Ulasan VaporFi

VaporFi Ecig Review
Kualiti Vapor
Bateri
Perisa-Perisa
Pilihan
Harga
92

Kelebihan dan Kekurangan Rokok Elektronik Jenama VaporFi

Kelebihan
  • Pilihan Peralatan E-Cig Yang Banyak
  • Bateri yang tahan lama
  • Perisa yang pelbagai
  • Dikilangkan dengan baik dan peralatan yang tahan lama
Kekurangan
  • Kit permulaan tidak termasuk E-liquid atau cartomizer

Klik untuk penjimatan 10% dengan VaporFi

Secara formalnya dikenali sebagai Vapor Zone, jenama VaporFi salah satu jenama terkenal untuk e-cig. Ianya telah dijelaskan apabila pengguna membuat pembelian pertama peralatan tersebut. Alat rokok elektronik yang hebat itu, jenama VaporFi memilih buatan yang spesifik dengan kuasa yang tinggi untuk memenuhi keperluan penggemar rokok elektronik.

VaporFi  E-Loquid

Pandangan Pertama

Pandangan awal untuk jenama VaporFi ialah syarikat yang professional. Ia juga didemonstrasikan, bukan sahaja melalui laman web yang lengkap, tetapi juga pada produknya. Mereka menjual semua keperluan dari rokok elektronik untuk kit permulaan, kepada e-liquid dan beberapa jenis aksesori yang boleh dipilih. Apabila anda menelitinya, VaporFi tidak mengambil jalan singkat untuk pengeluarannya, syarikat ini amat mementingkan kualiti.

Penghasilan Wap VaporFi

Berkaitan dengan peralatan ekspres, secara amnya ia mempunyai bateri yang mempunyai kuasa yang lebih, oleh itu ia memberikan penghasilan wap yang lebih. Kesan pada tekak terasa seperti rokok biasa tanpa rasa yang begitu kuat, tetapi ia boleh diubahsuai bergantung kepada kekuatan nikotin didalam kartrij.

VaporFi All Kits

Pilihan dari model The Pro mempunyai pengeluaran wap yang lebih daripada model Express kerana model pro mempunyai bateri yang lebih besar. Jika anda mahukan kesan ditekak yang lebih kuat, gunakan bateri berkapasiti 650mAh. Apabila membandingkan pen-vape dengan model yang lain dipasaran, model The Pro merupakan alat yang mengeluarkan wap yang terbaik. Wap yang dihasilkan setiap sedutan amat mengagumkan dan ia tidak berkurangan walaupun bateri telah menjadi lemah. Dari segi penghasilan wap, ia merupakan salah satu yang terbaik. Ciri ini juga boleh didapati jika anda menggunakan alat Pro Platinum, yang mempunyai bateri berkapasiti 1000mAh dan meningkatkan lagi standard untuk peralatan standard model Pro.

Mempertimbangkan saiz untuk rokok elektronik model Air, ia mempunyai pengeluan wap yang sangat berkesan termasuklah kesan pada tekak. Titisan udara yang dibebaskan dari alat ini, mendahului prestasi rokok elektronik model Ekspress. Jangan terpedaya dengan saiz yang diberikan. Model The Air menawarkan seperti apa yang dijangkakan oleh seseorang pelanggan.

Kekuatan dan penghasilan wap yang dilkeluarkan oleh alat model The Pulse juga amat berbaloi. Samada pengguna baru atau perokok bermusim, model The Pulse menjanjikan yang terbaik. Ia memberi kepuasan dan rasa yang kuat pada tekak dan ia merupakan apa yang dinantikan oleh pelanggan, oleh itu ia juga boleh menjadi sesuatu untuk anda. Dengan bateri yang besar dan mempunyai voltan yang pelbagai seperti ini, ia sememangnya sesuatu yang berpotensi untuk memenuhi rasa ketagihan yang dialami oleh seseorang perokok.

VaporFi  Charger

Apabila bercerita mengenai model Rebel, VOX dan Boom yang berkuasa tinggi, anda perlu bersedia untuk melihat pengeluaran wap yang luar biasa dan mengagumkan. Jenama Vaporfi tidak ada kekurangan dalam kualiti pada produk yang dihasilkannya dan setiap sedutan mengeluarkan wap yang banyak. Dengan kekuatan bateri yang ada, pengeluaran wap yang mengagumkan adalah tetap berterusan walaupun bateri telah semakin berkurangan perlahan-lahan.

Aksesori Jenama VaporFi

Jenama Vaporfi telah mempertimbangkan kesemua elemen untuk memastikan pengguna telah mendapatkan kesemua yang mereka perlukan untuk sesebuah rokok elektronik, malahan lebih dari itu. Bahagian aksesori juga membuktikannya denga perkhidmatan penukaran tangki, bateri dan alat pengecas yang sesuai untuk semua jenis rokok elektronik yang mereka kilangkan. Ia juga termasuk atomizer dan cartomizer. Terdapat juga koleksi yang mengagumkan untuk bekas penyimpanan dan tali penyangkut termasuk Flip-Top PCC yang lebih kecil, yang sesuai dengan model ekspress, dengan paparan LED untuk menunjukkan hayat bateri. Jika tambahan lain adalah sesuai yang disukai oleh pengguna, VaporFi juga mempunyai pelbagai tali penyangkut dengan warna dan gaya yang berbeza untuk kesesuaian semua rokok elektronik. Untuk perokok bermusim, terdapat bahagian yang didedikasikan khas untuk penjualan mod cons yang sesuai digunakan dengan alat berkuasa tinggi, dan rokok elektronik yang lebih canggih seperti Rebel dan Bolt. Ia juga termasuk bateri, tangki, lingkaran besi, dan juga RDA. Apa yang diperlukan oleh pengguna vape, jenama VaporFi membekalkannya.

VaporFi  E-Hookah & E-Shisha

 

Klik untuk penjimatan 10% dengan VaporFi

Perisa-Perisa E-Liquid VaporFi

E-liquid yang pelbagai dari segi rasa seperti tembakau klasik dan menthol, atau rasa manis pencuci mulut dan perisa buah. Mereka menambah Koleksi Artisan (Artisan Collection), yang menjual perisa seperti ‘Summer Lovin’ dan ‘Monkey Business’. VaporFi meraikan kesenian dalam perisa buatan mereka yang juga memilih perisa secara spesifik untuk menggalakkan pengguna untuk menyesuaikan diri dan mencipta sendiri e-liquid mereka. Setiap botol 30ml mempunyai pilihan daripada enam tahap nikotin yang berbeza, dan yang paling kuat ialah nikotin berkepekatan 3.6%. Vaporfi juga mempunyai idea yang baik yang membolehkan pengguna untuk menentukan kekuatan perisa yang dikehendaki. Dengan menentukan botol e-juice, pilih diantara single, double atau triple shot untuk perisa.

Jika menthol merupakan perisa pilihan, cuba sesuatu sepeti ‘Mighty menthol’. Ia mempunyai rasa bermint dibelakang tekak dengan jus-menthol ini. Perisa tembakau pula, iaitu ‘Cuban Cigar’ menerima ‘two thumbs up’. Ia mempunyai rasa kayu yang kaya dan menyerupai rasa seperti didalam rokok sigar Cuba.
‘Blend of the month club’ merupakan bonus yang hebat untuk penggemar perisa didunia. Dengan mendaftar sebagai ahli kelab, pengguna boleh melihat perisa baru yang akan dilancarkan di kedai-kedai e-liquid. Ahli juga menerima penghantaran percuma untuk apa-apa e-liquid yang dipesan dan diberi kelebihan dengan diskaun eksklusif untuk membeli bateri, tangki, kit dan aksesori.

Dengan pelbagai pilihan yang ada, VaporFi menjadikan pemilihan perisa lebih mudah. Membeli pek sampel dan memilih mana-mana tiga perisa yang anda minati. Pek ini juga mempunya tiga botol 10ml untuk e-liquid.

Pengecasan dan Prestasi Bateri Jenama VaporFi

Bateri kecil 180mAh boleh didapatipada kit permulaan Ekspress yang tidak begitu mengagumkan, tetapi apabila dibandingkan dengagn saiz bateri lain dipasaran, ia adalah salah satu yang terbaik. Seperti juga bateri 280mAh, perokok boleh menggunakannya sehingga 400 kali sedutan dengan bateri yang telah dicas penuh.

VaporFi  Batterries

Model The Pro mempunyai bateri 650mAh dengan penggunaan sekitar 24 jam. Vaporfi menambahkan mode standby, yang membantu dalam memelihara bateri, dan menyebabkan masa mengecas yang singkat. Yang tidak begitu memuaskan mengenai model The Pro ialah baterinya tidak boleh didapati dengan pelbagai voltaj. Bateri VV merupakan bateri untuk pen-vape, dan inilah yang menjadikan vaporFi sedikit ketinggalan dari pesaing yang lain.

Walaupun bateri model The Air mempunyai kapasiti yang kecil iaitu 350mAh, ia mempunyai kuasa tersendiri. Untuk perokok tegar, ia boleh digunakan sehingga sepanjang hari untuk merokok dan ia memerlukan beberapa jam sahaja untuk dicas semula.

Model The Pulse mempunyai bateri yang boleh dikendalikan dengan butang kawalan termasuk binaan paparan LCD yang memberitahu jumlah sedutan dan berapakah kuasa bateri yang masih ada. Bateri 650mAh juga memberi perokok kasual sehingga 12 jam untuk penggunaan. Apabila mengecas bateri, kit permulaan ini mempunyai plat penyejuk yang disambungkan pada kabel USB. Plat ini bersinar menjadi merah semasa dicas dan apabila selesai, cahayanya akan bertukar menjadi biru. Bateri ini memerlukan beberapa jam untuk dicas sepernuhnya. Ia menyeronokkan dan ciri yang asli ini menjadikan sesuatu yang berlainan dalam barangan VaporFi.

VaporFi Dimonds Kit

Bateri dengan butang kawalan dari model The Rocket senang untuk digunakan dan dikendalikan. Voltan yang pelbagai dail ditempatkan dibawah bateri dan membolehkan pengguna untuk mengubah kadar bateri dari 3.2v dan 4.8volt. Bateri yang besar iaitu 1600mAh bermaksud perokok biasa boleh teruskan merokok sepanjang hari tanpa perlu mengecas semula dan hanya memerlukan beberapa jam untuk mengecas semula.

Klik untuk penjimatan 10% dengan VaporFi

Pilihan

Vaporfi mempunyai pelbagai variasi rokok elektronik untuk memenuhi kehendak semua jenis perokok. Dengan pilihan dua belas jenis kit permulaan rokok elektronik, pengguna sudah pasti mencari peralatan yang sesuai untuk mereka. Tambahan pula, pilihan e-liquid ini sangat meluas.

VaporFi Starter Kit Pro

Rekaan dan Pembungkusan

Rokok Elektronik model Express tidak begitu berlainan dengan peralatan menyerupai rokok biasa dengan rekaan tradisional yang minima. Express sebenarnya berbaloi dari segi saiz, ianya kecil dan selesa untuk dipegang dengan jari: salah satu daripada rokok elektronik yang menyerupai rokok biasa yang terbaik dipasaran. Masukan kedalam nota anda bahawa bateri 280mAh tidak hanya berkapasiti besar tetapi juga besar dari segi estetika. Ia lebih panjang tetpai lebarnya seperti bateri 180mAh. Walaupun rokok elektronik yang dihasilkan dalam satu warna sahaya, ia amat sesuai dengan warna kemasan putih yang klasik. Hujung bateri VaporFi mempunyai permata yang berkilau dengan warna merah setiap kali sedutan. Vaporfi berusaha untuk menyerupai rokok tembakau tradisional dan ianya sama dari segi berat dan penampilan dari peralatan model Express.

VaporFi New Vaproizer

Model The Pro mungkin kurang elegan jika dibandingkan dengan model Express dengan rekabentuk yang lebih berketul dan panjang. Walaubagaimanapun, Vaporfi mengeluarkan pilihan Pro Color, menjual perlatan dari model Pro didalam sepuluh jenis warna berlainan untuk dipilih oleh pengguna. Model Pro Platinum merupakan salah satu pen vape yang elegan dan bergaya yang boleh didapati. Ia mempunya kemasan perak, berbentuk kecil, dengan pegangan yang stabil yang merupakan ciri-ciri gaya yang lebih baik.

Model The Air lebih kecil dan padat, digenggam dengan baik ditangan anda. Rekabentuk sederhana diantara saiz peralatan Express dan Pro. Namun begitu, ia hanya didapati dalam warna hitam atau putih, tetapi ia begitu kecil dan mini, kadang-kadang tidak kelihatan dengan genggaman pada tangan anda.

VaporFi 30mm E-liquid Bottle

Perkara pertama yang anda boleh lihat dengan model The Pulse ialah alat pengecasnya yang bulat. Alat tambahan ini ialah yang asli, dan menyerlah dari yang lain. Rokok elektroniknya pula lebih kelihatan standard. Sama seperti model The Pro, ia lebih kecil untuk dipegang. Tangki kacanya pula hanya separuh saiz dari alat ini dan kontra dengan peralatan dimulut dan bateri, ia lebih bergaya dan ada ciri-ciri estetika untuk rokok.

Model The Rocket dijual anatara warna hitam asas atau kalis karat. Saiz alat ini padat jika dibandingkan dengan magnitud bateri tersebut. Apa yang lebih menyerlah ialah rekaan The Rocket ini mempunyai bahagian mulut yang melengkung. Ianya amat bergaya dan jelas kerana muncungnya kelihatan dari badan utama alat tersebut.

Dengan peratan model The Rebel, Vaporfi mencipta rekaan bahan kalis karat yang berkualiti tinggi. Dengan model Rebel II, tube teleskopik ditempatkan dibawah alat untuk membolehkan pengguna untuk memanjangkan dan memendekkan saiz alat mengikut suka mereka.

Model The Boom amat besar ditangan, dan menyerupai paip shisha hookah dan mempunyai kemasan hitam yang penuh gaya; namun begitu, pengguna boleh membeli peralatan dimulut yang pelbagai warna. Tambahan yang lain ialah bunyi buih yang direka khas untuk memberikan pengalaman merokok seperti shisha.

VaporFi  Vaporizer

 

Penghantaran Rokok Elektronik VaporFi

Jika pembelian dibuat sebelum 12pm EST, bungkusan akan dihantar pada hari yang sama. Masa penghantaran yang seperti biasa didalam USA mengambil masa dari 5 hingga 7 hari bekerja. Berkaitan dengan penghantaran antarabangsa, VaporFi menghantar secara global dan ia bergantung dengan jenis negara, bungkusan boleh diterima dari 7 hingga 30 hari bekerja.

Warranti VaporFi

Jaminan 30 hari wang dikembalikan ialah untuk semua jenis produk VaporFi kecuali e-liquid, oleh itu pembeli boleh mencuba produk yang ada. Jika produk tidak memenuhi jangkaan mereka, atau terdapat barang yang rosak apabila diterima, jaminan ini melindungi pembeli daripada menghadapi kerugian. Tambahan lagi, anda boleh merokok dengan mudah dengan mengetahui semua barangan VaporFi, termasuk barang-barang penghabisan stok, tetapi barangan penghabisan stok hanya mempunyai 90 hari warranti selepas pembelian, oleh itu, pengguna boleh menarik nafas lega kerana dilindungi dengan pelbagai jaminan pembelian.

Perkhidmatan Pelanggan

Pembeli boleh menghubungi VaporFi dengan emel atau nombor bebas tol, yang terbuka setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 8am hingga 10pm dan pada hari Sabtu, 10 am hingga 6pm. Tidak seperti jenama premium yang lain, Vaporfi tidak mempunyai pilihan berbual secara dalam online. Walaubagaimanapun, terdapat blog yang memberikan maklumat terkini kepada pelanggan mengenai syarikat. Terdapat juga video tutorial yang memberi khidmat nasihat untuk menunjukkan cara-cara penggunaan dan cara-cara menyelenggara produk.

Klik untuk penjimatan 10% dengan VaporFi

Kit Permulaan VaporFi

Model The VaporFi Stratus ialah vaporizer jenis herba kering yang paling terkini dari VaporFi. Model The Stratus menawarkan beberapa tambahan dari model sebelumnya iaitu model The Orbit. Vaporizer jenis The Stratus mempunyai ciri-ciri yang innovative seperti kawalan suhu dari 350 farenheit kepada 430 farenheit, walaubagaimanapun, vaporizer the Stratus juga mempunyai cincin metal yang dipertingkatkan rekaannya untuk dipakai pada bahagian mulut supaya tidak terasa panas. Dengan tambahan kawalan suhu, yang boleh diubah dalam peningkatan 1F, VaporFi The Stratus boleh menyimpan sehingga 1.5g daun tembakau kering didalam tempat herbanya, walaupun bukan yang paling besar, tetapi susah memadai untuk memuaskan keperluan pengguna vape.

VaporFi Stratus Dry Herb Vaporizer

Model The Stratus mempunyai bateri 2200mAh, yang boleh menyediakan jus yang mencukupi sepanjang hari untuk menggunakan vape tanpa perlu mengecas semula. Berat keseluruhan the Stratus ialah 2.6oz dan ia cukup senyap untuk dibawa ditangan tanpa menarik perhatian semua orang. Vaporfi The Stratus berharga $129.99, ia tidak semurah yang lain, tetapi anda mempunyai warranti 90 hari, jaminan wang dikembalikan 30 hari, binaan yang berkualiti, dan ia amat menarik minat anda untuk membeli sesuatu yang lebih kukuh dan vaporizer yang lebih dipercayai.

VaporFi Orbit Dry Herb Vaporizer Kit

Model The Express merupakan alat vaporfi yang menyerupai rokok biasa. Walaupun kit permulaannya lebih asas, ia mempunyai semua yang diperlukan didalam sebuat kit permulaan, termasuk 2 bateri; bateri ekspress yang standard 180mAh dan bateri ekspres berkapasiti tinggi 280mAh. Pembeli boleh mendapatkan adapter dinding dan alat pengecas USB dan juga penghargaan dalam bentuk kad keahlian VaporFi (yang boleh diperolehi dengan setiap pembelian rokok elektronik). Alatan model The Express boleh digunakan dengan kartrij yang dijual didalam laman web, walaubagaimanapun, kit permulaan ini tidak termasuk dengan kartrij yang percuma. Alatan dari model The Express: seperti namanya sendiri, ia ekspres: rokok elektronik dua bahagian yang cepat untuk disambung dan dibuka, sangat ideal untuk perokok baru.

VaporFi Vaporizer Express Kit

Berikutan dengan model The Express, VaporFi juga melancarkan rangkaian Pro dengan tiga model berbeza: The Pro, The Pro Colors dan The Pro Platinum. Kit permulaan The Pro mempunyai bateri 650mAh, 3.7volt, satu cartomizer dan satu alat pengecas USB dan adapter didinding. Tangki boleh mengisi 1.5ml e-liquid, walau bagaimanapun, pelanggan perlu membeli e-liquid secara berasingan untuk kit permulaan. Rangkaian The Pro, kit mempunyai persamaan tetapi pembeli mempunyai lebih banyak pilihan. Seperti yang dicadangkan oleh kit tersebut, pengguna boleh memilih dari 10 jenis warna, termasuk warna hitam standard yang ada didalam kit permulaan diantara semua pilihan yang lebih terang, warna yang ceria dan lebih banyak variasi. Tambahan pula, kit The Pro Colors menawarkan pembeli untuk memilih bateri 650mAh atau bateri 1000mAh yang lebih besar.

Kit permulaan The Pro Platinum ialah sama seperti modelt Kit Pro yang standard dan salah satu kit rokok elektronik yang laris dijual. The Pro Platinum ialah model yang ditingkatkan dari model Pro biasa dengan tangki cartomizer yang lebih besar 2.5ml untuk masa merokok yang lebih lama. Bonus tambahan lagi, rokok elektronik dari rangkaian The Pro boleh ditukarganti, oleh itu pengguna yang lebih berpengalaman boleh menyesuaikan rokok Pro mereka ikut sendiri.

Kit permulaan The Air mempunyai bareri 350mAh dan cartomizer, yang mempunyai hayat penggunaan dari 30 hingga 90 hari, bergantung kepada penggunaan seseorang. Tangki mempunyai kapasiti yang sederhana iaitu 0.9ml. The Air menyerlah dari yang lain kerana saiznya, ciri fizikal dan ciri teknikal didalam alat tersebut. Ia amat ideal untuk e-perokok yang baru kerana ia mudah dipasang dan digunakan.

VaporFi  Pro Kit
Vaporfi mempunyai teknologi yang lebih canggih bermula dengan kit model The Pulse.Kit ini mempunyai dua bateri besar berkapasiti 750mAh, dua cartomizer dengan tangki berkapasiti 2.5ml, alat pengecas USB biasa dan adapter didinding dan juga alat pengecas bonus berbentuk bulat.

Variasi kit permulaan pen-wap ini diteruskan dengan model The Roket. Dengan bateri berkuasa 1600mAh dan boleh digunakan sehingga 4.8voltan, oengguna boleh mengubah penghasilan wap mengikut kehendak masing0masing. Pada masa yang sama, kit permulaan ini mempunyai tangki kawalan lingkaran besi (coil) berganda yang boleh mengisi e-liquid sehingga 2.5ml. Pelanggan juga boleh memilih satu pek dengan lima atomizer ekstra. Dengan semua tambahan ekstra tersebut, kit permulaan ini amat berbaloi untuk dimiliki. Pen-vape ini boleh diubah kepada alat yang berkuasa tinggi seperti yang diminati.

VaporFi E-Juice
Kit permulaan yang lebih canggih, Vaporfi telah melancarkan Rebel dan Rebel II. Rangkaian the Rebel amat menonkol kerana kebolehannya dan ketahanannya. Vaporfi the meningkatkan produk mereka untuk memastikan bahawa pengguna boleh menggunakan mesin ini dengan item komersil seperti tangki dan lingkaran besi (coil). Dengan kit yang standard dari Rebel, pengguna boleh mempunyai vaporizer VV teleskopik, bateri 600mAh dan bateri 2200mAh bersama cartomizer tangki 3.0ml berganda. Berkaitan dengan The Rebel II, anda boleh menerima tangki clearomizer yang lebih besar sehingga 4ml, sementara bateri standard mempunyai kapasiti 750ml dan bateri berkapasiti tinggi mencapai 2800mAh. Bateri ini bukan untuk mereka yang masih baru dalam penggunaan vape.

Kit permulaan model The Boom ialah alat gaya-hookah yang terdiri daripada bateri 2200mAh( dengan bunyi berbuih yang boleh dipasang atau ditutup), dua clearomizer guna semula 1.3ml, dan dua peralatan di mulut, yang pengguna boleh memilih sendiri warnanya.

VaporFi 30mm E-liquid Bottle

Harga VaporFi

Harga untuk produk-produk Vaporfi mahal sedikit berbanding jenama lain dalam pasaran premium. Apabila melihat harga untuk sebotol e-liquid 30ml, harganya ialah dalam lingkungan $14.99. Harga ini adalah kerana e-liquid yang dibuat dan dikilangkan daripada syarikat luar, menyebabkan penambahan pada harga. Untuk kit permulaan, The Express berharga $29.99, yang berpatutan untuk kit permulan dan model the rocket berharga $119.99, yang kedengaran mahal, tetapi mempunyai peket yang berisi lima atomizer ekstra, yang merupakan sesuatu yang jarang didapati. Kit permulaan paling mahal ialah model VOX, berharga $249.99. Ia merupakan kos yang tinggi untuk membeli rokok elektronik, tetapi yang penting ialah harga VaporFi berdasarkan dengan kualiti penghasilannya.

Produk Produk Lain

Seperti kebanyakan syarikat e-cigarette, jenama VaporFi menjual kad hadiah: pilihan yang tepat untuk rakan yang berhasrat untuk berhenti merokok dan memilih untuk e-vaping (merokok menggunakan vape/rokok elektronik). Pilih jumlah diantara $10, $25, $50, $100 atau $250 dan penerima boleh menebusnya didalam laman web VaporFi.
Kit permulaan model The Orbit Dry Herb Vaporizer mempunyai vaporizer cas semula berkapasiti 2200mAh, berus untuk penyelenggaraan, dan lima alat ganti penapis. Pengguna boleh memilih peralatan berwarna merah atau hitam. Ianya sesuai untuk perokok bermusim yang mahu menggunakan herba kering pada rokok elektronik.

VaporFi Charging

Kelebihan

Syarikat ini membina reputasi berdasarkan pilihan kit permulaan dan peralatan, yang merupakan diantara yang terbaik dipasaran. Tambahan pula, pilihan e-liquid yang ada mungkin mahal, tetapi ia mengeluarkan cecair yang terbaik dengan perisa untuk setiap jenis rasa. Ia juga mengambil kira semua yang diperlukan oleh e-perokok dan ia terbukti dengan barisan produk dan aksesorinya.

Keseluruhan

Jenama VaporFi merupakan salah satu syarikat yang mendahului dalam e-vaping. Ia amat mementingkan kualiti dan mengeluarkan pelbagai jenis rokok elektronik yang memenuhi kehendak perokok baru atau penggemar rokok elektronik.

Klik untuk penjimatan 10% dengan VaporFi