Adakah Vape Membahayakan?

JAC Vapour at The List Party.

Persoalan sama ada rokok elektronik merbahaya atau tidak, atau apakah peringkat yang berbahaya kepada orang ramai, masih lagi, secara metaforanya, belum dapat dipastikan. Dalam erti kata lain, belum ada masa yang cukup untuk kajian jangka panjang dijalankan untuk menyimpulkan kesan kesihatan kerana vaping atau merokok rokok elektronik; walaubagaimanapun terdapat beberapa maklumat dan perkara yang berkaitan dengan topic ini dapat membantu seseorang untuk menyimpulkan samada rokok elektronik ini merupakan gaya hidup yang sihat untuk memenuhi keperluan merokok mereka tanpa menggunakan produk tembakau.

Rokok Elektronik Dan Ketagihan

Orang ramai telah menggunakan rokok elektrik dan vape sebagai batu loncatan untuk berhenti merokok, masih terdapat kekeliruan dalam hal yang berkaitan dengan merokok menggunakan rokok elektronik merbahaya atau tidak. Memandangkan cecair elektronik memberikan kebebasan dalam jenis bahan untuk digunakan untuk merokok, adalah berkemungkinan penggunaan peralatan rokok elektronik ini boleh membantu dalam menghentikan ketagihan badan secara fizikal kepada bahan utama iaitu, nikotin.

Menghentikan Ketagihan

Jika seorang individu berhasrat untuk berhenti menggunakan rokok tradisional secara beransur-ansur, oleh itu dia boleh bermula dengan mengurangkan kandungan nikotin semasa merokok, cara ini boleh mengurankan tahap bahaya rokok eletronik kerana tidak mengandungi nikotin yang tinggi. Dengan rokok tradisional, individu tidak mempunyai kawalan ke atas bahan-bahan, meninggalkan perokok terdedah kepada trend oleh mana-mana syarikat-syarikat tembakau yang meningkatkan kekuatan nikotin untuk mengekalkan ketagihan kimia. Dengan merokok rokok tradisional,seseorang juga terdedah kepada banyak bahaya kimia lain yang diketahui hakikatnya memberi kesan negatif ke atas kesihatan penyebab kanser, komplikasi pada kehamilan, dan akhirnya kematian. Sebaliknya, rokok elektronik membolehkan individu untuk menyesuaikan bahan-bahan yang mereka akan sedut ke dalam paru-paru, yang membolehkan individu tersebut untuk menghadkan bahan kepada hanya 2-3 bahan jika dikehendaki; ini mungkin boleh mengurangkan bahaya rokok elektronik berkaitan dengan bahan kimia yang banyak yang disedut semasa merokok.

e-cigarettes vapors

Memahami Potensi Pengaruh Lain Dalam Ketagihan Merokok

Untuk memahami dengan lanjut mengenai komponen ketagihan tidak bergantung semata-mata dengan ketagihan fizikal, seseorang hendaklah menilai ciri-ciri personaliti seseorang perokok, tabiat seseorang, dan juga pengaruh sosial. Personaliti seseorang adalah cenderung kepada punca ubatan dan psikologi yang menyebabkan ketagihan. Ini tidak bermakna ketagihan tidak boleh dielakkan, ia hanya memerlukan seseorang untuk berusaha meningkatkan kesedaran dalam mengelakkan ketagihan dan berusaha untuk menghentikan ketagihan ketika berlaku. Kecenderungan seseorang juga mempengaruhi kesan merokok kepada kesihatan seseorang.

Rokok merupakan tabiat yang menjadi kebiasaan, maksudnya perokok selalu mempunyai masa diantara masa merokok sebelum dan selepas yang dinamakan ‘masa untuk merokok’. Ketagihan merokok termasuk terhadap asap rokok yang kerap boleh mengganggu rutin harian dan produktiviti, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan seseorang individu dan mewujudkan tekanan tambahan dan mengurangkan produktiviti. Gangguan produktiviti inilah yang boleh menjadi kesan sampingan yang tidak baik dalam merokok dari kedua-dua rokok tradisional dan rokok elektronik.

Asap rokok bukannya memberi kesan terhadap perseorangan sahaja. Selalunya orang merokok didalam satu kumpulan dan pada masa yang sama menambahkan aspek sosial semasa merokok. Memandangkan merokok boleh menjadi tumpuan untuk bersosial yang menjadi lumrah manusia, ini merupakan faktor penyumbang yang mendorong seseorang untuk terus merokok. Aspek sosial dalam merokok adalah punca utama kebimbangan ramai individu dan antara punca utama untuk terus mengharamkan rokok dalam usaha untuk mengurangkan kesan buruk yang telah dilihat, terutamanya tempat-tempat awam seperti di restoran, kenderaan yang dinaiki kanak-kanak, dan banyak lagi.

Apollo E-cigar

Perundangan Untuk Melindungi Terhadap Potensi Kemudaratan

Sebagai kesan kesihatan yang buruk tidak lagi difahami sepenuhnya mengenai rokok elektronik dan vape, banyak penguat kuasa dasar dan pembuat undang-undang terus berhati-hati, mengekalkan motif “mencegah lebih baik dari mengubati”: menggunakan penemuan jangka panjang terhadap impak negatif terhadap kesihatan berkenaan produk tembakau tradisional sebagai satu pendahuluan bahawa merokok ialah bahaya kepada kesihatan awam, serta menjadi kacau ganggu sosial kepada bukan perokok.

Rasional ini berpunca daripada kebimbangan yang berulang dari orang awam semasa peringkat awal tembakau digunakan, dan pada masa itu,
telah tersalah anggap yang rokok ini tidak memberi kesan kepada kesihatan, tetapi sebaliknya memberi faedah. Sejak beberapa dekad, korelasi daripada peningkatan moden dalam bidang perubatan dan kesihatan kajian telah dikaitkan secara langsung rokok dengan keadaan perubatan yang serius, membantu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebenaran di sebalik bahaya kesihatan produk tembakau tradisional dalam usaha untuk meningkatkan serta mengekalkan kesihatan awam dan kualiti udara.

Perokok Pasif
Walaupun kesan buruk ke atas kesihatan yang paling biasa bagi rokok elektronik dan vaping, setakat ini, nampaknya terhad kepada individu yang mempunyai reaksi alahan kepada salah satu jenis cecair– kesan sampingan berlainan dari rasa gatal, kepada ruam, dan anafilaksis penuh dalam kes-kes alahan teruk yang mengganggu pernafasan dan memerlukan pertolongan perubatan dengan segera- ramai individu tidak yakin bahawa kesan sampingan kesihatan yang lain tidak akan muncul dekad dari sekarang. Sementara itu, kekurangan semasa korelasi antara vaping dan rokok elektronik mengenai kesan kesihatan yang negatif, cukup untuk ramai mempersoalkan mengapa alternatif ini seolah-olah lebih sihat jika dibandingkan dengan merokok cara yang biasa, belum dapat diterima oleh tempat awam yang bertutup, dan tindak balas media baru-baru ini terhadap produk tembakau tradisional adalah pergabungan rokok elektronik dan vape ke dalam kategori berbahaya yang sama apabila tidak ada kajian yang kukuh bahawa peralatan moden adalah buruk dan berbahaya kepada perokok atau perokok pasif.

no-children

Rokok Elektronik Bukan Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak dan orang tua secara umumnya dianggap lebih lemah dan mudah terdedah kepada kesan negatif dari bahaya alam sekitar, sebagai langkah berjaga-jaga, undang-undang dan polisi telah dilaksanakan untuk terus melindungi kanak-kanak dan lain-lain kumpulan yang berisiko; oleh itu, penggunakan rokok elektronik atau vape telah dihadkan ditempat-tempat tertentu sahaja, walaupun bau yang agak kurang menyenangkan dan kekurangan data konsensus dalam menghubungkaitkan alat-alat ini dengan kesan kesihatan yang negatif sama seperti produk tembakau tradisional.

Bahaya yang tidak didedahkan Potensi Cartridge Berasaskan E- CIGS

Seorang pakar bedah daripada US Air Force mengeluarkan memo amaran bahawa satu sampel diuji oleh Food and Drug Administration (FDA) mendapati bahawa rokok elektronik yang disampel tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu bahan yang boleh menyebabkan cancer atau carcinogenic. Memo ini memberi amaran bahawa e-CIGS mungkin bukan alternatif merokok yang sihat seperti yang diiklankan. Walau bagaimanapun, memo ini terhad kepada kartrij tertentu berasaskan e-cig yang diuji oleh FDA, yang boleh dianggap hanya didapati oleh sesetengah produk, yang hanya berkaitan dengan beberapa syarikat sahaja, dan tidak dapat menunjukkan atau menjadi penunjuk toksin berbahaya dalam keseluruhan industri ini. Pada masa ini, maklumat lanjut diperlukan sebelum meyakinkan supaya melabelkan semua kartrij berasaskan e-CIGS dan peranti merokok vape kedalam kategori merbahaya yang sama seperti produk tembakau tradisional, seperti tembakau mengunyah, rokok tradisional, atau cerut.

Pendek kata, apa-apa yang berkaitan dengan peralatan merokok elektronik dan hazad yang mungkin diproses kepada kesihatan pengguna dan juga orang lain, kita belum mengetahui secara kesimpulannya jika ada, yang menyatakan produk ini merbahaya. Yang amat dibimbangkan mengenai peralatan ini adalah sama seperti yang dibimbangkan dari produk tembakau tradisional sahaja. Individu yang memahami isu-isu dari sebarang peralatan merokok menyatakan bahawa ia kononnya lebih sihat atau satu alternatif yang lebih bersih daripada penggunaan rokok tembakau tradisional yang merbahaya.
e-cigarette
Jika apa yang disarankan oleh pakar perubatan mengenai penemuan dari FDA yang membuktikan adalah benar mengenai kartrij dan rokok elektronik dalam industri ini, maka para pengkaji dan penyelidik dapat mencari sesuatu yang boleh mengaitkan produk ini dengan kesan buruk kesihatan. Walau bagaimanapun, memandangkan bilangan individu yang kebanyakannya perokok tradisional yang kemudian beralih kepada peranti merokok elektronik baru, ia mungkin mengambil beberapa dekad untuk membuktikan kaitan antara kesan kesihatan yang buruk dan peranti merokok elektronik, kesan kesihatan itu juga mungkin disebabkan oleh cara penggunaan rokok traditional dan bukannys disebabkan oleh peralatan yang baru.

Walaupun kekaburan data semasa yang berkaitan dengan peralatan rokok elektrik dan kesan kesihatan yang negatif, ramai individu mengenalpasti merokok sebagai satu tabiat bukan semulajadi secara biologi, bermakna paru-paru manusia berfungsi dengan terbaik dalam kualiti udara yang baik, dengan pencemaran asap rokok yang terhad dari merokok dan sebaliknya. Oleh itu, ramai pengguna rokok elektronik dan pengguna vape beralih kepada alat-alat ini dalam usaha untuk mengurangkan bahan cemar yang disedut ke dalam paru-paru dan keinginan untuk berhenti merokok dari gaya hidup mereka sepenuhnya, namun, terdapat pihak yang mendapati ada peningkatan dalam populariti merokok akibat daripada alat-alat ini; trend dikalangan orang muda merokok menggunakan rokok elektronik dalam peratusan yang lebih besar dan lebih sering lagi hanya meningkatkan kepentingan sepakat. Sebuah syarikat yang dipercayai di kalangan ramai perokok adalah Syarikat South Beach Smoke, yang telah mewujudkan reputasi untuk produk berkualiti tinggi.