Vape VS Rokok Tembakau

Electronic Cigarettes Smoking Girl

Jualan bagi rokok elektronik bernikotin telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu selepas ia diiktiraf sebagai pengganti yang lebih selamat untuk rokok tembakau.

Penyelidikan, Penyelidikan, Penyelidikan …

Pengkaji selidik mengatakan bahawa satu analisis baru tentang kira-kira 81 kajian mengekalkan e-rokok sebagai pengganti yang lebih selamat untuk rokok biasa, dan terdapat juga beberapa bukti bahawa alat-alat bahawa rokok elektronik boleh membantu perokok untuk berhenti merokok.

Para penyelidik juga telah membuat perbandingan tahap racun diantara aerosol dan e-cecair berbanding asap tembakau. Mereka mendapati bahawa kandungan racun di dalam aerosol dan e-cecair adalah lebih rendah sama ada bahan toksik mahupun karsinogen. Tahapnya sangat kecil sehinggakan ia dianggap tidak penting/tidak berbahaya. Pakar Penyelidik Roswell Park, iaitu satu Institut Kanser telah melakukan siasatan terhadap 12 jenama e-rokok dan mendapati bahawa tahap toksik masing-masing jenama adalah 450 kali lebih rendah berbanding rokok biasa. Walaupun ini mungkin menunjukkan bahawa e-rokok kurang bahaya berbanding rokok konvensional, hal ini tidak menunjukkan mereka bebas karsinogen. Terutama sekali apabila e-rokokmempunyai tahap nikotin yang berbeza dengan setiap sedutan, mungkin kerana ketidakstabilan atau kekurangan kawalan kualiti dalam proses pembuatan.

Ecigs Research on The Internet

Kajian lain menyatakan idea menggunakan kuasa bateri boleh mengurangkan impuls dalam merokok dan boleh membantu seseorang untuk berhenti merokok. Alat ini membuktikan persamaan yang kesan pada perokok dalam mengurangkan pengambilan nikotin dan ketagihan.

Samada rokok vapor boleh membantu seseorang untuk berhenti merokok dengan selamat ia masih boleh dilihat dari segi itu. Jenama e-cig tidak memperkenalkan kelebihan itu kepada pihak FDA (Food and Drugs Association), oleh itu ia tidak mempunyai keperluan dalam kelulusan dari FDA untuk penggunaan dalam tujuan berhenti merokok.

Rokok Jenis Wap Sebagai Penyelesaian

Saintis berpendapat bahawa idea menggantikan rokok tembakau biasa dengan yang elektronik dapat mengurangkan kematian di kalangan perokok walaupun kesan jangka panjang tidak diketahui.Jurnal Addiction mencatatkan bahawa para penyelidik mencadangkan rokok elektronik perlu diberi kelonggaran dari segi peraturan undang-undang berbanding rokok tembakau.Pakar turut menggalakkan penggunaan rokok elektronik kerana ia adalah lebih baik berbanding menyedut asap busuk tembakau.

Kira-kira 2 juta orang menggunakan rokok elektronik di UK sebagai contoh, dan industri e-rokok semakin meningkat di seluruh dunia.
Hal yang demikian telah mendorong ramai pengguna percaya yang mereka akanmenjadi lebih sihat dengan e-rokok atau vape berbanding rokok tembakau biasa. Walaupun begitu, terdapat juga kajian ke atas penyelesaian untuk nikotin yang digunakan dalam e-rokok. Karsinogen dikatakan mungkin dalam kuantiti yang lebih sedikit, tetapi e-rokok tetap membawa nikotin dan bahan-bahan lain yang bolehmenjadi wap beracun sama seperti rokok tradisional.

E-Smoking Allowed

Peraturan & Penyiasatan

Pihak FDA menyampaikan satu peraturan untuk peralatan elektronik baru yang menyerupai rokok tetapi tanpa wap, pihak pengkaji menyatakan alat ini membantu berjuta-juta orang untuk berhenti merokok.

Peraturan yang disampaikan tersebut boleh menyebabkan pengilang/pengeluar rokok elektronik untuk mendaftakan produk mereka dibawa FDA, dan tindakan ini boleh melingkupkan beberapa syarikat kecil, dan menggalakkan pengeluaran rokok elektronik perisa tembakau sahaja berleluasa dipasaran.

Selain daripada menyiasat kelebihan alat ini dalam meningkatkan taraf kesihatan pengguna atau perokok, badan-badan kerajaan seperti CDC ( Unit Kawalan Penyakit Berjangkit) dan beberapa persatuan perundangan lain menekankan dalam satu tempoh, orang bawah umur tidak boleh menggunakan rokok elektronik yang bernikotin.

Kebaikan Dan Kos

Apakah Perbezaan Kos Di Antara E-rokok & Rokok Tembakau?

Kos merokok jauh lebih rendah, kira-kira separuh harga kecuali jika anda terbawa-bawa dan sangat ketagihmembeli, seperti sebahagian daripada kita mempunyai tabiat membeli pelbagai jenis alat e-rokok. Kos bagi membeli sebuah elektronik rokok sememangnya tidak akan jauh lebih mahal daripada rokok tembakau. Selepas anda membaca semua maklumat, pihak kami yakin anda akan dapat memilih e-rokok yang terbaik untuk anda.

E-cigs Save Money

 

Beberapa Kebaikan Rokok Wap/e-rokok:

  • Tiada asap tembakau / tidak ada nyalaan api
  • Tiada lagi bau busuk pada pakaian anda, atau di rumah anda
  • Tiada bekas industri rokok kotor
  • Tiada lagi pemetik api
  • Boleh merokok di mana-mana sahaja pada bila-bila masa yang anda mahu
  • Memenuhi nikotin keinginan/ketagihan nikotin anda, menggantikan asap rokok
  • Kawalan ke atas pengambilan nikotin, atau jika mahu gunakanlah vape tanpa nikotin
  • Boleh digunakan di bawah tanda larangan merokok
  • Tiada reaksi negatif terhadap anda ketika merokok
  • Lebih ekonomi, mampu milik, harga berpatutan

Dengan ini, adakah rokok elektronik selamat atau tidak? Tiada siapa menyatakan-alat ini adalah pengganti yang benar-benar selamat dan bebas bahaya kepada ketagihan rokok tembakau yang boleh membawa maut. Hal ini kerana kajian tidak hanya dilakukan di satu tempat. Seorang pengkaji di Sekolah Universiti Kesihatan Awam di Boston berkata: “Jelas sekali, sungguh hebat jika perokok boleh berhenti sepenuhnya. Tetapi jika itu tidak dapat dilakukan, saya fikir para perokok akan menjadi lebih baik/kurang menjadi ketagihan dengan menggunakan e-rokok. Rokok elektronik adalah pengganti yang lebih selamat.“

Colored e-cigarettes Reuters

Idea Rokok Elektronik

Iklan komersial yang menampilkan individu seksi menghisap rokok berbateri sambil wap berkepul-kepul dari tiub dengan lampu berwarna-warni mereka kelihatan sangat moden. Tetapi idea itu asalnya pada tahun 1963, apabila seorang lelaki yang bernama Gilbert A. Herbert, iaitu perokok tegar membayangkan “alat peranti rokok tanpa asap tembakau”yang menawarkan wap air berperisa tanpa perlu dibakar. Malangnya, dunia tahun 1960-an tidak bersedia untuk idea cemerlang Herbert, dan idea tersebut tidak menerima banyak sambutan/perhatian. E-rokok mula mendapat perhatian orang ramai pada tahun 2003, seorang ahli farmasi Cina yang bernama Hon Lik, yang bapanya telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru, telah mencipta alat untuk menukarkan nikotin cecair kepada wap, iaitu rokok elektronik yang kita ketahui hari ini.

Idea tersebut adalah idea yang bernas pada masa yang tepat. Ketika e-rokok dibentangkan kepada pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2007, peratusan merokok adalah lebih daripada separuh berbanding tahun Encik Herbert, dan item baru dibentangkan itu memberi risiko kepada industri rokok tembakau yang tidak diberi pengetahuan umum tentang bahaya dan risiko menggunakannya. Walaupun jualan rokok tembakau biasa telah menurun selama beberapa dekad, pasaran kecil e-rokok semakin meluas. Pada tahun 2012, satu kajian `Wells Fargo’ menganggarkan bahawa keuntungan alat-alat e-rokok bernilai kira-kira 300 juta dolar dan akan meningkat kepada 1 bilion dolar dalam tempoh beberapa tahun seterusnya.

Membuang Tabiat Merokok Tembakau

Membuang tabiat rokok sudah tentu salah satu perkara terbaik yang boleh dicapai untuk diri setiap perokok itu sendiri. Rokok elektronik dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya. Ada yang kelihatan seperti rokok, cerut, atau paip, manakala yang lain berupa replica sebatang pen atau barang-barang lain yang boleh diterima pakai. Tidak kira apa jenis bentuk e-rokok, ia beroperasi menggunakan bateri, kartrij bernikotin yang boleh diganti, beberapa bahan kimia yang lain, serta `atomizer’ yang mengubah bahan kimia ke dalam bentuk asap wap.

Tabbacco Cigarettes Habbit

Satu kajian yang telah dibuat pada musim bunga di bahagian Pencegahan ubat-ubatan American Journal dapat disimpulkan bahawa e-rokok boleh membantu perokok berhenti merokok. Tetapi terdapat juga persoalan lain seperti adakah cara lebih selamat daripada e-rokok – Kajian awal daripada FDA, Greece, dan New Zealand mencetuskan beberapa persoalan.

Terdapat tiga kebimbangan mengenai rokok elektronik. Pertama, kuantiti nikotin yang disedut dengan setiap sedutan mungkin berbeza-beza. Satu kajian FDA berdaftar mengesahkan dos nikotin 26, 8-43, 2 mikrogram per sedutan. Malah terdapat nikotin didalam produk yang telah dilabel sebagai bebas nikotin.

Kedua, rokok elektronik menawarkan pelbagai bahan kimia lain, termasuk “dietilena glikol,” bahan yang tinggi toksik, pelbagai nitrosamines- sejenis karsinogen tahap tinggi yang biasanya terdapat di dalam rokok tembakau tradisional, dan sekurang-kurangnya empat bahan kimia lain yang disyaki berbahaya kepada manusia. Secara khususnya, dos campuran ini biasanya memang lebih kecil daripada yang terdapat dalam asap rokok tembakau, tetapi yang pasti ia bukan bebas bahan kimia berbahaya seperti yang diwar-warkan kepada masyarakat.

Anda sebenarnya telah terdedah pada risiko/bahaya kebakaran yang sangat serius sekiranya anda sedang “membakar” tembakau, apatah lagi menggunakan api dari pembakaran secara tebuka untuk menyalakan rokok tembakau. Rokok merupakan punca nombor bagi kematian akibat kebakaran di Amerika Syarikat dan tujuh negara lain. Tetapi dengan e-rokok anda tidak akan mempunyai masalah tersebut.

Pada awal tahun 2012, terdapat beberapa kes di mana seorang perokok elektronik terkena letupan e-kartrij di muka.Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa telah menggunakan satu alat yang dikenali sebagai MOD, iaitu satu pilihan untuk mengubah alat supaya lebih kuasa sedutan dan bateri lebih tahan lama. Apabila vape digunakan oleh individu lain seperti yang disyorkan, tiada pula kes letupan e-rokok dilaporkan.

Vaping Girl

Samada Ingin Merokok Atau Tidak

Bertahun-tahun lamanya, merokok secara berterusan dilihat negatif dari pelbagai sudut oleh masyarakat. Antaranya termasuklah bau, risiko kesihatan, dan juga bil hospital/ubat-ubatan– kesemuanya adalah negatif serta memberikan rokok tembakau tradisional nama yang sangat buruk sehingga ke hari ini. Jika anda seorang perokok, anda pasti perasan akan jumlah peningkatan tempat larangan merokok di seluruh dunia, walaupun pada musim perayaan.
Selain itu, rokok biasa boleh menghasilkan impak kepada kehidupan sosial anda secara literal. Sebagai contoh ketika temujanji – Ia agak jarang untuk seorang yang bukan perokok bersama dengan perokok. Disamping itu, merokok boleh menjejaskan kerja anda kerana banyak majikan prihatin terhadap larangan merokok rokok tradisional.

Terbuktilah dengan mata kasar anda bahawa alat elektronik tanpa asap memberi banyak kelebihan berbanding rokok tradisional. Ramai yang telah mendapat tahu bagaimana mereka masih boleh teruskan aktiviti seperti merokok dan mendapatkan nikotin yang mereka inginkan tanpa menggunakan pilihan yang memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.