Sub-Ohm Tanks

JAC Vapour Kanger Subtank Nano Front.adj

Sesiapa yang beralih dari rokok tradisional kepada vape, mereka masih lagi memerlukan perasaan merokok seperti sedang menggunakan rokok tradisional. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menggunakan sub-ohm tanks. Tangki ini mempunyai sistem coil yang rendah yang boleh meningkatkan aliran udara dan memberikan suasana menggunakan vape seperti sedang merokok.

Oleh itu, apakah yang anda perlu tahu mengenai alat ini? Bagaimanakan caranya untk anda meningkatkan penggunaan vape seperti merokok biasa?

Memahami Sub-Ohm Tanks: Cara Ia Berfungsi?

Perkara utama yang perlu anda ketahui ialah tangki ini mengewapkan e-liquid dalam jumlah yang besar. Oleh itu, tangki ini menggunakan lebih e-liquid berbanding clearomizer tradisional, disamping menjadi tempat untuk mengisi e-liquid keperluan anda. Sub-ohm tanks mengewapkan e-liquid tersebut dalam jumlah yang besar dengan singkat. Ia juga bermakna anda perlu mengisi tangki ini dengan e-liquid dengan lebih kerap supaya ia boleh terus menghasilkan jumlah wap yang anda inginkan.

Tambahan lagi, tangki ini beroperasi dengan coil yang memanaskan e-liquid dengan kadar yang cepat. Oleh itu, anda juga perlu memastikan bateri anda sentiasa mencukupi semasa menggunakan tangki ini. Menurut Hukum Ohm, semakin rendah rintangan coil, semakin tinggi kuasa yang diperlukan oleh pengguna.

aerotank in box

Kekurangan Dalam Sub-Ohm Tanks?

Mungkin tidak semua vape boleh menggunakan tangki ini, oleh itu ia memerlukan vape model terbaru. Vape model baru mempunyai keupayaan dalam menghasilkan voltan yang diperlukan untuk menggunakan tangki ini. Dengan menggunakan sub-ohm tanks, anda perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk menampung keperluan bateri dan e-liquid yang digunakan.

Coil yang digunakan juga berbeza dan lebih mahal jika dibandingkan dengan coil yang biasa, walaupun sub-ohm coil lebih tahan lama. Disebabkan oleh keperluan dalam membelanjakan alat-alat seperti ini, sesetengah pengguna merasa tidak perlu untuk menggunakan sub-ohm tank. Tetapi kepada mereka yang mahukan wap yang berkualiti, perbelanjaan sampingan tersebut tetap berbaloi.

Kelebihan Menggunakan Sub-Ohm Tank

Sudah tentu kelebihan utamanya ialah jumlah wap yang dihasilkan. Pengguna boleh menikmati wap yang banyak dan pengguna boleh merasakan perisa pada vape mereka dengan lebih berkesan. Walaupun anda akan menggunakan e-liquid dalam jumlah yang banyak, tetapi oleh kerana anda boleh mengenalpasti rasanya dengan lebih baik, anda boleh membuat pilihan perisa e-liquid yang lebih anda sukai dan anda boleh medapatkan perisa yang bertepatan dengan citarasa anda dimasa akan datang.

Perbandingan Ciri-Ciri Sub-Ohm Tanks

Disebabkan oleh tangki ini, saiz vape menjadi lebih besar dari biasa. Rekabentuknya lebih cenderung kepada bulat dan lebih besar dari mana-mana vape yang lain. Oleh itu, bagaimana pereka vape menjadikan alat ini lebih komersil dan bergaya? Mudah sahaja, dengan kemasan stainless steel ia merupakan gaya yang tepat untuk sub-ohm tanks. Ada juga yang direka dengan drip tip dan valve udara yang boleh diubah sendiri. Amat penting supaya anda menggunakan alat yang mempunyai kebolehan dalam mengawal jumlah kuasa yang tidak bersesuaian dengan keperluan voltaj.

Mungkin rekaan bagi sub-ohm tanks amat terhad tetapi rekaan coil bagi alat ini amat menyerlah. Ia direka khas untuk mengawal aliran udara. Lubang udaranya juga boleh disesuaikan untuk mengawal jumlah wap yang dihasilkan. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah bagaimana lancarnya penyambungan alat-alat tersebut. Sub-ohm yang berkuaiti ialah sub-ohm yang mudah untk diceraikan dan dipasang semula semasa mengganti coil, bateri atau vial e-liquid.

Anda boleh menambah ciri-ciri pada vape dengan menggunakan box mod. Ia memberikan satu keunikan pada anda apabila menggunakan sub-ohm dengan gabungan box mod. Namun, jumlah e-liquid yang boleh ditampung akan menjadi berkurangan. Merujuk kepada pengalaman pengguna, apabila menggabungkan box mod dan sub-ohm, kira-kira kurang daripada 4 oz e-liquid boleh disimpan untuk satu sesi penggunaan.

Sebesar mana pun tangki yang anda boleh dapati dipasaran, anda perlu memastikan supaya tangki tersebut perlu mempunyai ruang udara. Oleh itu anda tidak boleh mengisi e-liquid memenuhi tangki secara keseluruhan.

VF Volt Sub tank

Kesimpulan Mengenai Sub-Ohm Tank

Kesimpulannya, sub-ohm tanks dapat meningkatkan rasa dan penghasilan wap mengikut kehendak pengguna. Untuk pengguna yang sukakan wap berlebihan tetapi tidak mahu rasa kurang selesa pada tekak seperti rokok tembakau, inilah jalan penyelesaiannya. Kos yang diperlukan untuk menggunakan sub-ohm juga meningkatkan perbelanjaan anda dalam menggunakan vape. Tambahan pula, sub-ohm tanks hanya boleh digunakan dengan vape model baru. Apabila menggunakan vape dengan sub-ohm tanks, anda mendapati penggunaan e-liquid adalah meningkat dari biasa kerana ia boleh menukar cecair kepada wap yang banyak dalam masa yang singkat.

Hayat bateri juga perlu diambil kira kerana kuasa yang lebih banyak diperlukan untuk mengimbangkan penggunaan voltaj dan watt. Oleh itu anda perlu bersedia dalam menggunakan sub-ohm tank kerana ia boleh menghabiskan bateri dengan lebih cepat dan satu vile e-liquid tidak cukup untuk kegunaan berterusan sepanjang hari. Anda dinasihatkan supaya membawa bateri ekstra bersama anda.

Keseluruhannya, jika anda ialah pengguna vape yang dalam kategori heavy user, sub-ohm tanks ialah sesuatu yang sesuai untuk anda. Ia bukannya sesuatu yang ideal untuk pengguna baru kerana ia mempunyai bahagian-bahagian yang memerlukan pengetahuan teknikal dari awal.

Jenama Vape di E-Cig-Brands.com mencadangkan anda supaya membaca jenama-jenama seperti berikut: Apollo E-cigs, VaporFi and JACVapour.