Apakah Vape Terbaik?

Yang Mendahului

Seperti yang anda nantikan, rokok elektronik yang terbaik untuk anda beli ialah bergantung dengan keperluan merokok tersendiri. Perokok harian amat sesuai menggunakan alat yang boleh dicas semula atau jenis pakai buang, dengan mempertimbangkan harga yang berpatutan dan betapa mudah alat itu diperolehi dalam beberapa tahun, sementara perokok tegar mungkin lebih cenderung membeli rokok elektronik yang menawarkan ciri-ciri yang lebih khas dan bateri yang lebih tahan lama. Dicadangkan supaya mencuba beberapa model berlainan, setelah mencubanya, anda boleh mendapati apakah jenis model yang sesuai dan yang anda sukai. Selain daripada itu, perokok harian boleh mendapatkan rokok elektronik simpanan. Walaupun ia bukan keperluan utama, tetapi dengan mempunyai peralatan yang ekstra anda boleh teruskan penggunaan sekiranya peralatan utama anda mempunyai masalah.

Alat tanpa asap ini semakin terkenal dengan mendadak. Berdasarkan analisis saintifik ia dapat membantu perokok untuj mengurangkan pengambilan rokok tembakau ataupun berhenti terus daripada ketagihan merokok. Sejak kajian dijalankan mengenai rokok wap ini, ia membantu perokok untuk berhenti merokok selepas 3 bulan penggunaan.

Apollo E-Cigs E-Liquid Bottles

Tradisional VS Wap/ Asap VS E-jus (E-Juice)

E-jus juga mengandungi nikotin, dengan jumlah berbeza dari kosong sehingga 4.8% dan mempunyai pelbagai jenis pilihan perisa bergantung dengan jenama dipasaran. Semua e-liquid mempunyai PG (Propylene-Glycol) dan/ atauVG (Vegetable Glycerin). Bahan ini yang mencipta wap. Campuran e-liquid yang kuat selalunya memberikan wap yang lebih kuat kesannya, dan sama seperti anda sedang merokok dengan rokok biasa.

Idea yang sama menarik ialah, e-liquid memberikan kepelbagaian dalam rasa dan turut terdiri daripada jus tanpa nikotin, oleh itu ia boleh digunakan oleh orang yang bukan merokok tetapi untuk setakat mencubanya ketika keluar berjalan-jalan.

Diantara perubahan analog rokok dan rokok elektronik yang mengedarkan nikotin kedalam sistem badan pengguna, ia menyebabkan kemunculan hangat dipasaran. Rokok wap mempunyai jualan sehingga 3billion dollar pada tahun lepas, dan dengan mempertimbangkan statistik jualan yang lebih baik, ia juga diragui jika boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan.

Pilihan Gaya dan Jenama

Contoh beberapa jenama kit permulaan:
BluCig ($12.80 hingga $79.95)
V2 ($29.99 hingga $181.49)
Clearette ($14.99 hingga $299.99)

Peralatan ini telah dipertingkatkan dalam 3 jenis rokok elektronik:

  • Peralatan Pakai Buang

    Alat ini merupakan jenis yang selalunya akan dibayangkan oleh pengguna mengenai rokok elektronik.Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan rokok tembakau yang normal dan mempunyai lampu yang bernyala dihujung rokok. Ia mempunyai kuasa automatik semasa digunakan. Oleh kerana alat ini mempunyai saiz yang kecil, baterinya juga hanya untuk waktu yang singkat. Ia menggunakan kartrij yang pra-diisikan dan boleh dibuang selepas cecairnya telah habis. Kartrij tambahan diperlukan dan ianya spesifik untuk alat jenis ini.

  • Alat yang Boleh Diisikan Semula

    Pengguna mencari pilihan yang lebih kos-bajet dengan kuasa wap yang kuat dan bateri yang lebih tahan lama mungkin akan mempertimbangkan untuk memilih rokok elektronik jenis yang boleh diisikan semula. Alat ini telah di isi semula dengan e-jus yang mempunyai pelbagai perisa yang boleh dibeli secara berasingan di mana-mana pembekal. Ia menggunakan sistem sedutan-wap yang boleh diisi semula beberapa kali sebelum ia perlu digantikan. Ia mempunyai bateri yang lebih besar dan mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dan tidak perlu dicas secara kerap.

  • Volt yang Pelbagai/Alat yang Boleh Dibina Semula

    Untuk prestasi yang maksimum dan pencapaian wap, alat MOD atau vol yang pelbagai boleh digunakan. Alat ini menawarkan pelbagai pilihan untuk ciri-ciri yang lebih canggih, tetapi dengan harga yang lebih mahal. Pilihan yang luas untuk sistem wap yang boleh disedut termasuk atomizer yang boleh dibina semula dan ditukarganti oleh pengguna. Alat ini sesuai untuk mereka yang berpengalaman dalam menggunakan rokok elektronik dari segi fungsi dan memahami prestasi penggunaan kuasa bateri.

Sistem pengedaran nikotin elektronik mengeluarkan wap yang merangsang rasa seperti merokok apabila menarik nafas melalui rokok elektronik. Rokok ini mempunyai tiga bahagian penting: unit dari kuasa lithium sebagai punca kuasa dan cas semula alat elektronik, atomizer yang turut memanaskan alat untuk menghasilkan wap, dan kartrij atau tangki yang membawa cecair e-jus.

Memilih Alat Yang Anda Perlukan

Berikut merupakan beberapa perkara sebagai kajian anda sebelum memilih rokok elektronik yang ideal untuk anda:

Kualiti Wap

Kuantiti dan Kualiti wap daripada rokok elektronik menentukan sejauh mana kebolehannya untuk memberikan rasa seperti rokok tembakau. Alat untuk mengeluarkan wap dengan kuasa bateri merupakan faktor utama untuk kualiti:

  • Rokok elektronik pagar buang: Alat ini menggunakan sistem-cartomizer dan bahagian yang kecil untuk punca kuasa bagi pengeluaran wap rendah dan sederhana.
  • Rokok elektronik isian semula: Menggunakan cartomizer/clearomizer dengan unit kuasa manual dari eGO, yang menghasilkan wap sederhana kepada tinggi.
  • Rokok elektronik pelbagai voltan/boleh diubahsuai: Menggunakan kuasa voltan yang tinggi dengan sistem wap yang lebih canggih untuk menghasilkan wap yang lebih tebal.

Penggunaan yang Mudah

Kejelasan penggunaan sesuatu alat adalah seiring dengan prestasinya. Rokok yang paling mudah digunakan ialah rokok yang mempunyai bateri automatik dan kartrij yang pra-diisikan. Alat yang boleh diisi semula memerlukan pengetahuan yang asal untuk mengisi dan mengekalkan keadaan rokok untuk memberikan kapasiti yang lebih baik dan lebih ekonomi.

  • Cartomizer pakai buang: Paling senang untuk digunakan. Kartrij hanya perlu diskrukan didalam dan aktifkannya menggunakan butang kawalan dirokok elektronik.
  • Clearomizer boleh disi semula: Mengisi semula kebanyakan alat merupakan proses yang senang dengan membuka clearomizer dan meletakkan e-liquid pilihan anda.
  • Pelbagai Voltan/boleh diubahsuai: Pemahaman mengenai resistan dan bekalan kuasa berserta dengan pengetahuan mengenai pengendalian dalaman rokok dan keperluan sampingan yang lain. Disyorkan untuk pengguna yang mempunyai pengetahuan dalam rokok elektronik sahaja.

Pengisian Semula Dan Sistem Peredaran

Terdapat sistem yang pelbagai untuk menghasilkan wap didalam rokok elektronik. Setiap satu daripanya mempunyai kelebihan dan kekurangan seperti ketebalan wap, perisa, dan kemudahan untuk mengisi semula. Alat isi semula merupakan alat yang ideal untuk penggunaan disamping menjimatkan kos.

  • Cartomizer pra-isian: Sudah tersedia untuk digunakan dan tidak boleh diisi semula. Wap yang dihasilkan agak terhad.
  • Clearomizer boleh diisi semula: Mempunyai wap yang baik dan perisa yang baik. Mudah untuk digunakan dan mudah untuk diisikan.
  • Tangki-Cartomizer boleh diisi semula: Wap yang dihasilkan agak tebal dan memuaskan, tetapi agak susah untuk disambung dan diisikan.

Battery Life Calculation

Saiz/Hayat Bateri

Bahagian terbesar didalam rokok elektronik merupakan bateri atau unit kuasa. Bateri yang lebih besar mempuyai lebih banyak kuasa dan hayat yang lebih lama. Alat yang lebih padat dengan unit kuasa yang lebih kecil lebih senang untuk dibawa kemana-mana tetapi lebih mudah kehabisan kuasa dan perlu dicas lebih kerap.

  • Rokok elektronik pakai buang dengan bateri automik yang kecil: Kecil dan padat. Penggunaan berterusan: 2 hingga 3 jam.
  • Rokok elektronik boleh diisi semula dengan bateri manual eGo 650mAH: Alat kecil yang mudah disimpan didalam poket. Penggunaan berterusan – 4hingga 6 jam.
  • Unit-kuasa yang boleh diganti untuk MOD pelbagai voltan: Menggunakan bateri yang lebih besar dan boleh ditukar ganti. Penggunaan berterusan: 8 hingga 10 jam.

Perisa

Kartrij pra-isian mempunyai pelbagai pilihan perisa bergantung kepada pengilang. Dengan menggunakan sistem isian semula ia membolehkan anda untuk memilih pelbagai jenis e-liquid dari jenama yang berbeza. Terdapat ratusan perisa untuk dicuba dan anda boleh mencari perisa kesukaan sendiri.

  • Tembakau: Jika anda baru merokok, anda mungkin mahukan perisa yang hampir sama seperti rokok yang anda telah biasa gunakan.
  • Buah-buahan: Merasa tembikai segar atau oren amat memuaskan hati pada bila-bila masa sepanjang tahun sekiranya anda mahukan perisa buah-buahan.
  • Sensasi Menthol: Rasa sejuk dan disertai rasa manis menjadikan sensasi perisa menthol adalah salah satu yang disukai ramai.

HaloCigs E Liquid & E Cig Flavors

Penampilan

Gaya dan penampilan merupakan kunci dalam elemen didunia sekarang. Terdapat banyak jenis penampilan yang boleh didapati pada produk-produk dipasaran, seperti yang hampir sama dengan rekaan rokok tembakau atau sesuatu yang lebih besar dan mempunyai sistem yang lebih canggih.

Mempunyai Kelas Yang Teratas

Salah satu jenama rokok elektronik yang mendahului dipasaran laman web dan rokok elektronik komersil, terdapat V2Cigs, yang dikenali sebagai rokok Vapor2. Kita telah mendapati V2Cigs berkembang sari sebuah syarikat kecil kepada salah satu syarikat yang amat terkenal dan jenama bertaraf tinggi untuk rokok elektronik dipasaran.

Kit permulaan jenama V2 merupakan pilihan yang amat ideal kerana jika anda ingin memiliki kesemua keperluan didalam satu pembelian sahaja dengan harga yang amat berpatutan. Walaupun anda merupakan perokok yang aktif, kit ini boleh memberikan anda keperluan merokok berterusan tanpa perlu menggantikan kartrij untuk satu tempoh masa tertentu. Kit ini mengandungi 3 akumulator (bateri elektrik yang boleh dicas semula) jenama V2, 25 kapsul perisa jenama V2, satu adapter jenis AC, satu alat pengecas pintar, satu adapter kereta, satu bekas penyimpanan alat pengecas, satu Power Cig jenama V2, satu bekas penyokong jenis besi, satu lanyard atau tali penyandang, dan manual arahan yang mudah difahami.

Jenama V2Cigs memberikan pengenalan yang baik melalui bungkusan kotak berwarna putih yang mempunyai semua elemen yang disusun rapi dan sedia untuk digunakan. Bateri juga telah mempunyai cas oleh itu anda hanya perlu menarik nafas sahaja untuk penggunaan yang pertama dan tidak perlu menunggu lagi sambil mengecas bateri sehingga penuh untuk mula merokok. Ulasan-ulasan pada jenama V2Cigs boleh didapati dimerata tempat. Kebanyakan ulasan adalah amat positif dan jenama V2 menjadi jenama nombor 1 untuk kebanyakan laman web. Ia merupakan jenama yang paling disukai ramai kerana beberapa sebab: inovasinya yang tidak pernah terhenti, prestasi memuaskan yang konsisten dan harga yang berpatutan untuk semua pengguna. Sila rujuk pada Jenama Vape – Ulasan Jenama V2Cigs.