Kit Permulaan Vape (Rokok Elektronik)

South Beach Smoke E-Cig Kit
Kit permulaan rokok elektronik adalah cara terbaik untuk menghisap rokok secara mudah, cepat dan berhemah. Rokok elektronik mempunyai pelbagai perisa yang boleh di cuba, pelbagai kaedah menghisap rokok serta bermacam-macam jenama. Salah satu jenama terbaik rokok elektronik ialah Halocigs, jenama ini sangat sesuai untuk orang yang baru mula merokok, telah lama merokok mahupun individu perokok tembakau yang ingin beralih kepada rokok elektronik. Hal ini kerana jenama `Halocigs’ mudah di bawa kemana-mana, ringan dan didatangi dengan kelengkapan yang sempurna sesuai dengan apa yang anda inginkan sejurus membuka kotak rokok elektronik tersebut. Ramai perokok tembakau yang baru beralih ke rokok elektronik biasanya tidak tahu bagaimana memulakan aktiviti rokok elektronik, kerana itulah pek permulaan rokok elektronik dicipta iaitu bagi memudahkan individu tersebut. Setiap jenama vape dicipta supaya dapat memenuhi rasa puas dan rasa teruja setiap penggunanya sekalipun pengalaman pertama kali. Rasa kurang yakin, kurang selesa pengguna ketika mencari atau membeli rokok elektronik berubah menjadi rasa teruja dan sangat puas ketika melihat pelbagai jenama vape apatah lagi apabila melihat pelbagai jenis perisa dan kaedah merokok.

Rahsia bagi mendapat rokok elektronik yang berkualiti serta memberi kepuasan yang maksima adalah dengan cara mencubanya. Terdapat hanya satu cara bagi mula mencuba, iaitu dengan pek permulaan vape. Hal ini kerana biarpun pengguna mungkin tidak terus merokok, tetapi pek permulaan itu sendiri banyak member kemudahan dan sangat membantu pembeli. Kelengkapan kit permulaan e-rokok termasuklah beberapa uncang kecil pelbagai perisa, sampel puntung/penyedut rokok, bateri, alat pengecas jika ianya bole diguna semula juga dilengkapi alat aksesori seperti bateri tambahan, bekas kecil bagi penyimpanan vape yang pastinya sangat menarik perhatian dan lain-lain lagi. Kit permulaan rokok elektronik sangat sesuai untuk dijadikan hadiah, termasuk untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia rokok mahupun yang telah lama merasai kepuasan menghisap rokok elektronik.

clearette e cig kit for begginers

Sedikit Tambahan Mengenai Rokok Elektronik

Vape menyediakan cara merokok yang selamat dan sihat berbanding merokok menggunakan rokok tembakau. Walau bagaimanapun kepuasan ketika menyedut rokok elektronik adalah sama dengan rokok tembakau bahkan lebih maksima kerana pengguna dapat memilih perisa yang digemari. Tambahan pula vape lebih sihat untuk anda kerana kurangnya bahan kimia berbahaya berbanding dengan rokok biasa. Penggunaan vape yang berterusan tidak akan menyebabkan tar tersumbat di paru-paru atau merosakkan gigi anda mahupun membahayakan kesihatan orang di sekeliling anda. Selain itu, rokok elektronik adalah tidak menyalahi undang-undang hampir di setiap negara yang telah mengharamkan rokok tembakau. Hal ini kerana rokok elektronik tidak memberi kesan kepada masyarakat di sekeliling anda juga tidak meninggalkan kesan rokok di tubuh anda. Anda bolehlah menikmati keenakan merokok di kapal terbang, di mana-mana restoran makan, restoran alkohol, kedai kopi dan sebagainya.

Keefisienan/Keberkesanan Kos

Kos bagi kit permulaan rokok elektronik sangat rendah. Hal ini kerana setiap kali pembelian sudah termasuk beberapa uncang perisa isi semula, kit alat pengecas dan rokok elektronik. Dengan kata lain membeli pek permulaan rokok elektronik merupakan satu pelaburan yang sangat bijak.

Rokok elektronik tidaklah semurah yang anda boleh katakan ketika mula merokok, tetapi ia bukanlah produk yang tidak berkualiti, erti kata lain penguna mendapat kepuasan merokok setimpal dengan harga bayaran. Kualiti rokok elektronik sudah pasti menjadi punca kesukaran anda untuk menentukan sama ada ingin bertukar-tukar jenama ataupun mencuba pelbagai jenama sekaligus.

Apollo E-Cigs Extreme Kit Black

Apabila rokok elektronik dijual di serata tempat serta pengunaannya adalah secara berleluasa, kit permulaan vape ekstrem jenama `Apollo’memperkenalkan anda pada vape mewah pada harga mampu milik. Jika anda membeli aksesori vape dengan cara berasingan anda akan mendapati bahawa kos adalah dua kali ganda berbanding pembelian kit permulaan vape jenama `Apollo’. Motif kit permulaan diwujudkan oleh syarikat penjual vape tersebut adalah memudahkan pengguna menikmati kepuasan rokok elektronik ekstrim pada harga mampu milik. Kos vape tetap lebih murah jika dibandingkan dengan rokok tembakau. Penjimatan anda merangkumi ratusan dolar setahun bahkan ribuan dolar dengan bertukar kepada vape. Hal ini kerana vape boleh diguna semula, lebih tahan lama dan kurang cukai berbanding rokok biasa.

Pembaharuan Perisa

Kit permulaan vape direka dengan pelbagai perisa dan memberi anda pilihan untuk menyesuaikan citarasa anda. Setiap kit permulaan mempunyai pelbagai perisa untuk dicuba, yang bakal memberikan pengalaman rasa puas tanpa berbelanja banyak ketika mencari perisa yang anda paling gemari. Kebanyakan sampel pek sampel didatangi dengan rasa biasa rokok tembakau seperti perisa menthol, manisan, dan buah-buahan. Hal ini memberi anda keupayaan untuk mencuba pelbagai jenis perisa syarikat tersebut, justeru memutuskan sama ada anda suka atau tidak, dan kurang membazir jika anda memutuskan bahawa rasa tertentu bukan untuk anda.

Volcano ECigs Magma Kit

Kepelbagaian Pilihan Nikotin

Salah satu manfaat kit permulaan vape adalah anda boleh memilih jumlah nikotin yang anda mahu untuk dimasukkan ke dalam e-kartrij atau e-rokok cecair. Julat biasa pilihan nikotin ialah mana-mana antara 36 mg dan 0 mg. Dalam memilih pek permulaan rokok elektronik anda boleh memilih antara kit bebas nikotin, kit nikotin tahap rendah, atau kit nikotin tahap tinggi. Pilihan tersebut amat berguna kepada para pengguna sama ada yang baru bermula dan tidak mahu untuk ketagih (0 mg, bebas nikotin), atau orang-orang yang mahu beralih daripada dua pek sehari Marlboro merah seratus batang kepada e-rokok (nikotin tahap tinggi, 36 mg).

Selamat Untuk Alam Sekitar

Dengan vape anda tidak perlu bimbang mengenai asap nyalaan api atau risau ia boleh memuradatkan orang di sekeliling anda. Kebanyakan pek permulaan rokok elektronik disertakan dengan bateri yang boleh dicas semula dan bateri pakai buang. Kedua-duanya ialah cara untuk memudahkan anda mendapatkan kuasa bateri untuk menikmati wap berkepul-kepul dari vape. Nyalakan api sudah tidak lagi diperlukan juga tidak perlu bimbang tentang di mana puntung rokok anda selamat dibuang. Pengguna juga tidak akan berdepan risiko tertidur dengan puntung rokok, di mana kejadian seperti itu dapat meningkatkan risiko berlakunya kebakaran atau lebih teruk lagi. Kini anda boleh merokok di tempat tidur anda untuk membantu anda tidur tanpa rasa takut, serta tidak ada abu untuk dibersihkan atau dilupuskan.

Halocigs Kit

Dengan adanya rokok elektronik anda tidak perlu bimbang tentang berlakunya pencemaran alam sekitar dengan sampah, sebaliknya anda boleh memilih sama ada hendak melupuskan e-rokok ke dalam tong sampah atau ia boleh dicas semula juga tidak perlu bimbang akan pelupusannya. Tiada lagi sampah sarap di jalanan, sampah untuk burung, dan najis di lautan. Vape anda bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi anda juga memberi manfaat kepada persekitaran anda dan orang di sekeliling anda.

Rokok elektronik tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk kepada orang di sekeliling anda yang menyedut udara yang mempunyai asap rokok. Hal ini kerana tidak ada apa yang perlu masyarakat khuatiri dari kepulan asap tersebut. Kepulan asap vape akan menyejat sejurus selepas melalui paru-paru dan mulut anda. Dengan cara ini anda masih mendapat menikmati keseronokan dan kepuasan merokok manakala orang di sekeliling anda boleh terus menikmati udara bersih mereka juga. Kini anda tidak perlu risau dengan riaksi negatif orang di sekeliling anda seperti berpura-pura batuk, riak muka yang tidak selesa atau teguran supaya jangan merokok terhadap anda. Anda bolehlah duduk santai sambil menikmati wap dengan lancar dari rokok elektronik.

Baik Untuk Anda

Setakat ini, kajian terhadap vape tidaklah seluas kajian rokok tembakau tradisional, hal ini rokok elektronik baharu sahaja terdapat di pasaran manakala rokok tembakau sudah lama berada di pasaran. Hasil kajian terhadap rokok tembakau bolehlah disimpulkan bahawa rokok tembakau sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Rokok tembakau moden pada masa kini mengandungi beratus-ratus bahan kimia toksik, mempunyai tahap karsinogen yang tinggi dan boleh meragut nyawa dengan kesan sampingan yang sangat berbahaya. Justeru rokok elektronik sangat ideal untuk menggantikan rokok tembakau tradisional yang mana ia dapat memberikan kepuasan yang sama seperti rokok tembakau, dan ia sudah semestinya memberi keseronokan yang sama seperti rokok tembakau maka vape berbaloi untuk dicuba. Vape merupakan pengganti hebat kepada rokok tembakau kerana ia mengandungi sedikit bahan kimia dan direka dengan pelbagai peringkat nikotin termasuk bebas nikotin.

V2 Standard_E-Liquid Starter Kit

Kesimpulan

Rokok elektronik sangat sejajar dengan era globalisasi masa kini dan masa hadapan. Ia menyebabkan kurangnya pencemaran alam sekitar, selamat untuk kesihatan tubuh manusia dan member kepuasan yang maksima kepada pengguna. Pek permulaan vape sangat membantu para pengguna untuk memulakan aktiviti rokok elektronik dengan rasa yakin dan selamat. Setiap kit permulaan rokok elektronik dilengkapi dengan semua yang anda perlukan bahkan banyak lagi kemudahan lain turut disediakan dalam satu kotak justeru anda tidak perlu membazir masa untuk mencari aksesori lain mahupun perisa yang berlainan. Hal ini kerana segalanya telah tersedia di dalam pek permulaan rokok elektronik. Kepelbagaian perisa yang menarik dan penuh rasa adalah sesuatu yang ditawarkan oleh syarikat pembekal vape. Ia biasanya di datangi dalam bentuk kartrij. Bagi pek isian semula perisa rokok elektronik di datangi dalam bentuk botol, satu botol bagi stiap perisa serta berbeza tahap nikotinnya. Perisa atau rasa yang ditawarkan oleh syarikat pembekal adalah antara yang sangat popular di kalangan perokok serta hebat rasanya. Motif syarikat pengeluar vape melengkapkan kit permulaan rokok elektronik tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memudahkan pengguna menikmati kepuasan yang maksima ketika menghisap vape. Kit permulaan rokok elektronik membolehkan anda sentiasa teruja ketika menyedut wap vape membuatkan minat anda terhadap vape semakin berkembang. Hal ini demikian kerana anda sudah mula mempunyai perisa kegemaran sendiri, mula memikirkan jenama vape terbaik bagi peribadi sejajar dengan peredaran masa anda bersama rokok elektronik. Jadi tidak perlulah anda untuk tergesa-gesa keluar untuk membeli komponen rawak vape sebaliknya membuat langkah permulaan yang bijak iaitu dengan membeli hanya kit permulaan rokok elektronik. Percayalah, anda akan gembira dengan perubahan yang telah anda lakukan!