotak bermagnet dan boleh di buka di bahagian atasdalam saiz yang sesuai (tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil juga). Kesemua produk yang telah anda pesan dibungkus dengan kemas di dalam kotak ini dengan Styrofoam dan pembungkus berbuih; dengan ini anda tidak perlu bimbang tentang mana-mana barang anda rosak semasa proses penghantaran. Apabila anda menerima produk ini, ianya akan berada dalam keadaan terbaik yang mana anda tidak pernah lihat sebaik ini.

Satu lagi perkara yang positif ialah semua yang anda pesan telah disusun dengan baik di dalam kotak dan membuatkan semua barang tersebut mudah dikeluarkan dari kotak tanpa rasa risau ianya melekat atau tersekat dengan benda lain secara tidak sengaja dan seterusnya merosakkan salah satu barang yang anda pesan.

Satu perkara yang hebat apabila anda dan kawan anda akan mendapat manfaat semasamenggunakan V2Cigs ini ialah apabila anda membuat pesan sesuatu pek, V2Cigsakan memberi anda bungkusan dalam saiz yang sesuai iaitu kupon rokok elektronik yang mempunyai kod diskaun di atasnya. Apabila anda memberinya kepada kaawan anda dan mereka menggunakannya, mereka akan mendapat 15 peratus diskaun atas pesanan mereka. Ditambah lagi, setiap kali salah seorang kawan anda menggunakan satu daripada kod ini, anda akan menerima 15 dolar kredit dalam akaun anda yang mana akan dimasukkan kedalam pesanan anda yang seterusnya. Jika anda mengedarkan kesemua kad diskaun tersebut, anda akan berjimat dengan banyak.

Jika anda pernah dalam keadaan yang kelam-kabut dan memerlukan penggantian dengan segera, anda boleh menggunakan sebarang bahagian daripada jenama yang lain. V2Cigs tidak menggunakan model yang berlainan untuk membuat rokok elektronik mereka. Ini bermakna rokok elektronik mereka adalah sesuai dengan jenama yang lain, yang mana dapat membantu menjimatkan duit anda dalam jangka masa yang panjang.

Terdapat aduan yang biasa di berikan oleh perokok yang lebih berpengalaman, yang tidak menyukai jarak antara rokok sebenar dengan cantuman bateri. Walau bagaimanapun, sebenarnya tidak terdapat sebarang perkara yang mengganggu pengalaman anda vape dengan cantuman ini. Ini lebih kepada kehendak pengguna tentang bahagian luaran produk.

Muncung cahaya LED akan menyala apabila anda menarik dan akan padam perlahan=lahan apabila anda menghembus sepertimana yang anda jangka. Sebagai ciri perlindungan, rokok elektronik ini akan tertutup jika anda menghisap secara terus selama sepuluh saat dalam satu kali sedutan; ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menyedut terlalu banyak nikotin. Anda akan menyedari ianya akan berlaku disebabkan muncung cahaya LED akan berkelip cahaya biru tiga kali. Berita baiknya ialah penutupan ini adalah sementara dan peranti merokok anda akan berfungsi semula. Walupun ianya situasi yang berkemungkinan, tetapi ianya jarang berlaku kerana ketidak selesaan untuk bernafas dalam tempoh sepuluh saat.

Start Vaping with V2 Cigs

Penghantaran V2Cigs

V2Cigs menawarkan penghantaran percuma ke seluruh dunia atas pesanan melalui laman sesawang mereka apabila pembelian yang dibuat ialah lebih daripada lima puluh dolar. V2Cigs juga menawarkan penghantaran antarabangsa. Tempoh masa purata untuk penghantaran adalah sekitar seminggu setengah tetapi ini adalah bergantung dengan tempoh masa di USA. Jika anda tidak tinggal di USA, ianya mungkin mengambil masa yang lebih untuk sampai kepada anda, bergantung di mana anda tinggal.

Warranti Rokok Elektronik V2

Kualiti pembuatan yang bersama dengan V2Cigs adalah sesuatu yang yang tidak boleh dipertikaikan dalam sebarang bentuk soalan sekalipun. V2Cigs mempunyai produk mereka sendiri yang dihasilkan di Florida dan California dan setiap satu komponen yang menjadi sebahagian daripada rokok elektronik ini telah melalui beberapa protocols ujian yang terperinci sebelum dijual kepada pengguna.

Setiap kilang pemasangan yang di gunakan oleh V2Cigs mestilah memenuhi piawaian mereka yang sangat ketat, sama seperti piawaian FDA; anda akan dapat melihat paras usaha yang tinggi ini adalah bukti apabila anda menyambungkan bersama satu rokok elektronik dan menyedutnya.
Setiap bahagian akan bercantum bersama dengan sempurnanya dan akan berfungsi dengan baik; kesemua bateri akan memberikan kuasa secukupnya dalam setiap sedutan dan pengecas semula dengan mudahnya. Kelebihan kecil seperti wayar pendek pada bahagian pengecas (yang membuatkannya kurang merbahaya berbanding pilihan gaya pen-drive selalunya dibekalkan) memberikan kesan bahawa V2Cigs benar-benar mengambil berat akan pelanggannya dalam setiap perkara yang dilakukan.

Satu lagi ciri utama yang di tawarkan oleh V2Cigs ialah ujian berkumpulan, yang mana boleh didapati dengan percuma keatas katrij dan cecair elektronik. V2Cigs menganalisa secara kimia kesemua cecair elektronik mereka sebagai sebahagian daripada proseskawalan kualiti dan anda boleh memasukkan nombor kumpulan dan alamat e-mel untuk mendapatkan akses percuma PDF anda. Ianya memberikan semua maklumat yang penting. Fakta ini membuktikan bahawa servis ini diberikan untuk menyatakan V2Cigs berbangga dengan kualiti yang mereka tawarkan dan anda akan kagum dengan keputusannya.
V2Cigs menawarkan kepada semua pelanggan mereka jaminan seumur hidup tetapi terdapat beberapa had dalam proses tersebut untuk mengelakkan penyalahgunaan. Ianya hanya meliputi lima kali penggantian, yang mana tidak sesuai (dalam peluang lain bahawa anda sebenarnya menerima jaminan untuk enam unit yang rosak) tetapi ia sebenarnya tidak akan menjadi masalah yang diberikan dalam pembuatan kualiti produk. Panduan yang biasa terpakai untuk penggantian.

Jaminan tidak meliputi untuk komponen yang boleh digunakan seperti katrij, atau cecair rokok elektronik. Tambahan dengan itu anda tidak boleh menuntut jika anda telah mengubahsuai atau slaah guana rokok elektronik anda.

Sesetengah orang percaya limitasi lima katrij yang dikemukakan bukanlah jaminan seumur hidup tetapi tawaran penggantian lima kali untuk produk yang rosak tidak mempunyai tarikh luput menyatakan bahawa anda telah membuat pembelian katrij atau cecair elektronik dalam tempoh masa 90 hari yang lalu. Ini sebenarnya menjamin jika anda menggunakan V2Cigs ianya akan tahan seumur hidup.

Penutup kepada bilangan penggantian yang anda boleh perolehi merupakan satu isu tetapi jika anda mendapat empat unit yang rosak secara berturutan daripada satu pengilang, ianya menunjukkan bahawa anda tidak inginkan pulangan wang tetapi ingin memilih syarikat yang lain.

Perkhidmatan Pelanggan Rokok Elektronik V2Cigs

Pelanggan memuji tentang kualiti khidmat pelanggan yang V2Cigs tawarkan. V2 telah membuat beberapa penambahbaikan yang sangat baik kepada khidmat pelanggan mereka yang mana hanya beberapa masa yang lepas, merupakan satu daripada kelemahan mereka. V2Cigspernah menghantar katrij yang salah, ianya berlanjutan, kelewatan dan tidak ada orang yang boleh menghubungi khidmat pelanggan, Secara asasnya semua yang mereka lakukan perkara yang salah, mereka lakukan. Tetapi sebenarnya tidak terdapat banyak aduan ketika ini. Kebelakangan ini pelanggan kebanyakkannya memberi pendapat yang baik terhadap V2Cigs Cuma terdapat seikit aduan berkenaan beberapa kadrij yang rosak. Daripada pandangan positif, kualiti, perisa dan wap adalah sangat bagus. Berbaloi untuk menyatakan semuala kebolehan untuk memilih di antara bateri automatik dan manual, kebanyakkan pengilang hanya mempunyai bateri automatik walaupun terdapat beberapa pengguna yang lebih berminat menggunakan bateri manual.

Kit Permulaan V2Cigs

Pek Standard V2Cigs adalah berharga sekitar enam puluh dolar. Enam puluh dolar anda akan memberi anda satu bateri manual, satu bateri automatik, satu adapter dinding, sepuluh katrij berperisa dan satu Pengecas Pintar USB.

Pek lain yang di tawarkan oleh V2Cigs adalah Pek Permulaan V2 Ultimate, pek ini merupakan satu daripada pek yang banyak menerima permintaan pelanggan diseluruh dunia. Pek Permulaan V2 Ultimate ini adalah berharga sekitar 100 dan 500 dolar dan pembelian anda telah memberikan diri anda dua puluh lima katrij, pengecas yang boleh digunakan di dalam kereta, satu bateri tambahan, bateri dikuasakan oleh USB, bekas pengecas mudah alih, tali penyandang dan bekas keluli mudah alih.

V2 Cigs Electronic  Cigarettes Classic Standard Starter Kit

Start Vaping with V2 Cigs

Harga-Harga Vapor2

V2Cigs mengetengahkan program rujukan pelanggan yang unik yang di kenali sebagai ‘Smoke for Free’ yang mana pada asasnya semua pelanggan yang baru akan menerima kad kupon yang mereka boleh berikan untuk merujuk kawan atau keluarga, dan pesanan baru akan menerima lima belas peratus diskaun pada sebarang pek permulaan V2Cigs dan pelanggan yang dirujuk akan menerima lima belas dolar kredit ke dalam akaun kedai V2Cigs mereka. Daripada situ, individu ini boleh pergi ke kedai adata talian V2Cigs dan menggunakan kredit tersebut untuk membeli barangan tambahan V2 yang lain termasuklah katrij, bateri, aksesori dan apa sahaja yang di jual di laman sesawang tersebut.

V2Cigs menwarkan kepada pelanggan mereka pilihan produk yang sangat luas untuk aksesori rokok elektronik; mereka juga menawarkan sejumlah besar pelbagai jenis pek yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi kehendak pelbagai jenis perokok.

Pek permulaan berharga sekitar tiga puluh lima dolar dan mengandungi satu bateri, enam katrij, Pengecas Ekspress, satu rokok elektronik yang boleh di buang. Jika anda adalah pelanggan yang hanya ingin mencuba V2Cigs atau anda baru terlibat dalam dunia rokok elektronik, kit ini sangat sempurna untuk digunakan oleh anda.

Terdapat juga rokok elektronik yang lain yang dinamakan Power Cig yang berharga sekitar 25 dolar. Ianya mengandungi satu rokok kuasa USB, lima katrij. Satu sahaja masalahnya iaitu anda hanya boleh menggunakannya apabila anda menyambungkannnya dengan port USB komputer.
Pek standard berharga enam puluh dolar dan didatangkan dengan dua biji bateri pilihan anda, sepuluh katrij, satu pengecas USB, bekas pengcas, palam dinding A/C. Pek ultimate pula berharga satu ratus lima puluh dolar dan didatangkan dengan tiga biji bateri pilihan anda, dua puluh lima kadrij, Pengecas USB, pengecas kereta, bekas pengecas, V2 Power Cig, tali penyandang dan satu palam dinding A/C.

Satu lagi pek yang sangat laris dipasaran ialah pek pasanagn yang berharga sekitar satu ratus lima belas dolar. Pek ini didatangkan dengan empat biji bateri, dua puluh kadrij, dua pengecas USB, dan dua palam dinding A/C.

V2 Cigs E-liquid Flavor Samples

Produk-Produk E-liquid V2

Pek Standard Cecair Elektronik V2Cigs adalah pengenalan kepada cecair eletronik untuk pengalaman vaping yang terbaik. Satu penyelesaian mudahuntuk mana-mana individu yang tidak pernah merokok rokok elektronik sebelum ini; Pek Standard Cecair Elektronik V2Cigs ini direka dengan segala cirri yang anda perlukan sebagai permulaan dengan rokok elektronik, clearomizers dan cecair elektronik. V2Cigs menawarkan semua pada kekuatan nikotin yang sama di dalam ceceir elektronik mereka sepertimana yang mereka lakukan ke atas semua produk mereka. Perisa yang mereka tawarkan adalah seperti Sahara, V2 Red, Congress, Menthol, Peppermint, Green Tea Menthol, Anggur Ceri, Coklat, Vanila dan V2 Cola.

Keseluruhan

Melalui peredaran masa V2 telah membina barisan produk mereka dengan inovasi yang terbaru dan pelbagai eksesori yang baik. Salah satu kegemaran pelanggan yang besar adalah bekas pengecas personal XL yang mampu membawa bateri dan tiga katrij dan mempunyai kemamampuan mengecas salah satu bateri anda sehingga lapan kali. Bekas ini juga begitu nipis dan bergaya dengan penunjuk cahaya LED untuk bateri yang anda cas di dalam bekas itu sendiri.
Salah satu sebab pelanggan sering daatang semula kepada V2 adalah kerana syarikat ini menawarkan ganjaran setia yang sangat banyak beserta promosi produk. Khidmat penggan mereka adalah dalam kelas terbaik dunia dengan penghantaran percuma, tiga puluh hari jaminan wang dikembalikan, dan juga jaminan seumur hidup. Jika anda ada sebarang persoalan, komen atau masalah, anda boleh menghubungi V2Cigs menerusi surat, telefon, e-mel, Twitter dan juga Facebook!

Dengan kesemua faedah ini, tidak terdapat sebarang risiko kepada anda sebagai pelanggan. Jika anda merasakan tidak berpuas hati atas sebarang sebab, hanya hantarkan pek anda semula dan dapatkan wang anda kembali. V2Cigs akan menghubungi anda, bertanyakan anda beberapa soalan dan akan cuba menyelesaikan sebarang masalah yang anda mungkin alami. V2Cigs akan bekerja untuk anda; kerana inilah mengapa mereka hampir kepada nombor satu dalam jualan produk di seluruh dunia! Anda berkemungkinan akan berpuas hati 110% dengan kualiti pembuatan yang V2Cigs tawarkan kepada anda sebagai pelanggan dan bagaimana mereka melayan anda sebagai pelanggan.

Sekarang, hanya satu perkara yang tinggal untuk anda adalah mendapatkan pek yang sesuai!

Start Vaping with V2 Cigs