Cara Terbaik Untuk Berhenti Merokok

Satu kajian dari British mendapati bahawa 60% orang yang berhenti merokok berjaya dengan menggunakan rokok elektronik, jika dibandingkan dengan orang yang berhenti merokok dengan cara menggunakan gula-gula getah bernikotin dan tampalan ubat. Jumlah yang sama iaitu 60% orang berjaya merokok dengan menggunakan rokok elektronik jika dibandingkan daripada orang yang berhenti dengan cara mengawal diri sendiri.

Vape disediakan dengan kandungan nikotin didalam rokok elektronik tanpa asap tembakau dan dengan cara itu, ia dapat mengurangkan keinginan merokok yang kuat dari perokok, merujuk kepada maklumat asas dari laporan tersebut. Pengguna vape semakin meningkat dalam beberapa tahun yang lepas: Hanya 2% perokok di U.S disahkan menggunakan rokok elektronik pada tahun 2010, dan jumlah ini meningkat sehingga 30% pada tahun 2012.

E-cigarettes Smokers

Vape Penyelamat Keadaan

Satu pendapat yang didebatkan dialah vape boleh menyebabkan penurunan asap rokok biasa,dan membantu ribuan orang yang menjalankannya. Satu-satunya penyebab alat tanpa asap ini berhneti daripada lebih banyak digunakan ialah kerana populasi ini tahu yang ianya tidak teratur, oleh itu ada diantaranya yang tidak ingin menggunakan alat ini, seperti yang dinyatakan oleh Dr, Nathan Cobb, Pembantu Professor Perubatan, di Universiti Perubatan Georgetown Universiti, di Jabatan Pulmonari dan Rawatan Rapi. Pakar lain mengakui analisis yang lebih komprehensif diperlukan supaya pakar perubatan dapat merangka prosedur untuk Kesihatan Awam yang lebih baik yang menetapkan bahawa ialah rawatan akhir untuk perokok. Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menyatakan samada vape berkesan untuk membantu dalam berhenti merokok.

Tembakau ialah punca kematian sebanyak lebih kurang 5milion setiap tahun diseluruh dunia. Ia merupakan punca kematian yang boleh dielakkan dan ia tidak berlaku secara tiba-tiba. Apabila ada alat baru mempunyai kebolehan untuk membantu orang berhenti merokok, ia laris dipasaran, dan banyak perokok berminat untuk mencubanya dan salah satu alat tersebut ialah rokok elektronik.

Vape – Dulu, Kini dan Akan Datang

Vape dicipta di China pada 2003, dan dibawa ke pasaran U.S pada 2007 dan ia membawa rakan dan lawan diseluruh dunia. Adakah ianya berkesan untuk membantu anda berhenti merokok? Penyokong vape mengesahkan yang ianya membantu dan beranggapan bahawa rokok ini lebih baik daripada merokok dengan rokok biasa- baik dari segi kesihatan dan juga penjimatan wang. Tetapi FDA dan jabatan Kesihatan yang lain tidak begitu pasti. Mereka ingin tahu maklumat lanjut mengenai kesan sampingan vape dan ada yang mencadangkan peraturan yang ketat. Kini, rokok elektronik bukan termaktub didalam perundangan tembakau di U.S kerana tiada tembakau digunakan, yang menyebabkan kesukaran dalam menguatkuasakan larangan kepada orang bawah umur.

Penyokong rokok elektronik mengatakan produk ini membantu mereka untuk berhenti merokok dan rokok elektronik ialah pilihan yang lebih sihat daripada rokok tembakau, kerana mereka hanya menggunakan rokok untuk membawa nikotin kepada badan, bukannya melalui asap. Lagipun, asap dari rokok tembakau yang dikatakan pembawa kanser. Rokok elektronik tidak mendedahkan pengguna kepada sisa toksik yang sama, kerana ia tidak mempunyai asap, atau tembakau, untuk memindahkan nikotin kepada paru-paru. Alternatifnya, alat itu memancarkan nikotin didalam cecair khas, yang menukarkanya kepada bentuk titisan wap untuk disedut oleh pengguna.

Get Rid Of Cigarettes

Rokok Elektronik Ialah Alat Yang Membantu

Ramai orang mencari cara untuk berhenti merokok dan menggunakan rokok elektronik, memaklumkan yang peralatan ini telah mengubati mereka sehingga berhenti menggunakan rokok tembakau sepenuhnya. Peminat rokok elektronik mengatakan mereka kurang batuk dan senang bernafas apabila menggunakan rokok elektronik berbanding rokok biasa dan tidak meninggalkan kesan bau asap rokok dan gigi yang kuning. Rokok elektronik, berbeza dari pengganti nikotin yang lain seperti gula-gula dan tampalan, memberikan banyak rasa dan aksi seperti merokok seperti biasa. Sebenarnya dengan menggunakan alat ini, menarik dan menghembus wap adalah sama seperti menarik dan menghembus asap rokok. Kartrij nikotin juga terdapat dalam perisa tembakau, supaya dapat memberi persamaan ketika merokok seperti rokok biasa, dan pengguna juga boleh memilih perisa lain, seperti mint atau coklat.

Sementara sebilangan pelanggan rokok elektronik masih merokok dengan rokok tradisional pada masa yang sama, kebanyakan mereka telah merubah kepada rokok elektronik sepenuhya. Sebilangan perokok telah mula untuk menggunakan rokok elektronik dengan andaian yang belum lagi disahkan selamat, tapi berbaloi, kerana kesan buruk rokok tembakau amat diketahui ramai.