Dunia Vaping

VaporFi All Kits

Dunia vaping adalah pengenalan tentang peralatan rokok elektronik atau vape dan ia adalah sebuah kedai borong unik yang dilengkapi denagan semua yang anda inginkan untuk menggunakan vape. Kedai alatrokok elektronik dan aksesori menawarkan produk premium dari jenama popularbuatan Amerika untuk dijual pada harga yang terbaik di luar sana. Jika anda berminat untuk mencuba vaping buat kali pertama atau mencari alat rokok elektronik yang baru untuk dicuba maka wajib pergi ke kedai pembekal rokok elektronik atau vape iaitu World of Vape.Anda mungkin mula bertanya pada diri anda sendiri perkara seperti, apakah yang dimaksudkan dengan peralatan vape, bagaimana untuk mendapatkan pilihan yang betul, dan mengapa saya perlu mempertimbangkan untuk menggunakan vape secara persendirian?

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Vaporizer?

Vaporizer adalah alat elektronik (biasanya dikendalikan oleh bateri yang boleh diguna semula dan berlainan saiz) yang menghasilkan kepulan asap dari wap apabila pengguna menyedut melalui corong vape dan menyebabkan e-jus mengalir ke mulut, melalui atomizer, dan akan melalui mulut, paru-paru, dan badan pengguna. Wap adalah satu bentuk penghantaran nikotin dengan kepekatan yang berbeza ke system badan. Vape juga dikenali sebagai rokok elektronik (aka e-cig dan e-rokok), vaporizer peribadi (Personal Vaporizer= PV) dan sistem elektronik penyampaian nikotin (juga dikenali sebagai ENDS). Wap yang dihasilkan daripada vaporizer direka sama seperti rasa merokok rokok tembakau tradisional, membenarkan ia untuk ditukar dengan satu sama lain.

VaporFi Starter Kit Pro

Vaporizer juga boleh digunakan sebagai alat untuk menggantikan rokok tembakau tradisional kerana ketagihan yang dikurangkan secara beransur-ansur adalah dengan cara mengurangkan tahap potensi nikotin supaya pengguna akhirnya boleh berhenti selaras dengan matlamat mereka untuk berhenti merokok.

Kebanyakan orang yang menggunakan vape selepas menghisap rokok tembakau tradisional adalah bertujuan untuk berhenti merokok dan vape atau rokok elektronikmemberi peluang dan penyelesaian kepada perokok untuk berhenti merokok. Perokok menjadi lebih mudah untuk berhenti merokok apabilan beralih kepada vape tanpa nikotin. Selain itu, orang-orang yang mahu untuk berhenti merokok boleh terus menikmati vape kerana rokok elektronik atau vape yang bebas nikotin atau e-jus (e-juice) bernikotin 0 mg bermaksud pengguna masih boleh ‘merokok’tanpa menyedut nikotin kerana mereka hanya mahu menikmati pergerakan seperti merokok dan bukan kerana mereka ketagihan nikotin.
Apollo Veporizer Device
Vaporizer mempunyai beberapa bentuk yang berbeza.Ia boleh didapati dalam bentuk kecil, sederhana, dan bentuk APV (juga dikenali sebagai mod) dan dirujuk sebagai model generasi pertama, generasi ke-dua, dan generasi ke-tiga. Model yang berbeza menggambarkan perkara seperti saiz keseluruhan, kapasiti bateri, dan hasil wap tersebut.Kebanyakan jenama vape menyediakan sekurang-kurangnya satu bentuk model setiap generasi untuk memberi pilihan kepada pengguna di bawah satu jenama tertentu. Dunia Vape mempunyai beratus-ratus pilihan dalam pelbagai saiz model yang berbeza dan menjadikan ia mudah bagi pengguna untuk mencampur adukkan dan menggabungkan jenama-jenama yang mereka ingini.

Vaporizer Jenis Mini

Vaporizers Mini terdapat dalam beberapa nama yang berbeza, seperti ‘stick ecigs’ atau‘cigalikes’ dan ia dirujuk sebagai “model generasi pertama”. Ia sering menjadi kaedah pilihan vape untuk pengguna baru kerana kedua-duanya kelihatan seperti rokok tembakau tradisional dan mempunyai rasa yang sama ditambah dengan kaedah yang paling berkesan untuk dicuba. Vape mini terdiri daripada dua bahagian untuk berfungsi dengan betul – iaitu kartrij yang mengandungi perisa dan vaporizer yang menghasilkan wap dan kemudian terdapat bateri boleh cas semula yang memberikan bahan api cartomizer untuk memanaskan dan menukar rasa menyegarkan dari e-cecair ke dalam bentuk wap tebal yang mantap. Vape mini adalah terbaik untuk pengguna berprofil rendah kerana ia merupakan vaporizer mudah alih yang membolehkan perokok boleh menikmati rokok elektronik tanpa mengira lokasi sama ada di dalam atau luar rumah. Terdapat kebaikan dan keburukan menggunakan vape mini. Kelemahan menggunakan vape mini terutamanya berdasarkan kepada pilihan peribadi kerana saiznya yang lebih kecildan kurang cekap untuk membantu proses penggunaan vape kerana mereka mempunyai bateri yang lebih kecil dan pengubahsuaiannya adalah terhad. Kelebihan untuk menggunakan vaporizer mini jauh lebih banyak daripada keburukannya.

Sebahagian besar dihasilkan dalam mod automatik, ianya kurang menonjol, dan berasa seperti rokok tembakau biasa, namun adalah cara paling murah untuk menggunakan vape. Vape mini mungkin tidak menghasilkan kepulan wap setebal rakan-rakan segenerasinya, tetapi ia masih boleh memuaskan hati pengguna dengan pengeluaran wap tebal seperti dengan rokok tembakau biasa.

Apollo Mini Vaporizer

Vaporizer Saiz Sederhana

Generasi kedua dalam model Vaporizer juga dikenali sebagai model saiz sederhana. Saiz sederhana ini dikenali sebaghai jenis-eGo dan fat-batt dan dikatakan sebagai Vaporizer nombor satu kerana ia sesuai dengan kehendak semua pengguna. Vaporizer saiz sederhana lebih disukai kerana ia lebih besar dari model generasi pertama, saiznya seperti cerut, dan baterinya lebih besar. Maksudnyaia lebih tahan lama dan lebih berkesan untuk digunakan.

Apollo ECigs Superior Ego Kit

Sebagai tambahan, ia juga memberikan penghasilan wap yang lebih banyak daripada vape kecil yang lain. Ia mungkin berharga lebih mahal daripadavape model yang kecil yang lain, iaitu 50% lebih mahal, tetapi penggunaan vape yang kos efisien ini baik untuk pengguna baru mahupun pengguna yang berpengalaman. Kebanyakan pengguna baru tidak selesa dengan kaedah manual tetapi ia membolehkan mereka untuk mengubahsuai vape tersebut untuk memberikan tahap nikotin yang diingini. Bahagian penyimpanan e-juice merupakan tempat yang jernih dan boleh mengisi cartomizer generasi pertama, yang membolehkan pengguna untuk melihat kandungan e-juice dan mengisi semula dengan mudah. Tidak seperti kartrij pakai buang, dari vaporizer mini yang lebih susah untk diisi semula dan tidak disarankan oleh pengilang e-cig, vaporizer saiz sederhana boleh diguna semula dan senang untuk diisi dengan beberapa latihan.

Clearette Vaporizer

Vaporizer Persendirian Yang Canggih (APVs : Advanced Personal Vaporizers)

APVs atau mod merupakan peningkatan lojik daripada generasi kedua.Iadianggap model vaporizer generasi ketiga dan ramai yang menyatakan penampilannya adalah lebih besar dan unik. Secara umum, terdapat dua kelas APV– berbentuk kotak boxmod dan tiub. Boxmod ini adalah sama bentuk seperti satu pek rokok dengan corong dilampirkan manakala tubemod yang kelihatan seperti lampu suluh dengan disertakan corong, kedua-dua model mempunyai bateri yang besar dan sistem penyampaian manual sepenuhnya yang bermakna anda akan mengalami pengalaman menggunakan vape yang menepati kehendak dan dapat benar-benar menyesuaikan diri dengan keseluruhan vaporizer. Model yang canggih ini tidak digalakkan untuk pengguna barukerana ia lebih rumit untuk digunakan dan mempunyai banyak butang dan wisel yang boleh menyukarkan pengguna baru. Di samping itu, mereka juga boleh mengguna semula dan hanya memerlukan pengisian semula seperti model generasi kedua yang lain.Ingat, saiz bateri adalah segala-galanya dalam vaporizer e-cig yang bermaksud lebih besar bateri, lebih baiklah prestasinya.

Bagaimana Untuk Memilih Vaporizer?

Yang paling utama, vaporizer yang dipilih berdasarkan keperluan peribadi, walaubagaimanapun, ia mengambil masa, latihan dan percubaan beberapa jenis vaporizer sebelum anda boleh mengenalpasti vaporizer yang anda paling selesa. Tambahan pula, terdapat beberapa vaporizer mudah alih yang turut menjadi salah satu faktor untuk dipertimbangkan dengan alat semua dalam satu.Jika anda merupakan pengguna baru, paling disarankan untuk menggunakan vaporizer model generasi pertama atau generasi kedua dan teruskan sehingga anda boleh menjumpai satu vaporizer yang anda paling selesa. Terdapat banyak kit yang ditawarkan dan memberikan pengguna pengalaman merokok secara premium dengan kos yang lebih rendah, dan anda boleh mendapatkan pelbagai variasi pilihan diWorld of Vape (Wov) atau Dunia Vape. Mereka menyediakan pilihan yang terbaik untuk jenis-jenis vaporizer dengan harga yang berpatutan dan merupakan pembekal premium rokok elektronik atau vape.

VaporFi Pro Kit

Kenapa Mesti Menggunakan Vaporizer Persendirian?

Ia senang disimpan, selamat untuk digunakan daripada rokok tembakau tradisional. Ini kerana pengguna menarik nafas 4000 kali ganda kurang bahan kimia daripada rokok tembakau, dengan menggunakan e-juice yang hanya mempunyai kurang daripada lima jenis bahan. Sebagai tambahan cecair vape tidak memberi kesan kepada sesiapa disekeliling. Oleh itu rokok wap boleh digunakan, atau disedut dimana-mana tempat termasuk kawasan larangan merokok rokok tembakau. Ia termasuk lapangan terbang, bar, dan kedai kopi. Kelebihan ini membuatkan pengguna rokok elektronik dan vaporizer lebih mudah untuk merokok dimana-mana dengan mesra alam dan selamat walaupun ada orang disekelilingnya.

Ia lebih Selamat Berbanding Cara Merokok Yang Lain

Rokok tembakau tradisional mengandungi beribu-ribu bahan yang kebanyakannya penyebab kanser dan rokok wap dan rokok elektronik tidak mempunyain bahan yang memudaratkan.Ia cuma terdiri daripada propylene glycol (PG), vegetable glycerin (VG), bahan perisa, and nikotin.Kadangkala anda juga boleh membeli perisa yang mempunyai rasa kafein, tetapi, bahan-bahan yang digunakan untuk e-liquid hanyalah terdiri daripada beberapa jenis bahan saja supaya ianya menjadi alternatif yang lebih selamat. Tambahan pula, apabila anda merokok dengan cara yang selamat, anda juga memberikan kesan yang baik untuk orang disekeliling.

South Beach Smoke New Vaporiser

Rokok Wap Adalah Mesra Alam

Menggunakan vaporizer adalah selamat untuk anda dan orang disekeliling dan juga ianya mesra alam dengan mengurangkan bahan-bahan untuk mencipta rokok alternatif. Anda tidak perlu lagi memikirkan tentang perokok kedua atau ketiga dan memberikan kesan seperti rokok tembakau tradisional.Dengan vaporizers, kesan buruk tidak dilepaskan dan hanya wap dikeluarkan selepas digunakan. Ini juga bermakna bahawa tidak ada bau berlarutan yang boleh mengganggu mereka yang mempunyai asma dan alergi dan tidak ada sisa kuning yang melekat pada perabot dan dinding.

Anda tidak menjumpai kesan rokok elektronik seperti kesan yang ditinggalkan oleh rokok tembakau iaitu kesan bau dan bekas. Tambahan pula, vaporizer mengeluarkan sampah yang lebih sedikit daripada rokok alternatif lain dan ia labih senang dibuang dan tahan 1.5kali ganda daripada rokok tembakau biasa dan model yang lebih canggih adalah mudah untuk diisi semula dan ia tidak mengeluarkan sampah selain daripada botol e-juice yang boleh diisikan dengan cecair seterusnya.

Vaporizer Ialah Cara Yang Paling Kos Efisien Dan Tidak Mahal Untuk Merokok

Sama ada anda membuat keputusan untuk menggunakan vaporizer siri 1, vaporizer saiz sederhana, atau vaporizer generasi ketiga dipertingkatkan sepenuhnya anda akan mendapati bahawa penjimatan kos berbanding dengan rokok tembakau tradisional adalah terbaik. Pembelian awal biasanya merupakan pembelian yang paling mahal tetapi memikirkan ia sebagai satu pelaburan untuk penjimatan kos pada masa hadapan. Julat harga permulaan bagi kit permulaan vape boleh bermula dari $50 dan diteruskan sehingga beberapa ratus bergantung kepada apa jenis kit anda beli, jenis vaporizer, dan mana-mana pilihan peribadi yang anda pilih. Jika dibandingkan harga beberapa pek rokok yang bersamaan dengan penggunaan selama sebulan, pecahan kos purata adalah seperti berikut:

  • 31 pek rokok tembakau x $ 6 = $ 186
  • 31 kartrij e-cig x $ 2.50 = $ 77,50
  • 3 botol 30ml e -cecair x $ 15 = $ 45

Kos penjimatan adalah besar kerana harga rokok untuk kegunaan sebulan lebih mahal berbanding kos vape dan e-cecair untuk sebulan.

V2Cigs Personal Vaporizer Production

Mencari Kedai Rokok Wap Berdekatan

Terdapat banyak kedai rokok pada masa ini yang menjual atau khas menjual peralatan vape saja, tetapi jika tidak selesa pergi ke kedai, anda boleh memilih tempat yang lain, atau jika tiada kedai yang berdekatan, anda boleh membeli di World of Vape (WoV) atau Dunia Vape secara online, Ia merupakan pemborong vaporizer dan rokok elektronik yang menawarkan jenama popular, kit permulaan, model dari generasi satu hingga tiga, e-liquid yang enak, dan aksesori yang anda boleh gambarkan.

Jika anda mencari jenama yang terbaik untuk memulakan penggunaan vape, anda perlu mencuba jenama yang terkenal iaitu Apollo kerana jenama ini menawarkan kit permulaan yang tidak mahal, cuma $54.95 sahaja, dengan 5 tahap nikotin pilihan, dan anda boleh mencipta sendiri jenis perisa, dan ada 25 jenis perisa unik untuk dipilih.

Kesimpulan

Vape merupakan cara baru untuk merokok. Ia lebih selamat, sihat, tahan lama, kos efisien dan mesra alam. Dunia Vape (WoV: World Of Vape) menawarkan pelbagai pilihan vaporizer dan rokok elektronik buatan Amerika. Selain menjadi pembekal, Dunia Vape juga menjadi pusat komuniti untuk pengguna vape mengetahui harga persaingan yang ditawarkan dan hanya produk yang menepati kehendak dipaparkan untuk jualan.