Atomizer Rokok Elektronik (Vape)

Rekabentuk rokok elektronik (e-cigs) adalah amat ringkas. Ada tempat seperti tangki utnuk e-liquid, atomizer dan semestinya, bateri atau punca kuasa. Namun, rekabentuk yang ringkas sebegini pun ada masalah-masalah asas, seperti cecair yang menitis keluar dari tangki untuk disalurkan ke atomizer. Oleh itu, apa itu atomizer? Alat ini sebenarnya tempat dimana cecair itu dihangatkan, dan menjadi wap, seterusnya memberi perisa unik kepada rokok elektronik.

Soalannya ialah, apakah jenis atomizer yang ada untuk anda memulakan merokok dengan rokok elektronik? Bagaimana anda harus pilih supaya ia mengikut keperluan anda?

VaporFi PRO-XL Atomizer

Mari Berkenalan Dengan Atomizer

Seperti bahagian lain pada rokok elektronik, terdapat beberapa jenis atomizer di pasaran. Salah satu atomizer ialah cartomizer, iaitu dibina dengan gabungan atomizer dan kartrij e-liquid. Cartomizer ini terdiri daripada coil (lingkaran besi), top-coil, dual-coil, horizontal, bottom-coil dan vertical coil. Walaubagaimanapun, jika anda memilih cartomizer atau atomizer sahaja, kedua-duanya mempunyai elemen pemanasan (diperbuat daripada wayar tolok yang kecil) yang boleh meruapkan e-liquid yang disimpan didalam tangki.

Mengenai cara ia dibina, atomizer sebenarnya sejenis dawai yang disambungkan kepada bekalan kuasa (bateri) dan apabila papan litar diaktifkan, ia menyalurkan kuasa kepada 2 tempat, iaitu ke elemen pemanasan ( dawai kecil) dan pam-mikro yang berada didalam atomizer. Pam ini akan membawa e-liquid ke tempat elemen pemanasan. Apabila e-liquid melalui elemen pemanasan, ia akan bertukar menjadi wap.

Proses ini akan berterusan dan pengguna akan menyedut rokok elektronik atau dengan menggunakan butang kawalan. Model berlainan boleh berfungsi dalam cara yang berbeza, dan ini ialah cara yang paling asas.

Salah Satu Daripada Tiga Bahagian

Apabila rokok elektronik itu terdiri daripada 2 bahagian sahaja, anda tidak akan perasan kehadiran atomizer Tetapi dengan rokok elektronik 3 bahagian atomizer ialah bahagian yang berasingan. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan atomizer. Salah satu ialah kaedah titisan, dimana e-liquid dititiskan dengan perlahan terus kepada atomizer Kelebihan cara ini ialah perisa yang diperolehi adalah lebih berbeza dan e-liquid lebih baru. Tidak ada campuran dari e-liquid lama dan e-liquid baru didalam tangki. Cecair ini juga tidak berada didalam tangki untuk masa yang lama.

Kelebihan positif yang lain ialah e-liquid ini akan digunakan sepenuhnya, dan boleh dikatakan ia adalah cara yang paling bersih untuk menggunakan rokok elektronik. Walaubagaimanapun, kebocoran ialah masalah utama dalam kaedah ini. Yang pertama sekali ia agak merumitkan untuk dikendalikan. Setiap keping perlu ditetapkan dengan betul sebelum anda boleh mula merokok. Dengan hanya menggunakan e-cig tradisional, anda hanya boleh menariknya dari dompet atau poket anda, tekan kuasa bateri dan mula menggunakan vape.

Masalah lain ialah jika anda tercuai, jus tersebut boleh melimpah. Oleh itu kaedah titisan perlu dilakukan dengan cermat dan tangan yang cekap untuk mengelakkan masalah besar. Untuk mereka yang memilih untuk kaedah titisan untuk keperluan mereka, jika e-liquid bernikotin, amat penting untuk memakaia sarung tangan atau glove. Penjelasannya kerana nikotin boleh meresap ke dalam kulit dan menyebabkan pendedahan toksik nikotin dalam jangka masa yang cepat.

VaporFi PREMIUM Atomizer

Perubahan Yang Membawa Perbezaan Dengan Atomizer

Untuk mereka yang memilih kaedah titisan daripada kaedah standard dalam merokok menggunakan rokok elektronik, terdapat variasi dalam atomizer dan kebolehan untuk atomizer itu diubahsuai atau dibina semula. Penjelasannya ialah, pengguna suka untuk mempunyai kawalan penuh terhadap pengalaman merokok mereka, atau mereka memilih untuk mengubahsuai atomizer itu sendiri.

Sesiapa yang mahu mengubahsuai atomizer yang semula merupakan pilihan anda sendiri. Ia boleh diceraikan kepada komponen yang asas, termasuk pada wayar dan kain, atau sumbu yang membawa cecair itu untuk dipanaskan. Kepada mereka yang menggunakan atomizer yang boleh dibina semula mengatakan bahawa pengalam mereka dalam menggunakan rokok elektronik lebih baik dari segi perisa dan kepulan wap adalah lebih besar. Masih lagi sebilangan individu yang memilih teknik titisan atau celupan sebagai cara utama untuk memulakan merokok, tidak seperti perokok tradisional, tetapi ia sesuai untuk mereka yang menghargai rasa dalam e-liquid. Mereka juga boleh menikmati masa mencampurkan cecair untuk rokok mereka sendiri.

Oleh itu, bagi mereka yang mencari untuk mewujudkan pengalaman menggunakan rokok elektronik yang unik , mempunyai pemahaman yang lebih baik bagaimana atomizer berfungsi boleh membantu anda untuk membuat keputusan tentang bagaimana anda akan memilih untuk merokok, sama ada dengan cara yang tradisional atau melalui kaedah titisan.

Utamakan Keselamatan Dengan Atomizer

Satu perkara untuk diingatkan ialah atomizer mempunyai elemen pemanasan. Walaupun ia mempunyai sarung sendiri supaya ia tidak terbakar atau menjadi hangus, masih penting untuk memastikan ciri keselamatan supaya mengelakkan atomizer daripada terlebih panas. Kebanyakan kerosakan, walaubagaimanapun, berlaku kerana bateri terlebih panas, bukannya atomizer. Tetapi masih perlu dititikberatkan supaya meletakkan atomizer dan juga mengubahsuai atomizer dengan selamat.

Jangha Hayat Atomizer

Atomizer boleh bertahan sehingga 2 ke 4 minggu, bergantung kepada penggunaan, termasuk frekuensi dan tempoh masa setiap penggunaan. Oleh itu, bagaimana anda tahu yang atomizer tersebut perlu ditukar? Terdapat beberapa perkara yang anda perlu pastikan. Pertama sekali ialah tindak balas am atomizer tersebut. Rasanya juga akan menjadi kurang ketara, oleh itu rasa juga boleh menentukan sudah sampai masanya untuk menggantinya dengan yang baru.

Anda juga mungkin akan perasan tanda-tanda kebocoran, penghasilan wap yang semakin berkurangan atau tiada penghasilan langsung, dan prestasi rokok elektronik yang semakin tidak memuaskan.

Bergantung dengan jenis atomizer, anda mungkin perlu membersihkannya. Cara pembersihan ialah dengan menggunakan air panas untuk membilas atau mencuci. Tetapi jika anda mempunyai atomizer jenis pakai buang, lebih mudah untuk anda untuk menukar terus dengan yang baru.

Keseluruhannya, atomizer hanya satu bahagian didalam pengalaman merokok, tetapi ia memainkan peranan penting untuk menjadikan suasana merokok lebih menyeronokkan. Jenama Vaporfi mempunyai pelbagai jenis atomizer, silalah melihat ulasan mereka sekarang!