Harga Vaporizer & Vape

Kos selalu memainkan peranan penting dalam membuat pilihan, dan untuk vaporizer, kos merupakan faktor penentu pada kebanyakan individu dalam membuat keputusan samada menggunakan rokok elektronik adalah pilihan yang tepat untuk mereka. Terdapat beberapa perkara untuk dipertimbangkan dalam mengira harga vaporizer dan menentukan samada vaporizer lebih kos-efisien dari produk merokok tradisional atau tidak. Kos pada peralatan, kos pada e-liquids, kos penyelenggaraan dan aksesori merupakan perkara-perkara yang dapat mempengaruhi dalam harga peralatan rokok elektronik.

JAC Vapour Kit

Perkara Yang Mempengaruhi Harga Vaporizer

Harga untuk peralatan vaporizer atau rokok elektronik sudah pasti berbeza, seperti kebanyakan produk lain, bergantung pada kualiti, jenama, dan lokasi pengilangannya. Semakin tinggi kualiti sesuatu jenama ia mungkin berharga lebih mahal berbanding dengan rokok elektronik yang rendah kualiti dan murah: walaubagaimanapun, vaporizer yang berkualiti murahan mungkin perlu digantikan atau mengandungi komponen subpar yang menyebabkan risiko kesihatan yang lebih besar kepada pengguna.

Sesetengah tempat memerlukan peralatan ini di import, yang boleh meningkatkan harga bergantung kepada lokasi ia di import kerana termasuk didalam penghantaran dan caj kastam. Tambahan, kepelbagaian dalam cukai juga mempengaruhi harga. Tambahan lagi, sesetengah tempat melarang penjualan dan penggunaan produk jenis ini, menambah kemungkinan terdapat denda yang dikaitkan dengan perlanggaran undang-undang tempatan. Atas disebabkan ini, terdapat potensi kadar yang berlainan dalam harga peralatan rokok elektronik.

Harga Peralatan

Jenis-jenis peralatan tersebut terutamanya, boleh mempengaruhi harga. Jenis kadar setiap peralatan, menyebabkan peralatan rokok elektronik pakai buang lebih cenderung untuk dibeli, satu peralatan merokok standard yang boleh digunakan berulang kali, atau peralatan yang lebih canggih direka untuk digandingkan dengan e-liquid yang memberikan sedutan wap yang lebih tebal.

Vaporizer atau peralatan rokok elektronik boleh dibeli secara berasingan atau dalam kit yang sudah lengkap. Vaporizer yang paling biasa ialah Pen Vaporizer (Peralatan Rokok Elektronik berbentuk Pen). Terdapat dua jenis pen: pen yang direka untuk digunakan bersama herba kering dan yang direka untuk digunakan dengan e-liquid (cecair).

Apollo Veporizer Device

Harga Pen Vaporizer Untuk Digunakan bersama Herba Kering

Satu Pen Vaporizer yang digunakan bersama herba kering boleh mencecah kos dalam $60 atau dalam lingkungan harga itu. Walaubagaimanapun, terdapat syarikat yang mempunyai jualan yang menawarkan peralatan dengan harga yang lebih murah; sementara syarikat lain mempunyai rekaan yang lebih canggih dan lebih berkelas tinggi.

Harga Pen Vaporizer Untuk Digunakan Bersama E-Liquid

Satu Pen Vaporizer yang direka untuk digunakan bersama e-liquid boleh mencecah harga sekitar $15 untuk peralatan pakai buang, dan berkadar antara $30 sehingga $100 untuk peralatan bukan jenis pakai buang.

Harga untuk Pen Vape Kit- Kit permulaan dan Kit Canggih

Vape jenis Pen juga boleh didapati dengan membeli kit, yang mempunyai beberapa sampel e-liquid. Peralatan rokok elektronik ialah didalam sesebuah kit berharga sekitar $50 untuk kit permulaan asas, kepada lebih $130 untuk kit yang lebih canggih. Perbezaan antara kit permulaan dan kit lebih canggih adalah lebih kepada kualitinya dan kapasiti kepanasan pada bahan yang digunakan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa e-liquid yang mungkin tidak sesuai digunakan disebabkan oleh tahap kepanansan yang digunakan.

Clearette Vaporizer

Harga E-Liquid (Cecair Elektronik)

Jenis e-liquid merupakan pertimbangan penting pada harga peralatan rokok elektronik. Terdapat banyak pilihan dari jenama, perisa, dan kualiti e-liquid yang ada, dan kepelbagaian ini semestinya mempengaruhi harga peralatan merokok tersebut. E-liquid mempunyai pelbagai pilihan perisa dari perisa tradisional seperti menthol dan tembakau kepada rasa yang lebih eksotik iaitu perisa buah-buahan kepada perisa istimewa, iaitu perisa edisi terhad.

Dari segi pilihan jenis perisa dan jenama, saiz pada botol e-liquid juga mempengaruhi harganya. Saiz botol ada berbeza dari saiz kecil, iaitu “saiz sampel”, sebanyak 5ml dan saiz botol yang besar sebanyak 30ml dan boleh didapati secara pukal. Banyak syarikat menawarkan harga penjimatan dengan pembelian pukal.

E-liquid dalam botol 3ml boleh dibeli dalam harga $3.
E-liquid dalam botol 10ml boleh dibeli dalam harga $7.
E-Liquid dalam 15ml boleh dibeli dalam harga $10.
E-Liquid dalam botol 30ml boleh dibeli dalam harga $15

Kos Penyelenggaraan

Kos penyelenggaraan ialah bergantung pada pilihan seseorang. Perkara yang termasuk dalam kos penyelenggaraan alat ini adalah seperti aksesori, seperti bekas untuk menyimpan dan juga kit pembersihan untuk menjaga kebersihan peralatan. Apabila cecair elektronik berkurangan, ianya perlu diganti supaya aktiviti merokok boleh diteruskan. Kekerapan penggunaan selalunya mempengaruhi kos penyelenggaraan. Lebih kerap seseorang itu merokok, lebih cepat e-liquid berkurangan, oleh itu anda akan lebih kerap membeli e-liquid, dan ini menentukan perbelanjaan anda dalam penggunaan peralatan rokok elektronik,pada masa yang sama tabiat merokok anda.

VaporFi Pro Kit

Harga Aksesori Pen Vape

Dalam peralatan, tangki individual boleh dibeli untuk memenuhi gaya yang berlainan dan fungsi, seperti menyimpan jumlah cecair yang banyak, atau untuk kegunaan e-liquid yang telah dipadatkan (intensifying e-liquids). Tangki secara amnya dijual dengan harga $30-$40, tetapi akan menjadi lebih mahal dengan rekaan yang lebih cantik.

Harga Alat Gantian

Alat gantian adalah bergantung dengan apa yang perlu untuk diganti, tetapi bahagian yang biasa diganti ialah kepala coil. Boleh didapati dalam $10 untuk satu pek.

Harga Bekas Simpanan

Harga untuk bekas simpanan bergantung kepada jenis rekaan, bahan, dan pengilang. Bekas untuk Pen Vape boleh dibeli dengan harga serendah $7.

Harga Kit Pembersihan

Alat pembersihan Pen Vape, terutamanya yang direka untuk digunakan bersama herba kering, boleh meningkatkan lagi hayat peralatan, dan ia menjadi keperluan kepada pengguna. Harga kit pembersihan berbeza untuk Pen Vape, tetapi boleh dibeli dalam harga $15.

Kos Rokok Elektronik Dan Rokok Tradisional

Memberikan potensi untuk variasi yang pelbagai dalam harga dan mengekalkan penggunaan rokok elektronik, apabila ditanya mengenai mana yang lebih murah, merokok dengan rokok elektronik atau rokok tradisional, jawapannya ialah bergantung kepada anda. Setiap individu yang membeli alat yang mahal, aksesori, e-liquid di pasaran, mereka mendapati kosnya sehingga ratusan dollar atau lebih.

Walaubagaimanapun, pengguna yang lebih suka berjimat, yang membeli perlatan yang lebih standard atau premium, pilhan perisa bajet dan mencipa resipi sendiri dari bahan yang boleh didapati dari kedai runcit, dan menghadkan aksesori supaya lebih kepada fungsi dan bukannya fesyen, pengalaman merokok dengan mudah menjadi kaedah penjimatan kos berbanding pilihan rokok tradisional.

Apollo Ecigs Clearomizer

Vaporizer Berkualiti Untuk Harga Yang Berpatutan

Selalunya, apa yang membuatkan penggunaan rokok elektronik menelan belanja ialah kos untuk peralatannya. Jumlah yang dibelanjakan untuk alat sahaja diberi justifikasi oleh ramai pengguna sebagai “perbelanjaan sekaligus” untuk permulaan sahaja. Oleh kerana kebanyakan individu mempunyai perancangan untuk membeli satu vaporizer seumur hidup untuk kegunaan peribadi, mereka perlu mencari yang paling sesuai.

Oleh itu, kebanyakan pengguna rokok elektronik mencuba jenama Amerika yang lebih dipercayai dan jenama utama untuk alat dan keperluan merokok. Jenama, seperti Apollo Electronic Cigarettes, HaloCigs, South Beach Smoke, and Vaporfi adalah diantara jenama yang mendahului didalam industri ini dengan ranking yang tertinggi dari segi kepuasan pengguna dan kualiti produk. Membeli peralatan elektronik (e-device) dari jenama yang dipercayai boleh menigkatkan lagi kepercayaan pada peralatan ini dan anda boleh membeli satu sahaja alat yang paling bagus.

Memilih peralatan yang rendah kualiti boleh menyebabkan peralatan cepat rosak atau kerap diganti, dan meningkatkan bahan kimia berbahaya yang digunakan semasa proses pembikinanannya di kilang, yang boleh memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan walaupun setelah beralih daripada cara merokok dengan rokok tradisional.

Mengurangkan Harga Vaporizer

Jika berminat untuk mengurangkan harga dalam penggunaan rokok elektronik, banyak pelanggan memilih untuk menggunakan sampel yang dijual dari atas talian (online) dan dikedai-kedai. Produk dalam bentuk sampel boleh menjimatkan wang pelanggan disamping mereka boleh mencuba pelbagai pilihan perisa. E-liquid dari saiz sampel adalah lebih murah selalunya. Banyak pengguna rokok elektronik memilih untuk membeli saiz sampel untuk perisa baru yang mereka minati sebelum komited untuk membelinya dalam botol bersaiz besar. Apabila membeli secara atas talian, banyak syarikat menawarkan tawaran hebat pada penghantaran, atau penghantaran percuma pada setiap pembelian dengan harga tertentu. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan wang, dan mengurangkan harga dalam penggunaan rokok elektronik.

Analisis untuk kos jangka pendek unutk kedua-dua kaedah merokok, produk elektronik atau tradisional, yang utama sekali untuk dipertimbangkan ialah kos sebenar dalam membeli pek yang lain untuk rokok atau sebotol e-liquid, tetapi dalam jangka masa panjang, kos analisis termasuk dengan barang-barang yang lebih mahal, seperti harga bil perubatan atau pelan insurans yang disebabkan oleh pilihan cara hidup.

Disebabkan ini, banyak individu menyasarkan kepada pilihan merokok yang paling kos-efektif untuk berhenti merokok sepenuhnya. Menggunakan peralatan e-merokok yang tidak tradisional, seperti rokok elektronik, telah membantu banyak individu untuk mengurangkan keinginana mereka terhadap nikotin dan akhirnya berhenti merokok; pada masa yang sama, individu lain telah melihat e-vaporizer boleh menjimatkan, alternatif yang lebih sihat dan menjadi pakar dalam kaedah e-merokok, dan menggunakannya sebagai ekspresi untuk setiap peribadi seseorang dan kreativiti , mencipta perisa dan resipi baru.